Sabtu, Oktober 23, 2010
MACAM PISAU RAUT
ISU FESTIVAL BUSANA ISLAM
"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan dengan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.- Malaysia Kini.
Ulama' muda Umno itu tak setuju 100% dengan Festival Busana Islam (IFF) tetapi kesal dengan cara pembangkang menempelak Rosmah.
Aki nak tanya; Berapa kali dah Ulama' Muda 'menarik tangan' Rosmah dan 'membisik' ke telinganya supaya menutup kepala [sebahagian dari aurat] kerana Rosmah bukan orang kecil, dia jadi ikutan dari mak datin hinggalah ke wanita berkemban di Sungai Rajang, dari CEo Bank hinggalah ke pelayan murtabak di Pekan.
Aki juga husnul dzon bahawa Ulama' Muda telah mengadakan solat hajat dan mendoakan isteri PM secara khusus supaya dia menjadi wanita muslimah supaya 'negara Islam' yang kita cintai ini diberkati oleh Allah.
Jika belum buat lagi, tak perlulah bising2 [macam pisau raut, membetulkan orang, diri sendiri bengkok] mempertikai cara pembangkang menzahirkan 'teguran' mereka. Anda ada hujah kenapa anda mempertahankan 'negara Islam' dan pemimpin anda, pembangkang juga banyak hujah kenapa mereka menempelak 'negara Islam' sekular dan pemimpin2 yang sewaktu dengannya-Sekian.
G1- Malaysia Kini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون