Ahad, Mac 25, 2012

SEMPENA LAWATAN NAJIB KE BERA: DURIAN MUDA?


Seingat Aki Ds Najib Tun Abd Razak datang ke Bera (masih daerah Temerloh) pada kempen pilihanraya 1982 (Semasa menjadi Menteri Besar Pahang) di Padang Kampung Seberang Guai. Antara yang paling sibuk pada waktu itu ialah Pak Ngah JP Mat Nor.

Satu papan hijau yang bertulisan putih melekat pada batang rambutan berhadapan dengan pentas mengatasi sign board Barisan Nasional (cap dacing) bertulis 'KAMI PENDUDUK KAWASAN TRIANG AKAN MEMASTIKAN KEKALAHAN BN DALAM PILIHANRAYA INI'. Begitulah lebih kurang ayatnya (merisaukan Pak Ngah JP) Semasa berucap Najib sempat secara sinis mengucapkan terima kasih kepada orang Pas kerana menyambut beliau merujuk pemuda bermoto dengan bendera Pas mengiringinya dari Simpang Mengkarak.

Kini sudah 30 tahun berlalu, Najib datang sebagai Perdana Menteri dan Prasiden Umno sedangkan kawasan Triang kekal ditangan pembangkang (DAP) walaupun Kg Seberang Guai sekarang masuk dalam Dun Guai.

Tentulah janji Najib kali ini lebih besar dari janjinya pada 1982 sesuai dengan kedudukannya yang lebih besar. Adakah beliau akan mengumumkan jumlah 'Durian Runtuh' yang diwarwarkannya sempena berkunjung ke Felda Triang 3 untuk melihat Rancangan Perumahan Jenerasi ke 2 Felda (300 buah lebih kurang berbanding 4000 permohonan)

Apakah PM boleh memberi jaminan bahawa rumah J2 itu akan diberikan kepada yang layak sahaja atau umno bawah pun tak dapat usahkan pembangkang kerana masalah kronisma tidak dapat dipastikan.

Selamat datang Ds Najib Tun Abd Razak ke Bera dalam keadaan Pakatan Rakyat bersungguh hendak menawan Bera dan Umno bergelut untuk menyakinkan peneroka tentang isu KPF dan FGVH.

Para peneroka dan jenerasi ke 2 mestilah bijak memilih antara tanah plantation untuk J2 atau 'durian runtuh' yang tak tahu masak atau mudanya. - Sekian.

Sabtu, Mac 24, 2012

NAJIB: ADA BULU AYAM DI ATAS KEPALA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa kerajaan cuba mempengaruhi hakim yang membicarakan kes membabitkan Felda, antaranya berkaitan kadar perahan minyak.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution sebelum ini dilapor mendakwa, campur tangan itu dikesan berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan Najib di bangunan parlimen pada 27 tahun lalu.

Sementara itu, Najib yang juga presiden Umno berkata kerajaan juga cuba untuk menyekat usaha "membocorkan maklumat kerajaan".

"Tetapi kadang-kadang kita tidak dapat (mengetahui) puncanya sebab dalam dunia sekarang ini, amat sukar kita nak menyekat kebocoran.- Petikan Malaysiakini.

Perhatikan urutan berita di atas. Apa guna penafian PM tentang dakwaan bahawa kerajaan cuba mempengaruhi hakim yang membicarakan kes membabitkan Felda apabila mengakui susah untuk kerajaan menyekat usaha "membocorkan maklumat kerajaan" yang dipercayai merujuk minit mesyuarat Felda yang didedahkan oleh Saifuddin Nasution.

Ini bukan isu osa atau akta rahsia rasmi. Tidak mesti sesuatu yang tertutup dari maklumat orang ramai maka ianya tidak berlaku lebih2 lagi rahsia yang bocor itu melibatkan campurtangan yang tidak mengikut lunas undang2. Kita tunggu jawaban Timbalan Menteri Ahmad Maslan.

Kenyataan Najib di atas seperti 'pencuri telor menyapu kepala apabila dikatakan ada bulu ayam di atas kepalanya' - Sekian.

Rabu, Mac 21, 2012

PAK KADUK DENGAN BAJU KERTAS


Pilihanraya dah dekat.Masing2 parti mengatur strategi memenangi hati pengundi. Adapun PM Dato Sri Najib awal2 lagi (dalam bajet) mengumumkan pemberian RM 500.00 kepada majoriti rakyat. Dari dibagi duit poketnya atau duit Umno lebih baik digunakan duit kerajaan untuk pancing undi. Terpulanglah kepada penerimanya.

Pembangkang pun ada strategi juga. Apabila kerajan nak gadai Felda Plantation dan lelong KPF maka pembangkang menentangnya sebagai satu tanggungjawab menegakkan kebaikan serta menggunakannya sebagai 'political Mileage'. Ia bukan satu rahsia sebagaimana PM menggunakan BRIM sebagai 'political Mileage' juga.

Kenyataan Ahmad Maslan yang menyifatkan pembangkang jahat kerana menghalang penaraian saham melalui FGVH dengan berkata "Mereka tidak mahu peneroka untung. Kalau peneroka untung, mereka rugi. Mereka ini kira jahatlah," juga untuk mendapat 'political Mileage'.

Untuk menjawab persoalan ini mestilah dengan hujah bukan dengan tuduhan semata2. Meyebut 'Durian Runtuh' tanpa hujah yang jelas adalah dikira menipu peneroka berbanding kenyataan pembangkang bahawa tanah Felda akan tergadai dan perniagaan Felda akan dimonopoli oleh 'orang luar'. Itu belum cerita saham 'Pink Form', individu mana yang akan kayaraya.

Mendapat keuntungan politik dengan kerja yang benar adalah sesuatu yang mulia. Rakyat berhak memilih dan menyokong mereka yang benar, sementara mendapat keuntungan politik dengan janji palsu dan jalan yang tidak benar adalah sesuatu yang hina dan rakyat mesti menolak mereka. Atau lebih malang lagi rakyat di 'Pak Kaduk'kan dengan 'baju kertas' yang berwarna warni sedangkan kampung mereka sudah tergadai-Sekian.

Khamis, Mac 15, 2012

ATLIT SOKONG HUDUD, PAK IMAM BILA LAGI?


KOTA BHARU, 14 Mac: Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.

Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.- Harakah Daily

Akhir-akhir ini ramai dikalangan artis,atlit, pengiat seni dan sukan menyatakan sokongan terbuka kepada perlaksanaan hukum hudud (dan yang berkaitan dengannya) sebagai satu jalan penyelesaian kepada kebejatan sosial. Terkini adalah Datuk Malik Nor bekas juara bina badan seperti yang dilapurkan oleh Harakahdaily.

Sesungguhnya jika hudud ini ( perkara yang sangat asing pada satu ketika dahulu ) diberikan kefahaman demi kefahaman,penjelasan demi penjelasan, tidak mustahil golongan artis dan atlit yang dulunya tidak mesra hudud akan menyokong perlaksanaan hudud ini bahkan non muslim tidak akan teragak-agak menerimanya.

Tinggallah mereka yang prajudis dan ragu-ragu dari kalangan orang Islam serta yang ada kepentingan politik (dengan maksud jika hudud diterima ramai, ia akan memberi kelebihan politik kepada Pas) serta sebahagian orang kafir (yang sentiasa menentang apa sahaja yang datang dari Islam) dengan pendirian mencemuh dan menentang hudud dengan berbagai alasan.

Kelantan (pada peringkat dan masa ini) adalah tapak yang amat sesuai untuk dilaksanakan hukum tersebut (dengan kebenaran kerajaan persekutuan) supaya dapat menzahirkan perintah Allah swt tersebut dan menjadi model unggul kepada orang Islam dan bukan Islam keelokan syariat Islam itu.

Tegakkan politik untuk laksanakan Islam semuga semua makhluk mendapat rahmat- Sekian

Rabu, Mac 07, 2012

PELIK DAN JELEK


Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.- Malaysia Kini.

Definasi motif menurut kamus :
  1. sebab (tujuan) yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau bertindak
  2. dasar fikiran atau pendapat
  3. pokok (dasar, tema) dalam sesebuah cerita dan lain-lain
  4. sesuatu yang dijadikan dasar atau corak pada lukisan (ukiran dan lain-lain)

Definasi pertama adalah sesuai dipadankan dengan kenyataan hakim di atas. Maka maksud hakim tersebut ialah sebab (tujuan) yang mendorongkan seseorang melakukan pembunuhan atau bertindak tidak penting dalam kes tersebut. Siapa yang buat dia tanggung,tak perlulah dikorek(selidiki) siapa yang suruh,kenapa dia suruh,pelaku dipaksa atau tidak,ada lagi orang yang lebih power ke? atau kehendak sendiri?

Aki tak mahu komen hal perundangan kerana Aki tak arif hal tersebut. Tetapi akal sejagat menerima bahawa motif perlu diketahui sebagai suatu unsur untuk menjulang keadilan dan ketelusan.

Bahkan Islam tidak akan menghukum pencuri dengan potong tangan jika motif perbuatan tersebut kerana lapar dan miskin. Begitu juga orang yang dipaksa minum arak tidak akan dihukum kerana perbuatan tersebut bukan niat dan kerelaannya. Hukuman juga dikongsi oleh orang yang melakukan jenayah dan orang yang menyuruh seperti pencuri kambing dengan yang menyuruh mencuri kambing.

Maka tidak mengaitkan sesuatu tindakan dengan motif walaupun relevan adalah satu kepelikan dan kejelekan- Sekian.

Sabtu, Mac 03, 2012

SI PEKUNG DENGAN BAJU CANTIK


Kunjungan sehari suntuk Najib Razak ke Kelantan hari ini untuk melihat perkembangan Umno di tiga kawasan, Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu disambut dengan lambaian sepanduk dan cogankata-cogankata memperli perdana menteri itu.Semasa berucap di Sabah baru-baru ini Najib mengatakan Kelantan negeri paling miskin di antara negeri-negeri di negara ini. Kata-kata itu jelas untuk menyedapkan hati rakyat Sabah yang telah ditipu hidup-hidup oleh Umno - Sedutan Harakahdaily.

Kelantan dikatakan negeri miskin tapi dapat bayar hutang (peninggalan umno) setakat 2011 hutang Kelantan kepada pusat RM11.6 juta, kedua terendah selepas Sarawak, berbanding Pahang negeri Bapak Umno yang berhutang RM 2.17 bilion .

Ditinjau dari sudut pendapatan, orang miskin penduduk Pahang Darul Makmur setara sahaja dengan orang miskin Kelantan Darul Naim, yang membezakannya ialah di Kelantan perbelanjaan harian lebih rendah (murah) berbanding Pahang umno berdengung yang ada PM dan menteri KRIM.

Maknanya Pahang negeri kaya banyak hutang sementara pemimpinnya mewah rakyatnya sesak (susah) dan Kelantan negeri miskin,pemimpinnya berhemah rakyatnya kaya (kehidupan selesa)

Najib dan umno bukan ada megik untuk menukar susah kepada senang,miskin kepada kaya dan 'neraka kepada surga' melainkan menggunakan harta negara lalu rakyat yang 'cerdik' tertipu dan menganggap wang pemberian Najib sebagai duit Umno.

Maka menganggap umno sahaja boleh memerintah dan memberi makan adalah 'ajaran sesat' yang mesti dijauhi jika mahu memurnikan akidah. Begitu juga kenyataan bahawa Umno/BN sahaja parti yang boleh menjalankan pembangunan adalah satu pembohongan.

Tindakan mencaci Kelantan ibarat orang pekung menjaja ubat luka sedangkan bau busuk pekungnya tidak dapat disembunyikan di sebalik baju yang cantik - Sekian.