Awang Luku








 @





 Ana punya firasat sudah salah........

                                                 Gambar hiasan

Ana Dzon bahawa semua manusia tak suka bau kentut busuk [benci kentut busuk, kalau tak busuk tak apa] Mafhum nya- Orang yang melakukan kesalahan atau aib yang nyata manusia akan tolak demi menjaga maruah, dan akan terima(sokong) orang yang tidak jelas kesalahannya [tiak dapat dibuktikan] walaupun ia memang malaun.

Rupa-rupanya bukan semua bernawaitu begitu.Ramai manusia yang sokong orang yang nyata melakukan kesalahan/aib. Hujahnya barangkali begini:
SOKONG ORANG YANG ADA AIB PERIBADI YANG TIDAK MELIBAT KAN KEMUDARATAN MANUSIA RAMAI LEBIH BAIK DARI MENYOKONG MALAUN YANG MEMPUNYAI AIB TERSEMBUNYI YANG MEMUDARAT KAN MANUSIA RAMAI.

Lalu berkuasalah yang kentut busuk mengalahkan yang kentut tak busuk. masa'ilahnya..... dua-dua kentut. Barangkali sudah tiada yang tak kentut [yang bersih] DUNIA-DUNIA.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ana ada dengar cerita........... Begini.....

Gegakgempita terdengar dari Istana Samarasa tempat membicarakan perbalahan antara Sengeh Itam yang kalah dalam perlawanan memungut etak kemudian mencuri etak lawannya dengan Senyum Ramai yang telah menang tetapi dikalahkan secara chekelat sebab dicuri etak tersebut di Negeri Tembaga.Gegakgempita tu kerana Tok Sangkasama yang lima orang telah memberi kemenangan kepada Sengih Itam yang berlindung di bawah ketiak Paduka Uban Puteh.

Ada yang kata keputusan Tok Sangkasama tu jadi begitu kerana nak menyelamatkan maruah Paduka UbanPuteh,ada yang kata atas arahan Sang Pertapa di Purbajaya. Tetapi sesuatu yang terpaksa diakui ialah keputusan 5-0 itu tidak boleh dipertikai lagi,samada suka atau duka terpaksa diterima di Negara Jagat Pertapa itu. Sekarang halallah segala kerja Sengih Itam di Negeri Tembaga itu.

Walau bagaimana pun hambajelata tetap berpecah dua, Satu firqah menyokong Sengih Itam,satu firqah lagi menyokong Senyum Ramai,Bila Negeri Tembaga akan sentosa? Apabila sampai masa diadakan semula perlawanan memungut etak yang ke 13 nanti - Luku tetap luku.