Khamis, September 30, 2010

MELUDAH KE LANGIT


ISU WANG EHSAN PULAU PINANG

Seorang daripada mereka, Saidin Chik, 72 berkata dia bertindak demikian selepas mendengar laporan media bahawa wang ehsan itu dipercayai datang dari sumber tidak halal. "Pak cik terima wang RM100 dalam tahun ini, bila dengar di televisyen dan baca di akhbar yang wang berkenaan dari sumber judi, terus rasa sebak dan terkilan dengan kerajaan negeri. "Kami tiap-tiap hari melakukan ibadat tiba-tiba dapat duit dari sumber haram dan gunakannya untuk perbelanjaan...apa jadi dengan amalan kami, kerajaan negeri tak patut buat macam ini," katanya kepada pemberita di Kepala Batas semalam.-Malaysia kini.

Pakcik Saidin,

Tindakan pakcik itu betul jika maklumat yang disebarkan oleh media massa itu benar dan betul. Daging yang tumbuh dari sumber haram akibatnya ialah kelak [jika tidak bertaubat] dibakar di dalam neraka [dengan kehendak Allah]

Dalam isu ini,sekurang2 nya dua perkara perlu diteliti:

1- Adakah berita itu benar? Orang Islam diberi wang hasil judi. Dan pakcik tahu dengan jelas wang pemberian itu dari berbuatan judi seperti bandingan telor itik curi yang diberi kepada pakcik lalu pakcik boleh buktikannya secara khusus melalui saiz, warna atau bentuknya. Jika berdasarkan dengar cerita bahawa dalam banyak2 telor itik itu ada satu yang haram kerana hasil curi,ia tidak memberi bekas dari segi hukum fekah kerana boleh di ikhtimal [dianggap] bahawa yang pakcik dapat itu telor itik halal.

2- Siapa yang memberi?
Jika orang persaorangan yang memberi, hendaklah dilihat pekerjaan yang lazim atau ghalib baginya.Jika lazim atau ghalib pekerjaannya halal maka boleh diambil pemberiannya. Jika lazim atau ghalib pekerjaannya haram maka haram diambil pemberiannya.

Jika yang memberi itu pemerintah [yang bercampur hasil halal dan haram] harus diambil pemberian itu berdasarkan amalnya yang halal seperti upah menggali parit dan lain2. Begitu juga bantuan boleh diambil berdasarkan kemiskinan atau keperluan. Apatah lagi jika sudah diishtiharkan bahawa wang yang diberi itu bukan dari sumber haram.

Pakcik gunalah wang tersebut kerana boleh dianggap wang halal sementara wang yang haram dari kerajaan negeri boleh diikhtimal [dianggap] untuk membayar elaun YB Dato' Azhar Adun Penaga- Sekian.

G1- Rumah Yb Dato' Azhar-http://penjualubat.wordpress.com

Catatan: Contoh Qawa'id al Fiqhiyyah: 1- Jika bercampur duit halal dan haram dan tidak dapat dibezakan, jalan penyelesaiannya bahawa dicabut [asing] kadar yang haram dan digunakan yang baki [halal] 2- Harus mengambil pemberian pemerintah serta makruh jika banyak yang haram sekalipun.

Rujuk: Mukhtasar al qawa'id al fiqhiyyah,Muhammad Daud Ali. Akademi Islam Jami'ah Malaya furu' NilamPuri Kelantan (Dar an Na'im) S 36,37-1991 m.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون