Sabtu, September 04, 2010

'SAMAN FELDA DAN KOPI SUPER POWER'


Selepas solat dan 'membedal' kari kambing di Masjid Keledang[nasi kandar lauk kambing yang diorder dari restoran Salsabila], Aki bergegas ke Felda Purun (jarak 50km) untuk solat isyak dan bertarawikh bersama jamaah di sana. Sepanjang jalan mulut kumat kamit berdoa kepada Allah agar selamat dan sempat berjamaah. Alhamdulillah 1/2 jam sampai ke sana(tak pernah dibuat).

Apa halnya tu,nak mengejar lailatul qadar, mana2 pun ada. Sebenarnya selain dari takut terlepas tarawikh berjamaah,Aki tak mahu lepas peluang nak mendengar secara 'live' cerita kemenangan peneroka Kemahang 3 yang disampaikan oleh peguam Wan Rohaimi Wan Daud.

cerita peguam tak hadir

Diperingkat penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu memang peguam felda tak hadir. "pagi hari perbicaraan itu, peneroka yang terlibat berserta keluarga mereka beratus2 orang bergerak dari Felda Kemahang 3 ke Kota Bharu, mustahil pengurusan Felda tak sedar,kerana pihak feldaKemahang 3 pun tak hadir" Cerita Wan Rohaimi.

"Diperingkat Mahkamah Rayuan Felda menyediakan peguam2 yang handal2, walau bagaimana pun peneroka juga dimenangkan oleh hakim. Dari Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan (terakhir) jumlah hakimnya 10 orang sementara peguam felda pun 10 orang." tambah Wan Rohaimi.

peguam berhingus

"Semasa mula2 mengambil kes saman felda ini 10 tahun lalu, beliau (Wan Rohimi) baru 3 bulan lulus lesen guaman. Simpati akan nasib peneroka yang kehulu kehilir mencari peguam untuk membela mereka, semakin besar syarikat guamannya semakin tak mahu mengambil kes kerana menggangap 'mana boleh menang lawan felda',maka 'peguam yang masih berhingus ini lah yang mengambil kes dengan tanpa bayaran (pada peringkat permulaan)" terang Wan Rohaimi lagi.

rahsia kejayaan

Di Mahkamah rayuan lawan (peguam felda) bukan calang2 orang,berpengalaman dan hebat. Rasa gelabah dan macam2 lagi, berhujah dari 8 pagi hingga 5 petang (waktu pejabat bagi mahkamah, bukan waktu berhujah sebenar) Rahsianya ialah para peneroka dan isteri mereka membaca yasin dan berdoa kepada Allah di luar mahkamah memohon kejayaan ,bahkan mereka berpuasa beberapa hari sebelum rayuan itu dibicarakan.

kalau orang Bera mahu saman

Kata Wan Rohimi " Kalau orang Bera (peneroka felda) mahu saman mesti ada sekurang2nya 3 perkara: 1- Berani,kerana macam2 ujian akan datang. 2- Tawakkal kepada Allah kerana menuntut hak dan keadilan. 3- Peneroka mesti bersatu memperjuangkan hak mereka tanpa mengira sentimen politik".

'super power'

Pukul 12.00 am kami turun 'mengeteh' dengan Wan Rohaimi di kedai hadapan PKU Purun.Aki memesan 'kopi segera Super Power' sambil disapa oleh Omar SB "malam ni malam ke berapa puasa? -Sekian.

* Turut sama berceramah ialah Sdr Mazlan Aliman [presiden ANAK] dan Sdr abd Rahman Hj Ramli [ketua penyelaras saman felda Serting dan Raja Ilias]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون