Selasa, September 21, 2010

'SELAK' TERBUKA DARI DALAM


Selepas mengkritik Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini mempertikaikan pula seorang kolumnis kontroversinya Awang Selamat sama ada beliau mempunyai ketua selain Datuk Seri Najib Tun Razak. Nazri menegaskan sebagai seorang menteri, beliau akan mempertahankan kerajaan daripada dikritik walaupun oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri."Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan, akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagaimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi perdana menteri," katanya sambil menafikan anti-Mahathir.-Malaysia Kini.

Itulah sifat 'hamba sejati' sekalipun bertukar tuan dan terkenangkan budi tuan lamanya, ia tetap taat kepada 'tuan semasanya' kerana dia sedar tuan semasanya itulah yang menyediakan keperluan dan kemudahan bagi dirinya justru ketaatan tidak boleh dibelah bagi. Jika ditakdirkan tuan lain pula berkuasa lalu diberi peluang kepadanya 'berbakti' nescaya 'terguling hangit' pula tuan yang baru ditinggalkannya itu di'kerjakan'nya dan ketaatan akan ditumpahkan sepenuhnya kepada tuan barunya. Hamba jenis ini boleh dipercayai tetapi hanya digunakan sebagai 'peluru' dan 'benteng' sahaja oleh tuannya.

Satu lagi jenis hamba ialah 'hamba yang setia' sekalipun bertukar tuan ia tetap terkenangkan budi tuan lamanya, ia tetap taat kepada tuan lamanya walaupun pada zahirnya bekerja untuk tuan barunya. Ini kerana semangat dan cintanya kepada 'perjuangan'nya. Hamba jenis ini pandai mengambil hati tuan barunya jika ia didapati tersalah atau dilihat tidak setia kepada tuan baru.

Jenis hamba yang ketiga ialah 'hamba yang jujur'.Menghormati tuannya tetapi tidak segan untuk menegur tuannya demi matlamat yang benar. Tidak ada ajenda peribadi, bekerja untuk tuannya kerana menunaikan amanah. Sanggup bertukar tuan jika tuan yang ada menyeleweng. Jauh sekali dari mengampu dan membodek walau untuk sesuap nasi.

Sesuatu perjuangan perlu kepada 3 jenis hamba ini. Jika perjuangan itu benar, maka tidak sia-sia ada 3 jenis hamba ini tetapi jika perjuangan yang batil hamba2 itulah yang akan meruntuhkan perjuangan tersebut.

Apabila 'selak' pintu terbuka dari dalam,
itu alamat ada petualang.
roboh rumah tuan terguling,
bangkai jenuh dimamah anjing.

- Sekian.
G1-Gambar sekadar hiasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون