Khamis, September 23, 2010

NASIHAT UNTUK SULTAN MUHAMMAD KE V


KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra berkenan untuk menggunakan gelaran Sultan Muhammad kelima untuk penggunaan rasmi Istana dan kerajaan negeri bagi menggantikan nama baginda.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, penggunaan gelaran itu berkuatkuasa sejak pemashyuran baginda sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu.

"Baginda telah mengampuni perkenan menggunakan gelaran itu dan ia akan menjadi nama rasmi bagi sebarang majlis dan gelaran yang harus dipakai oleh pihak media untuk mengelakkan penggunaan nama yang pelbagai," katanya kepada pemberita di sini semalam.-kosmo Online.

Sembah takzim kepada Al Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke v. Adalah diharapkan Tuanku Sultan Thabat di atas keadilan dan budi lohor dan jangan sedikitpun terniat untuk cenderung kepada kezaliman. Tuanku sultan bertuah kerana dikurnia Allah SWT. penasihat [Menteri Besar] yang bertaqwa untuk membantu Tuanku mentadbir Negeri Kelantan Drul Naim. Gunakanlah kesempatan dan suasana yang amat berharga sekarang ini untuk menimba sebanyak2 mutiara dan meminta buah fikir hikmah dari Memanda Ayahnda Tuan Guru kerana amat jarang bahkan hampir tiada sultan2 sekarang ber Menteri Besarkan seorang Tuk Guru.

Memang ramai orang di luar sana mencemuh Tok Guru Kita, bukan kerana apa, kerana kuasa. [mereka tamak kuasa lalu digula2 kan rakyat jelata agar membenci Tok Guru dan menyokong mereka] Kalau Tuk Guru kita tak duduk di atas tiket ahli politik dah lama mereka anugrahkan 'Tokoh Ulama' Terbilang'.

Sepekara lagi nasihat saya kepada Tuanku junjungan mahkota, kepada Allah jangan dilupa, manusia menyembah [mengadu kepada] kita kadang2 kerana tahta [kuasa yang kita ada] sedangkan kita menyembah Allah kerana kita hamba. Jangan jauh dari Allah nanti Allah jauh dari kita. Mintalah kebaikan dari Nya nescaya yang lebih baik akan diterima. Salam junjung kasih untuk Tuanku-Sekian.

G1 Sultan Muhammad ke v- Kosms Online.

1 ulasan:

  1. “Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”. [Q.S. Ali Imran : 26]

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون