[lanjutan Isu - catatan akhir]
"Rasulullah sendiri amat menitikkan pemeliharaan kesucian masjid hingga baginda pernah bersabda bahawa mereka yang memakan bawang putih tidak digalakkan memasuki masjid kerana ia boleh mendatangkan rasa kurang selesa di kalangan jemaah lain.
"Namun apa yang kita bicarakan ini lebih besar daripada memakan bawang putih iaitu pemimpin politik bukan Islam dibenar mengadakan program dalam masjid. Ini sudah tentu lebih mendatangkan rasa kurang selesa di kalangan jemaah.- Kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot- Utusan online.31 Ogos 10
Aki tidak berhasrat untuk menyanggah keilmuan bekas mufti itu, tetapi menggunakan metod qias makan bawang putih untuk kes non Muslim masuk masjid adalah qias yang tersasar.
Pertama: Qias digunakan setelah tidak ada nas Quran atau Hadith atau Ijma'. Sedangkan ada hadith non Muslim masuk masjid semasa Rasulullah saw.(dengan sendiri qias di atas tidak terpakai)
Kedua:Qias yang digunakan tidak menepati masaalah(isu),sebab dan tujuan. Larangan makan bawang (mentah) disebabkan bau busuknya, isunya adalah keselesaan,tujuannya ialah untuk khusuk beribadat.Maka jika dimakan bawang yang dimasak (perisa) dan tidak berbau busuk,hilanglah larangan tersebut.
Ketiga: Maqis dan Maqis 'alaih hendaklah sama: Contoh wajib zakat padi/beras [maqis] (tiada hadith mewajibkannya) diqiaskan dengan wajib zakat gandum [maqis 'alaih] (yang ada hadith mewajibkannya). Bersamaan kedua2 nya dari segi keadaan (sifat). Gandum dan padi adalah makanan asasi, boleh disimpan lama dan bernilai pada uruf setempat.
Adakah Teo (sasaran kritikan) busuk? Menggangu keselesaan? Menyebabkan tidak khusuk beribadat?. Qias yang digunakan pula ialah qias aula (lebih utama).Maksudnya non Muslim lebih keji dari busuk bawang.
Cuba nyatakan niat yang sebenar mencerca non Muslim masuk masjid. Marah kerana hukum agama kah atau marah kerana berlainan kem politik?
Tolonglah jangan qiaskan gelap nak hujan (sehingga lampu jalan menyala) dengan gelap terbenam matahari untuk membolehkan berbuka puasa.... Maruuuuu..... -Sekian.
G1-Google.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون