Selasa, September 28, 2010

ANTARA BERDOA DI KAABAH DAN WASHINGTON DC

ISU TELAGA MINYAK

Manakala rakyat tetap perlu memberikan ketaatan walau berhadapan dengan kezaliman. Apatah lagi jika kezaliman itu hanyalah tuduhan yang masih kesamaran.

Sabda Nabi SAW: “Seburuk-buruk pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu benci dan laknat mereka dan mereka benci dan laknat kamu. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bolehkah kami menentang mereka? Tidak, selama mana mereka mendirikan solat.” (riwayat Muslim)- Tulisan Fathul Bari Mat Jahya pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU ).Malaysia Kini.

Aki tidak arif untuk menghuraikan hadith di atas. Namun tuan2 bersetuju dengan Aki bahawa pemerintah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. itu ialah pemerintah yang berpegang dengan al Quran dan al Sunnah.

Tentang pemerintah yang tidak mendirikan solat dalam hadith tersebut yang boleh ditentang, Aki tak nak komen, tuan2 ada pendapat sendiri.

Maka usahlah kita membuat sebarang tuduhan rambang kepada mana-mana pihak sama ada kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Kelantan sementara menunggu keputusan mahkamah.[hak royalti minyak]- Fathul Bari.

Aki nak tanya, Bolehkah disamakan mahkamah sekarang dengan mahkamah zaman Nabi saw, atau sahabat?

Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang mahu menasihati pemerintah dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah tersebut dan nasihatilah dia secara rahsia. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan. Sekiranya dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya.” (Riwayat Ahmad)

Pada hemat Aki, di Malaysia [yang mengamalkan demokrasi] yang layak menrima nasihat seperti hadith di atas ialah KDYMM Yang Di Pertuan Agong dan Raja2 negeri2 sahaja. Pemimpin politik mesti dinasihatkan secara rahsia mahupun terang-terangan kerana mereka mengambil amanah dari tangan rakyat bukan dari ketentuan syariat.

Menurut pandangan saya perbuatan menetapkan angka, masa dan tempat bagi doa yang tidak terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah adalah perbuatan yang menyanggahi petunjuk Rasul SAW. Sekiranya rakyat Kelantan merasakan mereka benar-benar dizalimi kerana hak mereka dirampas; doa orang yang dizalimi sudah cukup mustajab.- Fathul Bari.

Tuan, bagaimana kalau Aki katakan angka 40 ulama' itu satu target untuk pengurusan dalam misi tersebut, lebih, lagi bagus. sama juga dengan 40 waktu, lagi lama lagi baik. Setakat ini Aki belum pernah mendengar orang mencela 'Hadith Empat Puluh' An Nawawiyyiah kerana angka 40nya. Seorang yang solat tarawikh 4 rakaat tidak dicelapun,walau tidak mengikut Nabi saw. yang solat 8 rakaat. Kelebihan solat janazah dan doanya oleh 40 orang yang dianjur oleh Nabi saw. diajar oleh pensyarah2 di IPT tiada bangkangan.

Berdoa di hadapan Kaabah tempat mustajab, boleh juga berdoa di Washington DC. tak ada apa2 masalah. 40 ulama' dan 40 waktu itu kebijaksanan [politik] Tok Guru, Ulama' Muda boleh juga hantar 100 ahli ke Washington DC untuk berdoa supaya Kerajaan Pusat menang dalam kes royalti minyak ini. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون