Ahad, Mac 25, 2012

SEMPENA LAWATAN NAJIB KE BERA: DURIAN MUDA?


Seingat Aki Ds Najib Tun Abd Razak datang ke Bera (masih daerah Temerloh) pada kempen pilihanraya 1982 (Semasa menjadi Menteri Besar Pahang) di Padang Kampung Seberang Guai. Antara yang paling sibuk pada waktu itu ialah Pak Ngah JP Mat Nor.

Satu papan hijau yang bertulisan putih melekat pada batang rambutan berhadapan dengan pentas mengatasi sign board Barisan Nasional (cap dacing) bertulis 'KAMI PENDUDUK KAWASAN TRIANG AKAN MEMASTIKAN KEKALAHAN BN DALAM PILIHANRAYA INI'. Begitulah lebih kurang ayatnya (merisaukan Pak Ngah JP) Semasa berucap Najib sempat secara sinis mengucapkan terima kasih kepada orang Pas kerana menyambut beliau merujuk pemuda bermoto dengan bendera Pas mengiringinya dari Simpang Mengkarak.

Kini sudah 30 tahun berlalu, Najib datang sebagai Perdana Menteri dan Prasiden Umno sedangkan kawasan Triang kekal ditangan pembangkang (DAP) walaupun Kg Seberang Guai sekarang masuk dalam Dun Guai.

Tentulah janji Najib kali ini lebih besar dari janjinya pada 1982 sesuai dengan kedudukannya yang lebih besar. Adakah beliau akan mengumumkan jumlah 'Durian Runtuh' yang diwarwarkannya sempena berkunjung ke Felda Triang 3 untuk melihat Rancangan Perumahan Jenerasi ke 2 Felda (300 buah lebih kurang berbanding 4000 permohonan)

Apakah PM boleh memberi jaminan bahawa rumah J2 itu akan diberikan kepada yang layak sahaja atau umno bawah pun tak dapat usahkan pembangkang kerana masalah kronisma tidak dapat dipastikan.

Selamat datang Ds Najib Tun Abd Razak ke Bera dalam keadaan Pakatan Rakyat bersungguh hendak menawan Bera dan Umno bergelut untuk menyakinkan peneroka tentang isu KPF dan FGVH.

Para peneroka dan jenerasi ke 2 mestilah bijak memilih antara tanah plantation untuk J2 atau 'durian runtuh' yang tak tahu masak atau mudanya. - Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون