Rabu, Mac 07, 2012

PELIK DAN JELEK


Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.- Malaysia Kini.

Definasi motif menurut kamus :
  1. sebab (tujuan) yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau bertindak
  2. dasar fikiran atau pendapat
  3. pokok (dasar, tema) dalam sesebuah cerita dan lain-lain
  4. sesuatu yang dijadikan dasar atau corak pada lukisan (ukiran dan lain-lain)

Definasi pertama adalah sesuai dipadankan dengan kenyataan hakim di atas. Maka maksud hakim tersebut ialah sebab (tujuan) yang mendorongkan seseorang melakukan pembunuhan atau bertindak tidak penting dalam kes tersebut. Siapa yang buat dia tanggung,tak perlulah dikorek(selidiki) siapa yang suruh,kenapa dia suruh,pelaku dipaksa atau tidak,ada lagi orang yang lebih power ke? atau kehendak sendiri?

Aki tak mahu komen hal perundangan kerana Aki tak arif hal tersebut. Tetapi akal sejagat menerima bahawa motif perlu diketahui sebagai suatu unsur untuk menjulang keadilan dan ketelusan.

Bahkan Islam tidak akan menghukum pencuri dengan potong tangan jika motif perbuatan tersebut kerana lapar dan miskin. Begitu juga orang yang dipaksa minum arak tidak akan dihukum kerana perbuatan tersebut bukan niat dan kerelaannya. Hukuman juga dikongsi oleh orang yang melakukan jenayah dan orang yang menyuruh seperti pencuri kambing dengan yang menyuruh mencuri kambing.

Maka tidak mengaitkan sesuatu tindakan dengan motif walaupun relevan adalah satu kepelikan dan kejelekan- Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون