Ahad, Ogos 28, 2011

SELAMAT HARIRAYA


Salam,

Selamat Hariraya maaf zahir batin dari Aki sekeluarga. Hariraya disediakan untuk orang2 yang berjaya di dalam melaksanakan perintah Allah swt, terutama mereka yang berjaya melaksanakan perintah puasa.

Suatu keinsafan sepatutnya bagi mereka yang mengabaikan puasa tetapi beriya2 beraya.

Kita menyambut hariraya tahun ini di dalam suasana sedikit kecelaruan mengenai isu murtad. Selamanya kita mesti menentang usaha pemurtadan orang Islam oleh mana2 pihak. Perihatin nya kita dengan isu ini dijelmakan dengan persiden Pas membawa usul di parliman supaya diujudkan undang2 anti murtad tetapi di tolak (siapa yang menolak?)

Aki sangat bersetuju dengan pendapat sesaorang (+60169xxxxxx) dalam Sinar Harian Pahang (keratan di atas) tentang bukan sahaja kristian memurtadkan orang melayu tetapi tindakan melayu (golongan tertentu) mengakibatkan melayu murtad (fikir2kan lah)

Ampun tuan ampun puan, jari sepuluh memohon kemaafan.

ALLAHU AKBAR 3X WALILLAHILHAM.

Jumaat, Ogos 19, 2011

BELUM SENDAWA DAH TERBAU

Kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia,

Tabik tuan,

Baguslah tuan tak menyalahkan bekas anak buah tuan dalam isu undi pos tetapi menyalahkan pemuda pas dalam isu ini langsung tak bagus. Sepatutnya tuan berkata: Kami akan siasat atau sekurang2nya minta bukti [tanpa menuduh atau menapi] walaupun bukti mungkin sukar diperolihi lebih2 lagi mereka telah bersara.

Siasat dulu adakah pemuda pas bayar beberapa ratus ribu untuk sidang akhbar tersebut atau satu sen pun tak keluar. Ini kes amanah atau tidak amanah yang melibatkan arahan tertentu dan orang2 tertentu. Ia bukan satu tuduhan kepada Angkatan Tentera Malaysia sehingga tuan mempersoalkan kesetian sesaorang atau sesuatu pihak.

Benar tuan mesti mempertahankan maruah angkatan tentera, tinggal lagi perkara yang belum di siasat dan didalam keadaan yang sangat ragu jangan dikomen lebih2 sehingga menuduh orang lain pula dengan tanpa bukti.

Ditakdirkan Allah ramai lagi yang sanggup membuat pengakuan dari pilihanraya pertama (jika ada) hingga ke pilihanraya ke 12 apa macam?

Jika kedudukan kita menghendaki kita tidak cenderung kepada mana2 parti politik (non partisan) tunjukanlah dengan kata2 dan perbuatan kita- Sekian.

Isnin, Ogos 08, 2011

'IMAM BERSIH'


Salam,

Selamat berpuasa dan bertarawikh kepada muslimin muslimat. Penuhkanlah ramadan dengan berbagai ibadat dan amal kebajikan. Walaupun perut penuh dengan air,merangkak jugalah ke masjid atau surau untuk bersolat berjamaah dan tarawikh.

Bulan ramadan ini adalah bulan bengkel. Kereta buruk macam Aki ni elok benarlah dimasukkan ke bengkel sekurang2nya untuk ditukar 'minyak itam'. Bagi kereta baru di'vacuum' bagi bersih.

Sebut tentang bersih, seorang kawan Aki tak dapatlah mengimamkan solat tarawikh pada tahun ini akibat digantung tugas imam dari 29 julai hingga 29 ogos 2011 kerana didapati menyertai perhimpunan Bersih 2.0 baru2 ni.

"La.......... awok tak jalankan tugas imam ker?" tanya Aki. "Bukan pasai tu, pasai gi 'bersih'lah.." katanya. Gamoknya sikit hari lagi jika imam pakai baju cap umno [tanpa perkataan baru] kena gantung tugas juga yak...Sebab umno pun pertubuhan yang telah diharamkan, yang ada sekarang umno baru.

Begitulah kisahnya..... Raya esok boleh baca khutubah dak?- Sekian.

Isnin, Ogos 01, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN

Salam,

Selamat menyambut Ramadan al Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bulan amal.bulan berkat,bulan ibadat. Malam tadi dah mula Solat Tarawikh mudah-mudahan meriah dan ramai hingga ke akhir.

Tadi jumpa Chik (Ros Alang) tokey murtabak special di Bera ni. "Gona meniaga?" tanya Aki. "InsyaAllah " jawabnya ringkas. Tak menang tangan ler nampak gayanya.

Sebagaimana lajunya murtabak dan kuih muih serta lauk pauk langsai di pasar ramadan begitulah hendaknya kita semua laju untuk membuat kebajikan dan kebaikan dalam bulan mulia ini.

Masjid Mengkarak tak ngajak Aki ker.....? Teringat gulai jering dan sayur maman tahun lalu..... Best..... Kala ada kekorek durian Aji Deris boleh bawak tempoyak baru, boleh colek dengan daun pegaga atau pucuk mengkudu....... Sekian.