Rabu, Jun 30, 2010

GANGGUAN


KEPADA PENGUNJUNG2 SEKELIAN,

HARAP MAAF PC AKI SEDANG MENGALAMI 'PROBLAM'

HARAP MAAF

Sabtu, Jun 26, 2010

'SEKALI MENARIK PANCING, TERLEPAS SANGKUT DAN MENDAPAT IKAN BESAR


Anak bekas mufti Perlis - Fathul Bari Mat Jahaya adalah antara 40 ulama muda yang menyertai umno malam ini, tanpa bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Borang kemasukan kumpulan pertama itu, telah diserahkan oleh ketua kumpulan tersebut, Fadlan Mohd Othman kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.- Malaysia Kini.

Ura2 kemasukan [100 orang] ulama' muda kedalam UMNO menjadi kenyataan dengan kemasukan 40 orang daripada mereka itu. Bulaten Awani dipetik berkata bahawa tujuan mereka menyertai UMNO bukan untuk menentang pembangkang. Sungguh menarik kenyataan tersebut. Pakatan Rakyat atau Pakatan Pembangkang [istilah media pro UMNO] mempunyai 3 parti komponan [setakat ini] PKR,PAS dan DAP. Apabila ulama'2 muda tersebut menyatakan 'bukan untuk menentang pembangkang' tentulah kenyataan itu ditujukan kepada PAS,takkan DAP pulak kut.

Aki melihat ada perkara yang tersirat disebalik kenyataan tersebut [pendapat peribadi dan tak semestinya tepat]:

1- Mengakui bahawa perjuangan PAS benar dan betul
2- Supaya kawan2 mereka di dalam PAS tidak menempelak mereka.
3- Menzahirkan nak tolong UMNO bukan mintak tolong dari UMNO. [kerana syarat mintak tolong dari UMNO mesti lawan pembangkang]

Menurut Bulaten Awani, Dato Seri Sahidan Kasim [yang turut di tuduh sesat kerana menyokong wahabi] berharap mereka dapat menegur UMNO jika parti melayu itu melakukan kemungkaran. [kita tengok sejauh mana mereka boleh pergi]. Menurut Sahidan lagi kemasukan mereka ke dalam UMNO akan dapat merapatkan UMNO dan PAS [kenyataan yang menyakitkan telinga orang PAS] Bila ditanya tentang Dr Mohd Asri yang tidak menyerti kumpulan tersebut beliau berkata "Dr Asri menyokong UMNO di luar parti" [bila pula beliau menjadi juru cakap Dr Asri]

Pada hemat Aki bahawa membawa masuk ulama' kedalam UMNO [ada yang memang dah di dalam pun] secara besaran2 adalah usaha untuk memikat hati orang melayu yang dah jauh dari UMNO mentelahan kerajaan di bawah UMNO sudah terperangkap dengan isu lesen judi bola sepak dimana sebahagian orang UMNO sendiri menentang UMNO dalam isu ini. Maka pengumuman tidak mengeluarkan lesen judi bola sepak telah dibuat serentak dengan kemasukan ulama'muda ke dalam UMNO. seperti kata orang ' sekali menarik pancing, terlepas sangkut dan mendapat ikan besar' -Sekian.

Jumaat, Jun 25, 2010

AYAM SABUNG VS AYAM KATIK


Semasa Aki kecik2 dulu selalu diceritakan tentang Jepun yang bertubuh pendek dan mempunyai semangat berani [tak takut mati].Apabila Aki menonton filam Sarjan Hassan, ketua Jepun dan barua Jepun dalam filam tu pun 'katik' juga.

Sementara di tempat Aki tinggal dulu ada seorang yang dipanggil oleh budak2 'Dermak' [Denmark] kerana ia tinggi lampai dan berhidung mancung. Dimana mereka mengambil contoh Aki tidak tahu kerana negara Denmark tidak pernah menjajah tanah melayu sebagaimana Jepun. Denmark juga tidak termasuk di dalam negara 'berikat' melawan Jepun dalam perang dunia ke 2.

Padi tadi [2.30 wm] seluruh dunia menyaksikan 'peperangan' antara Denmark dan Jepun. Persaingan hidup mati [mereka sama2 mempunyai 3mata] antara 'ayam sabung' bertempur dengan 'ayam katik'. Di atas kertas tentulah ayam sabung akan membelasah ayam katik sampai 'terkincit'2.

Tekan kebanyakan orang meleset dan ramai yang kecewa [penyokong eropah] sebagaimana kecewanya kaki judi. Tentulah penyokong Asia pula bergembira dengan kemaran Jepun dan Korea Selatan ke Pusingan ke 2. Ternyata tektikal dan teknikal yang selama ini dikuasai oleh Eropah dan Amerika Selatan boleh disaingi oleh Asia dan Afrika [Gana layak ke pusingan ke 2]

2 tendangan percuma yang menghasilkan gol di separuh masa pertama oleh Keisuke Honda & Yasuhito Endo ditambah dengan gol ketiga Jepun oleh Shinji Okazaki menyerlahkan kemampuan Jepun [adakah Jepun manpu melepasi pusingan ke 2 sama2lah kita tunggu]

Banyak lagi kejutan akan berlaku selain dari tersingkirnya juara bertahan Itali & bekas juara Prancis. Bagaimana nasib Gana dan Slovakia?

Aki nak sangat tengok Brazil bertemu Belanda. Kawan Aki kata Argentina akan bertemu Potugal di perlawanan akhir. Jika England juara pada edisi ini..... mamposlah [teruk] Aki digelakkan oleh rodong2-Sekian.

Khamis, Jun 24, 2010

Dari Blog Sebelum Terbenam

'MENGGUNTING BIBIR, MENJERUK AKAL'


PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI

Di Bawah ini komen 'sesaorang' mengenai tulisan Abah tentang Dr MAZA & 100 ulama' [ruangan komen Pahang Daily Online. dan juga di sini.


Anonymous said...

Apalah Aki Net taik pxxxt tu mentaliti negatif keturunan PAS. Jika Dr MAZA dan 100 ulama masuk PAS, amacam komen Aki?? mesti puji melangit punyer...Sedarlah wahai manusia berjubah berkepala kopiah, hati yg bersih tidak dinilai dari pakaian dan keterampilan seseorang..dlm kes Aki Net taik ni, kepala je berkopiah tapi hati nurani mcm boss dia jugak a.k.a boss ularmak sesat TGNA...

Monday, June 21, 2010 5:46:00 PM

Komen Abah: Tidak berhajat untuk mempertahankan diri sendiri. Tulisan pxxxt terpaksa dixxx kan kerana ia perkataan yang sangat keji [tak mahu komen] Abah berterima kasih atas ingatan ini ' Sedarlah wahai manusia berjubah berkepala kopiah, hati yg bersih tidak dinilai dari pakaian dan keterampilan seseorang'-Abah sangat setuju. Pakai kot dan tali leher bukan bermakna ia melambangkan 'penyangak'.
'dlm kes Aki Net taik ni, kepala je berkopiah tapi hati nurani mcm boss dia jugak a.k.a boss ularmak sesat TGNA...'

Komen Abah: Pakaian hak masing2. Kalau marahkan tulisan Abah tu, berilah alasan dan dalil serta hujah supaya pendapat 'kamu' diterima dan pendapat Abah ditolak. Marahkan kopiah dan jubah bukan penyelesaian masalah. Di sana ramai orang yang berjubah yang ikhlas sebagaimana ada yang berkot yang ikhlas. Ada yang berjubah 'malaun' sebagaimana ramai yang berkot malaun.

Akhiran,

Kaitkan dengan TGNA.... apa hal. Sebut 'sesat' pulak tu. Abah tak sebut pun perkataan 'sesat' kepada Dato Seri Najib.

Untuk anak2 Abah: Berbalahlah dengan [mengguna] akal bukan dengan nafsu. Berhujahlah dengan dalil bukan kata2 melulu.- Abah.

Gambar sekadar hiasan.

Isnin, Jun 21, 2010

MENGECAT LUMPUR DI ATAS BATU YANG BURUK

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.- Malaysia Kini.

Aki doakan Dr MAZA akan mendapat jalan kebaikan. Bincang,beri pandangan dan teguran mudah2an ada manfaanya.

Isunya [bila membabitkan parti UMNO] bukan soal kemasukan 100 ulama berkelulusan tinggi atau soal Dr MAZA masuk untuk 'membaiki'. UMNO. Isunya adalah adakah ruang dan peluang untuk 'membaiki' UMNO. Jika ada, tentulah ia sudah dilakukan oleh Tn. Hj Ahmad Fuad, Dato Asri Hj Muda, Dato Nakahi Hj Ahmad, Dato Seri Anwar Ibrahim [satu ketika dulu], Dato Dr Yusof Nor, Dato Paduka Abd Hamid Othman, Ust.Firdaus, Dato Jamil Khir dan beribu2lagi ulama yang ada dalam UMNO, dulu,kini dan..... [samada keluar PAS masuk UMNO atau keluar Azhar masuk UMNO]

Orang yang paling [sangat] nak brubah dan mengubah UMNO sekarang ialah Dato Seri Najib, semua keburukan yang telah ada dalam UMNO nak dibuangnya [buang yang buruk,ganti yang buruk juga], tapi yang nak berubah dia seorang, orang lain tak nak berubah.

Perkara ke 2, nak berubah mengikut acuan mana? Dengan bebanan yang sangat berat ditambah dengan ketiadan halatuju yang jelas serta nak berubah mengikut 'acuan' axxo, dibimbangi menjadi seperti kata orang kampung 'mengecat lumpur diatas batu yang buruk'

Jangan [minta dijauhkan Allah] Dr MAZA dan kawan2nya jadi cat, sudahlah.... Sekian.

Ahad, Jun 20, 2010

DARJAT BUKAN SEGALANYA


“Maknanya kehilangan tiga pingat bukanlah satu pengorbanan besar seperti pepatah yang berbunyi 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,” kata Chua pada sidang media di ibu pejabat PKR di Damansara hari ini. - Petikan Malaysia Kini.

Aki tak nak komen pasal penarikan Darjah Kebesaran tersebut, itu adalah hak Istana Johor. Sebagaimana diri kita dan apa yang kita miliki adalah kepunyaan Allah maka pada bila2 masa sahaja walaupun tanpa notis dan alasan Allah Yang Maha Mengurnia boleh menariknya. Pingat itu dikurnia, bukan dibeli atau digadai maka menjadi hak yang memberi untuk mengambilnya semula pada bila2 masa.

Yang menarik di dalam kenyataan tersebut ialah pepatah 'tanpa seurat benang aku dilahirkan, tanpa seurat benang jua aku akan kembali,.Kenyataan dari Non Muslim tentang hakikat kehidupan manusia di dunia ini. Dr Chua Jui Meng telah melontarkan suatu 'pencuci minda' yang selepas daripada ini masyarakat akan sedar bahawa pangkat,darjat dan martabat bukan segalanya,ia boleh dan perlu dira'ie [dihargai] selama mana ia membawa kebaikan kepada penerima dan menjadi lambang keikhlasan kepada pengurnia. Sebaliknya apabila pangkat,darjat dan martabat menjadi malapetaka [dunia atau akhirat] kepada yang menerima dan menjadi 'permainan dan silap mata'[bobrok] bagi yang memberi, ia [pangkat,darjat dan martabat]tidak berguna satu sen pun.

Lebih2 lagi orang muslim, tentulah sangat arif tentang kebaikan dunia dan kebaikan akhirat atau malapetaka dunia dan malapetaka akhirat, lalu mereka adil pada diri sendiri dan orang lain apabila mereka berkuasa dan tiada hasad dengki dan kepentingan diri apabila mereka menjadi jelata.- Sekian.

Khamis, Jun 17, 2010

MAKAR

Fiesta Kelantan hambar: Hanya 300 hadir
Jun 17, 10 10:13am
Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Harakah Daily melaporkan walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan pembesar suara.

Petang semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Mursyidul Am PAS itu berucap.

Menurut Takiyuddin, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Nik Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.- MalaysiaKini.

Tanpa mencela sesiapa dan memuja sesiapa, fikirkanlah berita di atas untuk renungan dan iktibar. Manusia merancang dan Allah juga merancang. Allah lah sebaik2 Perancang.-Sekian.

Isnin, Jun 14, 2010

MEMBASUH KENTUT SEDANGKAN TAHI KERING DIPUNGGUNG


"Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.

"Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya.- Malaysia Kini.

"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi. -Malaysia Kini.

Diatas ialah kenyatan Dr. Mahathir Mantan Presiden Umno,Mantan PM dan 'Ikon Melayu Bangkit'. Kenyataan pertama ialah untuk memfitnah Pas ["Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak,"-Dr M] dan menyatakan bahawa dia seorang sekular [kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.]

Kenyataan kedua untuk 'membaruakan' orang cina dengan kenyataan umum seolah2nya semua orang cina suka judi.

Bila pulak Pas nak 'mengharamkan' semua judi. Judi memang haram dan semua orang tahu bahawa Pas memang menentangnya. Isu yang ada sekarang ialah kerajaan menambah lagi judi yang dah sedia 'berlambak' dengan judi baru iaitu 'judi bola sepak'. Adakah kerana terhutang budi dengan Vincent Tan yang didakwa membantu Umno dalam pilihan raya, maka menuduh orang yang menentang judi kerana politik bukan kerana agama.

Itulah pemikiran sekular. Pada mereka politik tiada kena mengena dengan agama. Mafhumnya ialah malaikat hanya akan menulis apabila aktiviti tertentu agama dilakukan seperti sembahyang,puasa,zakat dan haji. Sementara aktiviti politik,pentadbiran dan soal kesejahteran atau kerosakan kepada masyarakat maka malaikat tak ambil peduli. Alangkah dangkalnya pemimpin wawasan 2020.

Adapun kenyataan bahawa cina suka berjudi [tanpa pengecualian] akan membuatkan orang2 cina bertambah jauh dari BN termasuk orang cina yang berjudi itu sendiri. Kerana perbuatan buruk [judi] itu adalah sifat peribadi bukannya sifat sesuatu bangsa.

Maka 'Melayu Bangkit' bolehlah menjadikan ucapan Dr Mahathir itu sebagai 'ajenda' perjuangan.
Bolehlah 'membasuh kentut' ketika berada di masjid dan membiarkan 'tahi kering di punggung' sehinggalah [membasuhnya] tiba waktu sembahyang.- Sekian.

G1- Dr Mahathir- Malaysia Kini

Khamis, Jun 10, 2010

BERSUKAN JANGAN BERJUDI

Tulisan ini di'didikasi'kan kepada pembaca Blob ini yang 'minat' World Cup sempena pembukaannya 11.06.2010, South Afrika

[Dari Blog SEBELUM TERBENAM]

WC: SELAYANG PANDANG


Ma kaorang telah mengalih kedudukan kusyen tempat yang menjadi tumpuan Rayyan untuk memanjat menunjukkan 'heronya' ke depan TV. Apabila Uda bertanya, Ma menjawab " Senang abah kamu nak tengok Piala Dunia".

Yalah tuuuuu......................, Abah tidak macam dulu, dah tak tahan berjaga malam, perlawanan pun pilih2, tengokkan jadual WC 2010, 'game' ada 3 piriod [8.30pm,11.30pm dan 3.30am]. Barangkali boleh lah tengok beberapa games. Sejak WC 1978, pasukan yang Abah minat ialah Belanda dan Argentina [N.Juara & Juara 1978- I. S yang hebat dan permainan cantik yang menghiburkan], walaupun Belanda pernah kantoi [tak dapat masuk] WC 1982,1986 dan 2002 [Bapok ralatnya], Pasukan pilihan untuk juara ialah Brazil [dah tak de... samba sejak 1998] dan perlawanan yang diimpikan ialah USA vs Korea DRP, pasukan harapan ialah Jepun dan yang paling tak diminati ialah England [maaf ler.... penyokong Rooney - hanya gah dengan EPL]

Jika semata2 kemenangan yang menjadi fokus, jadilah macam Brazil yang hilang samba,[walau bagaimana pun Brazil tetap main cantik] Jerman ada peluang pergi jauh,sekurang2nya Q.F. C.Ronaldo [Potugal] kira bolehlah. Fernando tores no 9 tu... Abah rasa tak banyak boleh tolong Spain. [Semua itu ramalan sahaja- jangan percaya]

Semuanya boleh jadi terbalik. Team Aferika Selatan, Amerika Syarikat,Ghana dan Slovakia boleh memusnahkan impian pasukan ternama. Itali dan Prancis dalam kelas mereka boleh menafikan Brazil dan Jerman. Apa2pun tengoklah nanti.-Abah.

F1-Rooney [meraikan penalti Lampard yang tak masuk dlm perlawanan persahabatan dengan Jepun. 2-1 [jepun Gol sendiri]
Team Malaysia - Usahakan untuk Top 10 Asia, baru fikir tentang WC.

Isnin, Jun 07, 2010

WAJIB MARAHKAN ZIONIS, 2KALI WAJIB MARAHKAN PUNCANYA


Persidangan Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan usul mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza mengakibatkan sembilan aktivis terkorban dan 12 rakyat Malaysia ditahan pada 31Mei lalu.-MalaysiaKini

Ulasan 1- Tahniah 12 + 6 rakyat Malaysia yang menyabung nyawa demi misi kemanusiaan Gaza. Anda wira,betulkan niat anda, anda akan dapat ganjaran insya' Allah. Begitu juga rakyat Malaysia yang menyokong dengan wang ringgit, demo,semangat dan doa,anda juga mudah2an dirahmati Allah. Ahli politik Malaysia hari ini mencipta sejarah dengan 'usul mengecam sekeras2nya',mendapat ganjaran berdasarkan niat masing2.

Perginya sukarelawan kita hanya segelintir yang tahu dan yang prihatin, memang wajar mereka kembali disambut dengan gembira dan air mata. Sambutan 'Negara' oleh pemimpin dan rakyat jelata sepatutnya diselimuti dan berlatar belakangkan oleh 'jalur gemilang' kerana mereka wira rakyat [berbagai anutan politik,bangsa dan agama] Apa perlunya 'lambang lain' melatari kepulangan mereka.

Ulasan 2- Misi bantuan mengambil risiko dengan menggunakan jalan laut [kapal laut] untuk ke Gaza, ada yang 'syahid' dan ada yang tertawan. Kenapa mereka memilih jalan laut yang 'tinggi harganya', disamping kemalangan nyawa dan fizikal, barang bantuan juga tak kesampaian [matlamat tak berhasil] Bukan salah mereka. Ditegaskan lagi,bukan salah mereka. Salah siapa?
Gaza ada sempadan daratnya.Jika negara ini membenarkan bantuan kemanusiaan, penduduk Gaza tidak akan kelaparan bahkan akan ada kekuatan untuk melawan zionis laknatullah. Kalau yahudi sekali laknat, pemimpin negara tersebut kita nak panggil apa? Carilah jawapan tuan/puan apa nama negara tersebut dan apa gelaran yang patut di'kurniakan' ? - Sekian.

G1-Kedudukan Gaza - Google.
G2- Sukarelawan bersama PM- umno online.

BERCUTI & BERTEMU KEPTEN DION

N3 Di bawah di ambil dari blog peribadi 'Sebelum Terbenam' 'dididikasikan' untuk pembaca blog Aki ini.

BERCUTI & BERTEMU KEPTEN DION

Selamat sejahtera.


Abah dan keluarga sekarang berada di Comel Beach Resort,Pengkalan Balak,Melaka. Seminggu dua ni heboh pasal buaya yang mengamok di pantai Melaka ni. Petang semalam budak2 ni mencecahkan kaki ke tepi pantai dan Abah benarkan mereka mandi dan beranggapan bahawa buaya yang mengancam itu tiada disini. Ibarat pencuri yang lari jauh2 apabila telah melakukan 'kesalahan' [semuanya dengan kehendak Allah]


Pagi ini ada ribut yang agak kuat,laut bergelora, Abah tak benarkan anak2 turun mencecah air. Menjengoh ke tepi panti, Abah di sapa oleh 'sesaorang'.Apabila diamati wajah tersebut pe rnah keluar surat khabar kerana melakukan 'pekara pelik'. Beliau ialah Kepten Dion Bakar yang menggemparkan negara dengan aksi mengapungkan diri di laut sambil membaca akhbar.

Kisah pertemuan ini akan abah 'abadikan' dalam n3 yang lain insya'Allah. Chalet tempat Abah dan keluarga 'berteduh ni rupanya kepunyaan isteri En. Dion. Jumpa lagi.-Abah.

F1- Itu bukan kepten Dion,itu buaya taman Buaya Melaka

Rabu, Jun 02, 2010

MEMBASUH TAHI MENGGUNAKAN AIR KENCING

Urusniaga sedang berjalan

Petang tadi Aki menemani Wan ke kedai runcit Botak. Aki memberhentikan kereta betul2 di hadapan kedai tersebut. Sambil Botak melayani pelanggannya,Aki melihat beberapa orang [berbagai bangsa dan keturunan] berkerumun di kaki lima kedai Botak itu, lepas sorang datang sorang pergi bertukar ganti. Aki perhatikan betul2 macam ada 'urusniaga'. Wang dihulur kertas putih diberi. Aki tak nampak apa tulisan dalam kertas tersebut.

Selang 3 atau 4 pintu di sebelah kiri kedai Botak tersebut ada kedai 'nombor ramalan' yang ternganga pintunya. Ooooooo baru Aki tahu apa bendanya 'kertas puteh' yang di jual beli di hadapan mata Aki. Tapi kenapa orang2 itu tak ke kedai 'nombor ramalan' yang sedang menunggu pelanggan itu.

Fahamlah Aki bahawa walaupun ada yang 'halal' [berlesen], kegiatan 'black market' yang sangat menguntungkan tetap berlaku. [tak perlu bayar lesen permis,lesen oprasi,bermacam cukai dan sebagainya.]

Jadi memberi lesen dengan tujuan dapat mengawal kegiatan 'haram' tidak rasional langsung bahkan menambahkan lagi kegiatan tersebut seperti 'membasuh tahi menggunakan air kencing' -Sekian.

Selasa, Jun 01, 2010

YAHUDI BUKAN BANGSA YANG BOLEH DIBUAT BAIK


Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel yang menyerang kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi teguran keras terhadap rejim itu.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (pertama dari kanan) berkata Malaysia akan mengusulkan perkara tersebut kepada peringkat tertinggi Majlis Keselamatan PBB supaya perkara ini dibincangkan dalam masa terdekat. "Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza," katanya kepada wartawan selepas melancarkan Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) di Kuala Lumpur, semalam.- Malaysia Kini.

Terimakasih PM yang sama2 prihatin. Lain kali berhati2lah dengan Israel [Yahudi laknatullah] itu. Apa sahaja perkara yang melibatkan yahudi walaupun sebesar 'kuman' jangan dibenarkan di Malaysia ini- Sekian.
G1- Imej bendera Malaysia di atas kapal Mavi Marmara yang diserang komando Israel -You Tube.
G2- Imej UMNO yang buruk kerana 1Malaysia ciplak & Negara judi - Zakri Ali.