Rabu, Oktober 05, 2011

RAIS : KAIN RABAK DI BELAKANG



"Guan Eng sepatutnya menasihatkan konco-konconya di institusi itu supaya menghormati bahasa kebangsaan," kata Rais dipetik oleh
Utusan Malaysia.

Isnin lalu, Rais mendakwa bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.

Dakwanya, ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.

Kolej Han Chiang adalah institusi swasta yang diasakan oleh pemimpin masyarakat Cina apada tahun 1999.- Malaysiakini.

Cukuplah untuk menyalahkan orang lain tentang memartabatkan bahasa melayu wahai menteri 'jambatan terbakar'. Sejak isu PPSMI zaman Mahathir sampai sekarang mana ada satu tindakan yang konkrit untuk memartabatkan bahasa melayu dari pemimpin melayu. Bersoraklah Datok Seri Utama Rais ke hulu ke hilir, menteri lain tetap menggunakan bahasa Inggeris [lentang pukang] dalam ucapan dan sidang akhbar mereka walaupun untuk orang melayu dan di hadapan orang melayu.

Lihat PM Jepun dan Prasiden Iran [sebagai contoh] ucapan resmi di PBB dalam bahasa ibunda masing2. Bila kita tidak dapat menunjukkan teladan yang baik kenapa pula kita nak menempelak orang lain melainkan ianya isu politik murahan. Kolej swasta yang dirujuk itu lahir tahun 1999, zaman Tsu Koon.

Janganlah menuduh kain orang koyak di hadapan tanpa menyedari kain kita rabak di belakang-Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون