Jumaat, Oktober 07, 2011

BAJET; JASA MAT SABU


Paling gemuruh tepukan dari MP dalam pembentangan Bajet 2012 ialah apabila PM umumkan kenaikan elaun wakil rakyat mulai tahun depan. Aki setuju elaun dinaikkan demi kepentingan rakyat yang diwakili oleh Yang Berhormat kerana ianya menjadikan wakil rakyat lebih efisyen.

Tetapi jika kenaikan itu bertujuan mengambil kesempatan dari keadaan semasa dimana semua golongan mendapat habuan,takkan lah si pemberi [pembuat dasar] tak dapat saguhati, Aki tak setuju 100% apatah lagi dipihak wakil rakyat BN yang diketahui umum mendapat habuan lain selain dari elaun tersebut.

Jangan nanti selogan bertukar menjadi 'Rakyat didungukan wakil rakyat diutamakan'. Perkara baik perlu disokong seperti kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka. Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout.

Di sebalik semua itu siapakah yang telah menyedarkan kerajan sehingga bajet kali ini ada habuan untuk mereka melainkan Mohamad bin Sabu yang dikeji oleh segelintir orang yang menerima one-off itu.

Terima kasih abang Mat-Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون