Isnin, Oktober 10, 2011

MELAYU SUKA ONE-OFF

Secara umumnya, Abdul Hadi berpendapat, tiada apa-apa perubahan yang mampu melonjakkan negara dalam belanjawan kali ini kerana ia masih sama dan hanya dipersembahkan dalam bentuk baru.

"Ini adalah belanjawan pilihan raya. Malah majlis pembentangan belanjawan menjadi seumpama majlis pembahagian wang ehsan dengan pembahagian pelbagai one-off," katanya- Malaysiakini.

Dato' Sri Najib [mungkin dengan sumber2nya] bijak membaca mentaliti orang melayu lalu dengan 'senyum temeweh'nya mengumumkan berbagai tawaran one-off dalam bajet 2012. Hampir kesemua pilihanraya kecil atau umum selama ini UMNO/BN menggunakan pendekatan one-off ini sebagai umpan terutama kepada rakyat melayu di kampung2.

Kata pepatah melayu: 'Panas setahun dihapus oleh hujan sehari'. Maka dari kontek politik ini bermaksud kesusahan dan keperitan hidup empat lima tahun boleh diubat (gula2) dengan janji one-off sahaja.

Jumlah RM 500.00 yang dijanjikan kepada orangramai di kebanyakan sektor dan taraf hidup apabila dimikrokan hanya berjumlah 0.273 sen sehari dalam masa lima tahun. Itulah yang disukai oleh rakyat terutama orang melayu.

Tentulah satu kebijaksanaan apabila kita terima tawaran tersebut sebagai hak kita dan mengorak langkah kepada suatu yang lebih baik dari segi jangka panjang bersama Pakatan Rakyat- Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون