Selasa, Oktober 04, 2011

BERFIKIRAN SERUPA


Mereka [MCA} turut menolak pelaksanaan hukum hudud kerana bercanggah dengan rukun asas Perlembagaan Persekutuan, kebebasan beragama dan hak asasi individu- Malaysia Kini.

Apakah kenyataan di atas menggambarkan bahawa kebebasan beragama bermaksud walaupun sesaorang itu telah menganut Islam,ia tidak terikat kepada peraturan Islam dan bebas melakukan apa sahaja sesuka hatinya. Itu pendapat orang bukan Islam yang barangkali agama merekapun mereka tak ikut.

Jika ini jugalah pemikiran sebahagian dari orang yang mengaku Islam lalu mereka tak solat kerana tidak merasa tanggungjawab sebagai orang Islam, melakukan maksiat kerana merasa tidak ada apa-apa, maka inilah sebahagian dari sebab mereka juga menolak hudud.

Bagaimana pula yang solat dan tidak membuat maksiat tetapi mereka juga menolak hudud? Mereka pergi haji,berpuasa,berzakat padahal perintah hudud sama seperti perintah solat. Nyata samada mereka tak faham atau dikelirukan oleh sikap pemerintah yang tiada usaha untuk mendaulatkan hudud bahkan meremehkannya ditambah dengan amlan retual sejak nenek moyang.

Moga usaha diteruskan untuk memberitahu manusia bahwa Hudud adalah seadil-adil hukum yang menyelamatkan sesaorang di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون