Ahad, Oktober 17, 2010

AKI YANG 'PENING' ATAU BAJET YANG 'PENING'?


Dalam pembentangan Bajet 2011 sebentar tadi,Perdana Menteri Satu Malaysia mengumumkan sebuah lagi menara pencakar langit bakal dibina di Kuala Lumpur,dikenali sebagai Warisan Merdeka.Projek yang bakal dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad itu akan menelan kos RM5 bilion,mempunyai 100 tingkat dan dijangka siap tahun 2020. -http://propartiislammalaysia.blogspot.com

Aki sangat2 setuju dengan cadangan PM tu, dan memandangkan Singapura juga akan membina menara yang tinggi maka adalah lebih elok ditambah ketinggian 'menara merdeka' kepada 150-200 tingkat supaya tiada saingan dan tandingan dalam waktu terdekat. Wang tambahan 3 bilion atau 5 bilion tu boleh 'dikorek' dengan menaikkan sedikit harga minyak. Bukan mahalpun berbanding Singapura.

Maka untuk mengelakkan penyelewengan dan supaya adil dalam tender dan kontrak adalah dicadangkan tiap2 menteri,timbalan menteri serta setiausaha2 mereka di berikan projek tersebut mengikut tingkat2 tertentu. Jika tidak mencukupi bolehlah di 'sub'kan kepada ketua bahagian,pemuda dan wanita.

Mengikut berita Awani yang Aki tonton,rata2 orang ramai bersetuju kerana kata mereka ia dapat meningkatkan industri pelancongan melainkan seorang yang tak bersetuju yang berkata:MenaraPetronas pun tak penuh2 lagi dan kita dah banyak bangunan tinggi2". Pendapat seorang itu tak perlu diambil kira kerana menurut maklumat peniaga tak mahu menyewa bangunan petronas tersebut kerana ianya tak cukup tinggi. Bahkan ada peniaga dan nelayan di kampung Lupak Meluas,Batu Sapi telah berangan2 untuk menjual prodak 'ikan masin jeruk' di tingkat 100 menara Warisan Merdeka yang diumum oleh PM dalam bajet jumaat lalu. Kawan2 Aki, nelayan Bera ni pun boleh menyewa tingkat 50 untuk promosi patin dan talapia sangkar kepada pelancung jepun atau eropah.

Dan betapa bangganya anak2 sekolah di Galas dan Ulu Tembeling yang berkaki ayam,tanpa jalan tar satu hari nanti pada tahun 2015 dibawa melawat menara tertinggi itu. Itu belum lagi dilihat dari segi manfaat keselamatan, ia boleh menjadi menara peninjau untuk mengawasi seluruh perairan dan daratanMalaysia menggantikan kapal selam yang tak berpungsi kerana ketinggiannya. Untung! 2x, siapa kata membazir?

Kakitangan Awam kata: " Lebih baik beri bonus dari buat menara.." Aki jawab: Kerajaan berhemah..." Sabarlah, apa salah berkorban untuk kepentingan peneroka,pekebun kecil ,nelayan,peniaga pasar tani,buruh dan pekerja kilang yang akan memenuhkan ruang2 kosong menara tersebut dengan aktiviti masing2.

Sedang Aki menghabiskan n3 ini kawan Aki menyapa "Oooiii apa yang Aki tulis......" Aki terpinga2, Aki yang 'pening' atau bajet yang 'pening'....-Sekian.

G1-http://tulisanmaya.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون