Selasa, April 13, 2010

DUNIA OH DUNIA


KUANTAN Usianya baru 17 tahun tetapi sudah ligat memperdayakan orang ramai dengan menyamar sebagai anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tanpa motif yang jelas, remaja lelaki yang memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 itu memperdayakan banyak pihak dengan nama Yang Mulia Tuan Muda Mohamad Zulanif Tengku Laksamana Abdullah.

Malah, beberapa orang kenamaan termasuk seorang ahli Exco Pahang serta para pegawai kanan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) turut terpedaya dengan kelicikan remaja yang berasal dari Bera itu.

Bagi meyakinkan orang ramai, dia menggunakan kepala surat palsu Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk memaklumkan kepada pengurusan JLKN mengenai hasratnya melawat Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang di Cherating bulan lalu.- Berita Harian Online.

Komen: Ternyata 'Tuan Muda' seorang yang pintar dan berani berdasarkan keputusan peperiksaan SPM nya dan helah nya yang dapat memperdaya JLKN. Persoalan samada JLKN tidak berhati2 atau takut tak bertempat sehingga terpedaya bukanlah tujuan tulisan ini. Di dunia ini ramai Penipudaya yang telah menipu,sedang menipu dan akan menipu dengan apa2 alasan sekalipun. Sudah ramai juga yang tertipu,sedang ditipu dan akan ditipu dengan sebab2 tertentu.

Dari skim cepat kaya yang berbagai bentuk dan pelaburan berulang kali yang bukan sedikit, manusia memujuk diri sendiri untuk tertipu lagi hanya kerana akal terpesong dan tidak dapat menimbang dan mengukur dengan timbangan dan ukuran yang sebenar dek kerana pujukan nafsu.

Lama dulu,sesaorang telah menyamar sebagai doktor.Sempatlah masuk bilik bedah, kepalsuannya terbongkar apabila misi [nurse] melihat ia masih memegang peralatan bedah selepas menanggalkan sarung tangan.

Selagi manusia bernafsu untuk merebut dunia, selagi manusia mengambil kesempatan ke atas kelemahan orang lain... selama itulah berlaku penipuan... Adalah Polis palsu,tentera palsu,doktor palsu,JPJ palsu,kastam palsu,imigresen palsu, dan lain2 yang palsu... cuma belum ada Perdana Menteri palsu... Zaman Sadam Husain, dikatakan ada 7 Sadam Husain palsu.

Kalau tandatangan palsu,wang palsu,dokumen palsu dan janji palsu barangkali lebih banyak dari rambut palsu.

Adakah tuan/puan pernah dengar Dr palsu menggunakan wang palsu untuk membeli sijil [gelaran Dr] palsu ?

Walau bagaimanapun gigi palsu dan kaki palsu adalah satu keperluan kepada mereka yang berkenaan -sekian.

G1- Beberapa askar Rusia mengangkat keretakebal tiruan - sumber media.

1 ulasan:

  1. Salam aki,

    "oh dunia ini, penuh kepalsuan, mungkinkah tiada keikhlasan" ...........hingga akhir.

    sedutan lirik lagu Aisyah, jaman koi remaja dulu popular.

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون