Khamis, Mac 15, 2012

ATLIT SOKONG HUDUD, PAK IMAM BILA LAGI?


KOTA BHARU, 14 Mac: Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang yang ada termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.

Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.- Harakah Daily

Akhir-akhir ini ramai dikalangan artis,atlit, pengiat seni dan sukan menyatakan sokongan terbuka kepada perlaksanaan hukum hudud (dan yang berkaitan dengannya) sebagai satu jalan penyelesaian kepada kebejatan sosial. Terkini adalah Datuk Malik Nor bekas juara bina badan seperti yang dilapurkan oleh Harakahdaily.

Sesungguhnya jika hudud ini ( perkara yang sangat asing pada satu ketika dahulu ) diberikan kefahaman demi kefahaman,penjelasan demi penjelasan, tidak mustahil golongan artis dan atlit yang dulunya tidak mesra hudud akan menyokong perlaksanaan hudud ini bahkan non muslim tidak akan teragak-agak menerimanya.

Tinggallah mereka yang prajudis dan ragu-ragu dari kalangan orang Islam serta yang ada kepentingan politik (dengan maksud jika hudud diterima ramai, ia akan memberi kelebihan politik kepada Pas) serta sebahagian orang kafir (yang sentiasa menentang apa sahaja yang datang dari Islam) dengan pendirian mencemuh dan menentang hudud dengan berbagai alasan.

Kelantan (pada peringkat dan masa ini) adalah tapak yang amat sesuai untuk dilaksanakan hukum tersebut (dengan kebenaran kerajaan persekutuan) supaya dapat menzahirkan perintah Allah swt tersebut dan menjadi model unggul kepada orang Islam dan bukan Islam keelokan syariat Islam itu.

Tegakkan politik untuk laksanakan Islam semuga semua makhluk mendapat rahmat- Sekian

Rabu, Mac 07, 2012

PELIK DAN JELEK


Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.- Malaysia Kini.

Definasi motif menurut kamus :
  1. sebab (tujuan) yang mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau bertindak
  2. dasar fikiran atau pendapat
  3. pokok (dasar, tema) dalam sesebuah cerita dan lain-lain
  4. sesuatu yang dijadikan dasar atau corak pada lukisan (ukiran dan lain-lain)

Definasi pertama adalah sesuai dipadankan dengan kenyataan hakim di atas. Maka maksud hakim tersebut ialah sebab (tujuan) yang mendorongkan seseorang melakukan pembunuhan atau bertindak tidak penting dalam kes tersebut. Siapa yang buat dia tanggung,tak perlulah dikorek(selidiki) siapa yang suruh,kenapa dia suruh,pelaku dipaksa atau tidak,ada lagi orang yang lebih power ke? atau kehendak sendiri?

Aki tak mahu komen hal perundangan kerana Aki tak arif hal tersebut. Tetapi akal sejagat menerima bahawa motif perlu diketahui sebagai suatu unsur untuk menjulang keadilan dan ketelusan.

Bahkan Islam tidak akan menghukum pencuri dengan potong tangan jika motif perbuatan tersebut kerana lapar dan miskin. Begitu juga orang yang dipaksa minum arak tidak akan dihukum kerana perbuatan tersebut bukan niat dan kerelaannya. Hukuman juga dikongsi oleh orang yang melakukan jenayah dan orang yang menyuruh seperti pencuri kambing dengan yang menyuruh mencuri kambing.

Maka tidak mengaitkan sesuatu tindakan dengan motif walaupun relevan adalah satu kepelikan dan kejelekan- Sekian.

Sabtu, Mac 03, 2012

SI PEKUNG DENGAN BAJU CANTIK


Kunjungan sehari suntuk Najib Razak ke Kelantan hari ini untuk melihat perkembangan Umno di tiga kawasan, Jeli, Pasir Mas dan Kota Bharu disambut dengan lambaian sepanduk dan cogankata-cogankata memperli perdana menteri itu.Semasa berucap di Sabah baru-baru ini Najib mengatakan Kelantan negeri paling miskin di antara negeri-negeri di negara ini. Kata-kata itu jelas untuk menyedapkan hati rakyat Sabah yang telah ditipu hidup-hidup oleh Umno - Sedutan Harakahdaily.

Kelantan dikatakan negeri miskin tapi dapat bayar hutang (peninggalan umno) setakat 2011 hutang Kelantan kepada pusat RM11.6 juta, kedua terendah selepas Sarawak, berbanding Pahang negeri Bapak Umno yang berhutang RM 2.17 bilion .

Ditinjau dari sudut pendapatan, orang miskin penduduk Pahang Darul Makmur setara sahaja dengan orang miskin Kelantan Darul Naim, yang membezakannya ialah di Kelantan perbelanjaan harian lebih rendah (murah) berbanding Pahang umno berdengung yang ada PM dan menteri KRIM.

Maknanya Pahang negeri kaya banyak hutang sementara pemimpinnya mewah rakyatnya sesak (susah) dan Kelantan negeri miskin,pemimpinnya berhemah rakyatnya kaya (kehidupan selesa)

Najib dan umno bukan ada megik untuk menukar susah kepada senang,miskin kepada kaya dan 'neraka kepada surga' melainkan menggunakan harta negara lalu rakyat yang 'cerdik' tertipu dan menganggap wang pemberian Najib sebagai duit Umno.

Maka menganggap umno sahaja boleh memerintah dan memberi makan adalah 'ajaran sesat' yang mesti dijauhi jika mahu memurnikan akidah. Begitu juga kenyataan bahawa Umno/BN sahaja parti yang boleh menjalankan pembangunan adalah satu pembohongan.

Tindakan mencaci Kelantan ibarat orang pekung menjaja ubat luka sedangkan bau busuk pekungnya tidak dapat disembunyikan di sebalik baju yang cantik - Sekian.