Salam,
Kerajaan persekutuan menegaskan pendirian bahawa syarikat Lynas
Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji
di Gebeng untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL).-MK
Kenyataan di atas dipercayai dikeluarkan bagi membalas kenyataan pengarah urusan Lynas Malaysia Mashal Ahmad menyatakan bahawa sisa berkenaan tidak boleh dieksport disebabkan
undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya-MK
Isunya ialah:
1- Utusan Malaysia menipu rakyat Malaysia apabila menyiarkan gambar makcik-makcik yang memegang nadir bumi yang baru sampai dari Australia dengan kenyataan mengelirukan yaitu 'tidak bahaya' .Memanglah tak bahaya kerana belum diproses.
2- Kerajaan kata ia tidak bahaya walaupun selepas di proses,jadi cuba baca komen oleh seorang pembaca MK yang mengelarkan dirinya Keindahan Alamsekitar · -"Sebenarnya
tak ada problem. Kata menteri-menteri BN sisa-sisa tu semuanya selamat.
Jadi kita syorkan longgokkan saja dibelakang/depan mahligai-mahligai
pemimpin-pemimpin Umno, Mca, MIC, Grakan dan kalau dah penuh nanti
longgokan pula di belakang/depan rumah JKKK. Mereka ni maklumlah, rela
berkorban untuk agama, bangsa dan negara.."
3- Menteri tak tahu undang-undang ke atau pegawai Lynas yang tak tahu undang-undang? Tak boleh export bahan berbahaya ke negara ke 2 (Australia export ke Malaysia tak mengapa kerana nadir bumi itu berbentuk selamat tapi Malaysia tak boleh export sisa nadir yang siap diproses kerana ia bahaya). Baca komen pembaca MK ini pula: Raja Mohd Shahrim-"Hahaha..
kebangangan mengatasi kebodohan... nak bawak mana sisa radioaktif
itu..? Rakyat bantah tak nak dgr..siap bagi pak cik dan makcik pegang
pegang lagik.. hehe ..sebab belum diproses memangler boleh pegang...bila
dah diproses sapa nak sisa..?? merayulah pada egara hatta Korea Utara
sekalipun dgn janji 10000000000 tan metrik makanan.. dorang sure tak
nak..!! so UMNO yg bijak pandai..?? sapa bodo.. UMNO atau rakyat..??" - Sekian.
Gambar orangramai memegang nadir bumi -dari blog Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون