Ahad, Disember 02, 2012

'POTONG TELINGA' : SATU RIWAYAT

Salam,

Maka beriya-iya benar MB (Malim Boros) yang seorang tu nak memotong telinganya kerana telah terlajak kata bahawa dia membenarkan orang memotong telinganya jika Jajahan Bong Tong yang dia jadi ketua Suku Gulayu yang ditandingi taulannya Mee Sai kalah dengan parti De Api.

Bukak kelongsong undi pada dinahari itu rupanya De Api menang mengalahkan Mee Sai parti sekutu MB. Terlajak upih boleh diundur,terlajak kalam padah mendatang. Bersiap sedialah MB dengan daun sireh,daun kapal terbang,minyak gamat dan gunting zink untuk mengadakan upacara 'potonr telinga' walaupun di dalam hati rasa sayu dan menyesal.

'Janji ditepati' yang menjadi slogan dan manifisto Suku Gulayu mesti ditunaikan. Maka dibuat sidang media untuk promosi hari dan masa upacara 'gunting telinga' tersebut termasuk media alternatif dari TV Amansentosa yang di wakili oleh Encik Ucup juga di panggil bagi mengambarkan MB seorang yang menepati janji.

Telinga dihulur di hadapan ribuan orang jajahan dan En. Leong yang dilantik sebagai 'pengunting telinga' telah membuka silang gunting disaksikan oleh Ustaz Amid YDP (Yang Di Percayai) Tiba-tiba satu suara berteriak keras "Jangn,jangan gunting,nanti dulu,saya ada bawak surat dari Tok Mempeti" Semua mata tertumpu kepada Pok Jit panggilan ringkas kepada PM (Pertapa Malu) guru MB. Surat pun dibaca:" Adalah haram melakukan suatu kemudaratan walaupun kepada diri sendiri seperti memotong telinga dan lain-lain kecuali anu bagi yang belum masuk jawi"

Tiba-tiba MB sedar dari tidurnya. Keluar bunyi "Auuuuuuuooooohhh" dari muncungnya sambil tangan kanan nya meraba-raba telinganya. "OOO Ada lagi..."

Pagi itu MB dengan muka yang berpeluh-peluh memanggil sidang media mengumumkan menarik balik tawaran 'potong telinga' itu dengan berkata bahawa itu (potong telinga) adalah bahasa majas yang mengambarkan mesti menang. Berkata AP (Awang Pau) Dato Sri MB kami akan usaha kalahkan parti Me Sai walaupun MB tak jadi nak potong telinga kerana Dato Sri MB cakap besar... Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Komen

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون