Rabu, Februari 29, 2012

HABUK DARI CELAH LANTAI


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencadangkan sebarang siasatan audit berhubung kerugian dana awam semasa pemerintahan 22 tahunnya, mesti juga membabitkan siasatan ke atas semua mereka yang bergelar Tun, atau bekas perdana menteri.

"Bukan sahaja saya... semua Tun mesti diaudit. Begitu juga dengan anak-anak dan cucu-cicit mereka," bidas beliau semasa sidang akhbar selepas menerima kunjungan rombongan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.- MK

RM100 bilion wahai nenek ....... bukan RM100 ringgit. Sangat dialu-alukan untuk SPRM menyiasatnya bermula dari Tun Mahathir dan seterusnya lain-lain Tun. Benda dah rugi mesti ada perkara tersalah dan tersilap yang dibuat. Paling tidak salah perhitungan.

Tapi gaya tempelak Tun Mahadir itu memberi isyarat bahawa bukan dia seorang sahaja yang buat kerja rugikan duit rakyat, Perdana Menteri yang lain pun (termasuk yang ada sekarang dan yang mantan serta yang telah meninggal dunia) turut menyalahgunakan dana awam.

Dakwaan Kit Siang itu (100 bilion) mengenai wang rakyat yang lingkup semasa pemerintahan Ninda Tun Mahathir selama 22 tahun,satu angka yang besar yang bukan sahaja patut disiasat tetapi wajib dibongkarkan.

Kenapa perlu kaitkan dengan lain-lain Tun melainkan ada wasangka bahawa 'engkau serupa aku juga' atau nak menutup malu sendiri kerana telanjang disuruh orang lain telanjang juga. Siasatlah wahai SPRM sebelum PR mengambilalih teraju. Bila diganti karpet baharu nanti semua habuk di celah lantai akan di korek keluar- Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون