Ahad, Februari 12, 2012

APA KATA HASAN DAN 40 ULAMA'?


Jika gambar (sebelah kanan) ini adalah DS Anwar Ibrahim hebohlah media massa,TV,surat kabar dan mungkin juga ia menjadi hightlight siri jelajah DHA kerana ianya tegak di kawasan ibadat penganut hindu.

Apa beza antara patung Najib dan patung Anwar dalam isu ini, ia mengingatkan rakyat Malaysia mengenai pemasangan replika Anwar Ibrahim dengan ketinggian yang hampir sama berhampiran Wisma Keringat, Batu Caves kira-kira 4 kilometer dari tapak sambutan Thaipusam sempena menyambut perayaan Deepavali pada 2008 lalu.

Replika Anwar dijadikan bahan berita oleh beberapa stesen televisyen pro-BN ketika itu. Kononnya replika Anwar berunsur pemujaan dan pendewaan kepada seseorang tokoh. Persoalannya, mengapakah replika gergasi Najib tidak diungkit oleh media arus perdana. Replika itu pula dipasang di kawasan beribadat. Bayangkan jika replika Tuan Guru dibina di perkarangan masjid. Pasti stesen televisyen akan menyiarkan berita itu selama seminggu!

Isu Najib dan Rosmah menyertai perayaan Thaipusam pula mengundang kontrovesi yang perlu dijelaskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dengan segera kerana ia melibatkan soal akidah.

Harap Hasan (akidah) dan 40 ulama muda jangan bisu dalam soal ini- Sekian.

Sumber dipetik dari Milo Suam.blogspot.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون