Isnin, Ogos 27, 2012

MERDEKA: ZAMAN UBI KAYU VS KENTANG GORENG

Salam,
Ramai yang merungut tentang sambutan hari kemerdekaan dan semangat patriotisma yang malap oleh rakyat jelata menjelang ulangtahun kemerdekaan yang ke 55.Ini dibuktikan dengan terlalu kurang kibaran Jalur Gemilang walaupun tarikh 31 Ogos beberapa hari sahaja lagi.

'Janji ditepati' yang menjadi tema perayaan kemerdekaan tahun ini dikhabarkan antara yang menjadi punca kemalapan tersebut. Ia satu ungkapan 'mersimpati' yang jauh dari semangat patriotik yang boleh membakar jiwa orang lama untuk mengenang perjuangan mereka menuntut kemerdekaan. Apatah lagi anak cucu mereka nak berbangga dengan tema persis kempen pilihanraya itu,jauh sekali.

Orang2 tua yang tegar semangat mereka ramai yang sudah kembali menemui Tuhan,yang tinggal sudah tak larat nak pegang kain bendera usahkan nak pacakkan tiang bendera. Maka berkatalah orang nasionalis " Pertahankan kemerdekaan kita dan kerajaan kita, jangan ubah nanti kembali ke zaman makan ubi kayu"

Zaman anak mereka mungkin kenyataan tersebut masuk dalam benak jiwa dan mereka bermati-matian mempertahankan kerajaan yang ada. Tapi sekarang zaman cucu mereka yang ubi kayu sudah diproses menjadi bermacam2 perkara (zaman kentang goreng) yang mengangap kenyataan kembali makan ubi kayu adalah kenyataan memperbodohkan mereka.

Anak muda sekarang (cucu mereka) bukan tidak membaca sejarah bahkan kritis dengan sejarah dan mereka tahu bukan golongan nasionalis sahaja yang memperjuangkan kemerdekan bahkan golongan Islan dan golongan kiri yang dipinggirkan sangat besar jasa dalam menuntut kemerdekaan.

Aliran 'merdeka jiwa' yang menguasai minda anak muda sekarang dijangka boleh mempengaruhi dan  mengubah 'jiwa hamba' ayah2 mereka sehingga akan mendatangkan kesan perubahan politik yang besar di dalam negara.

Bukan mereka tidak menghargai kemerdekaan dan tidak berterima kasih kepada kerajaan yang ada tetapi yang terpenting ialah meneruskan kemerdekaan dengan agenda perjuangan kesaksamaan dan keadilan serta ketelusan yang telah terabai kerana keangkuhan 55 tahun yang tidak pernah tercabar.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون