Jumaat, Ogos 17, 2012

'FATWA HARAM'

Salam,

Mengeluarkan 'fatwa' bahawa orang Islam haram menyokong DAP dan menerima dana projek-projek khas JPPK sebanyak 2juta adalah dua perkara yang berlainan (tiada kaitan). 'Fatwa mungkin keluar kerana wartawan bertanya hal sedemikian atau disuruh keluar 'fatwa' jika ditanya perkara berkenaan. Dana 2 juta pula mungkin diberikan kerana keperluan atau sudah diluluskan lebih awal dari 'fatwa'

Akan tetapi apabila orang yang mengeluarkan 'fatwa' dan orang yang menerima dana tersebut adalah orang (institusi) yang sama dalam jangkamasa yang hampir (masih panas) maka semua orang berasa ganjil dan pelik dan mengundang pelebagai andaian dan persepsi. Bodoh sangat kah Tok Pa mencari bala dengan penyerahan (repilika) cek 2 juta pada waktu yang tidak sesuai itu atau beliau sangat teruja dengan 'fatwa' tersebut sehingga tak menyempat-nyempat nak memberi 'hadiah' kesyukuran tersebut.

Jika 'fatwa' kontroversi itu hendak diukur dengan nilai wang tersebut dalam kontek negeri Kelantan iaitu mengurang sokongan pengundi kepada PAS/PR dan menambah sokongan kepada Umno/BN,ianya tidak berbaloi kerana tiada calun DAP (setakat ini) di Kelantan. Tetapi dalam kontek nasional ya,berbaloi kerana orang melayu 'atas pagar' boleh terpengaruh.

Setakat ini 'fatwa' di atas dikatakan yang paling 'mahal' dalam sejarah dunia kecualilah ianya tiada hubungan dengan kurniaan 2 juta itu. Sebelum ini sudah keluar siri-siri 'fatwa' oleh Hasan Ali,Zulkifli Nordin dan lain-lain mengenai isu yang sama dalam bentuk dan ayat yang berbeza tetapi dipercayai mempunyai mafhum yang sama iaitu melayu jangan undi DAP. Walau bagaimanapun tiada majlis penyerahan dana secara terbuka sebelum atau selepas kenyataan tersebut lalu ianya menutup kritik orangramai berbanding apa yang dikeluarkan oleh Hj Loh Geting.

Sehubungan dengan 'fatwa' orang Islam haram menyokong DAP yang sudah banyak diulas maka Aki berpendapat Hj Loh Geting tidak mendapat maklumat yang betul dan tepat tentang parti DAP dan tidak membaca fiqh waqie tentang Negara Malaysia dan perlembagaan meyebabkan dia 'buta maklumat' dan menghukum dalam keadaan tidak tahu (jahil) perkara yang sebenar. Maka orang yang jahil sesuatu haram menghukum sesuatu. Jadi 'fatwa' tersebut adalah 'Fatwa Haram' dan haram pula bagi sesiapa yang mengamalkan nya.- Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون