Rabu, Ogos 08, 2012

JANGAN CAKAP KALAU TAK TAHU

Ulamak Umno ni tahu tak yang MCA anti Islam dan Hudud


KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.
Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

Presiden MCA Chua Soi Lek Menghina Islam

By klpost - Thu Jul 05, 8:55 am
SHAH ALAM – PAS hari ini mengesa Umo tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan rakan kongsinya dalam BN didakwa menghina Islam.
Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek kelmarin menerusi laman twitternya membidas cadangan Adun Kemelah(Umno-BN), Datuk Ayub Rahmat yang mahu Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud sebagai suatu perkara yang hilang akal.
Oleh itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengesa agar Umno tampil menyatakan pendirian mereka berhubung kenyataan berkenaan.
“Selama ini Umno menuduh DAP menghina Islam, pelbagai gesaan yang mereka suruh kita (Pakatan Rakyat) lakukan terhadap DAP.
“Kini terbukti, MCA menghina dan menolak hukum Islam itu (Hudud) dan Umno perlu dalam kadar segera menyatakan pendirian mereka kerana ini bukan soal politik tetapi soal agama,” jelasnya yang mesra dikenali dengan panggilan Mat Sabu.
Ayub Rahmat juga menyatakan hudud di Johor akan turut dipraktikan ke atas bukan Muslim, sekaligus berbeza dari hudud yang ditawarkan PAS.
Adun Kemelah itu mendakwa, hudud sebenar turut merangkumi masyarakat bukan Islam berbeza dengan hudud PAS yang beliau anggap sebagai bermain politik semata-mata.
Dalam twitter itu juga, Soi Lek mempersoalkan di mana keris tajam Umno yang sering dijulang ke udara dengan penuh semangat perwira mempertahankan maruah Melayu itu.
“Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?” terjah beliau.

Umno sangat terdesak untuk mendapat undi orang melayu sehingga menggunakan ulama' yang 'buta perkembangan semasa' untuk memberi fatwa. Bacalah sendiri kenyataan ulamak tersebut dan kenyataan Chua Soi Lek di atas -Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون