Khamis, April 26, 2012

BOLEH 'GILA' DIBUATNYA

Salam,

Dengan tawaran wang @ duit orang boleh jadi 'gila'.Betul2 'gila'. Bukan sebarang gila,'gila nonong' namanya. Maka apabila tawaran pinjaman wang melalui bank tertentu dibuka kepada para peneroka untuk melabur di pasaran saham melalui syarikat tertentu yang jumlah pelaburannya RM 10,000 keatas, menonong para peneroka 'menyain' borang di dalam bahasa inggeris itu walaupun tak tahu sepatah habuk pun terma dan syaratnya.

Lebih malang lagi ada peneroka yang menyangka itulah 'borang durian runtuh' yang diwarwarkan itu. Tanpa bertanya terus sain. Dikabarkan juga bahawa borang itu usahkan diberi penerangan oleh yang berwajib bahkan tidak dibenarkan untuk dibawa balik. Semacam ada sesuatu yang pelik. Dahlah dalam bahasa inggeris,tidak dijelaskan buah butirnya,nak bawa balik untuk disemak oleh anak yang cerdik pun tidak dibenar. Apa barang ini semua.

Nak makan keringat peneroka,kalau untung sama2 dapat,kalau rugi peneroka kena bayar hutang bank? Itu belum kira 4% ke atas kadar bunga pinjaman yang dipanggil riba. Maafkan Aki, kalau dulu peneroka amat sensitif dengan riba tapi demi 'durian runtuh' itu semua tolak tepi.

Insaflah wahai peneroka,Allah menyebut bahawa orang makan riba akan bangun seperti orang yang dirasuk syaitan. Belumpun dapat 'durian runtuh' macam2 'gila' yang sudah kedengaran- Sekian.

Gambar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون