Selasa, Julai 27, 2010

TERBUKA 'GARI' DI KAKI TERKUNCI 'GARI' DI HATI


Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.-Malaysia Kini.

Berita yang sangat dinanti2 oleh penggemar dan pemain2 politik. Mereka boleh bergiat samada untuk 'memperkasakan perjuangan' atau 'memperkasakan pendapatan'. Itu hakikat dan realiti politik Malaysia.

Pada hemat Aki, dengan syarat 'ketat' yang dikenakan kepada golongan tersebut maka ia merupakan 'kelebihan' kepada pemain2 politik BN dan 'kesukaran' kepada penggiat2 PR. Walau apapun alasan kerajaan membenarkan cikgu berpolitik, persepsinya tetap cenderung kepada keuntungan kepada BN. Memang ada cikgu yang berani menonjolkan diri disebelah pembangkang tetapi kesukaran2 yang ditimpakan kepada cikgu yang 'melawan tokey' selama ini menguatkan sangkaan bahawa 'kebenaran' tersebut ialah satu stratigi untuk mengukuhkan parti politik melayu, kerana semua tidak boleh menafikan jasa guru2 dalam memimpin orang melayu satu masa dulu.

Kepada cikgu semua,selamat berjuang untuk agama,bangsa dan negara.-Sekian.

G1- Gambar hiasan,Google.

Jumaat, Julai 23, 2010

SEEKOR LEMBU DUA TUAN


Kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan

"Ketua Menteri tak sepatutnya menyalahkan Nik Ali kerana kerja-kerja tersebut bukan di bawah tanggungjawab beliau, kalau pun ada (kesalahan) tak perlu pergi kepada media dan menyalahkan seseorang itu.

"Lim sepatutnya pergi ke jabatan yang berkenaan menyatakan ini berlaku dan melalui saluran yang betul," katanya.-
Petikan Malaysia Kini.

Kenyataan Tan Sri Sallehuddin Mohamed - Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)

"Salah satu prinsip ialah kakitangan awam diharap memberikan khidmatnya dengan kerajaan pada masa itu, dengan mana-mana parti politik yang berkuasa.

"Sehubungan itu, dalam konteks situasi di Pulau Pinang, adalah menjadi tanggungjawab semua kakitangan awam, termasuk pegawai persekutuan, di sana untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri," katanya -
Petikan Malaysia Kini.

Komen.

Betul belaka kenyataan di atas tersebut.

Masalahnya: 1- Bila ikut saluran, tiada tindakan yang diambil.
2- Kakitangan awam tak ikut prinsip dan tidak bertanggung jawab.

Maka terjadilah apa yang terjadi kerana 'seekor lembu dua tuan' - Sekian.

G1- Google.

Khamis, Julai 22, 2010

BARU NAMPAK BAYANG DAH MENGE'BOM'


KUALA LUMPUR, 22 Julai: PAS sewajarnya fokus pada usaha mewujudkan sistem dua parti, bukannya ghairah menyambut rancangan 'kerjasama Umno-PAS' yang dipopularkan semula oleh beberapa pemimpin Umno, kata penganalisis politik, Prof Dr. Abdul Aziz Bari.ni kerana, katanya Umno yang dianggap mengidapi virus berbahaya bakal memusnahkan kekuatan yang sedia ada pada PAS sekarang.

"PAS perlu fokus dalam mewujudkan sebuah sistem dua parti yang akan membantu memperkasa rakyat di negara, PAS akan dikutuk oleh rakyat jika termakan dengan gula-gula Umno.

"PAS akan dijangkiti Aids yang Umno hidapi sekarang," ujarnya sebagaimana dipetik dari email beliau kepada Harakahdaily.- Harakahdaily.

Kumpulan ulama muda Umno - yang menyertai parti itu baru-baru ini - berpendapat selain tekanan daripada pelbagai pihak, ketaksuban dan keegoan juga menjadi penghalang utama perpaduan Umno-PAS. Bergerak atas nama Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU), mereka melihat kerjasama Umno-PAS merupakan asas penting perpaduan masyarakat Melayu. Jurucakapnya Fathul Bari Mat Jahaya(duduk, kiri sekali)juga mengenepikan dakwaan bahawa hanya PAS mendukung Islam dan hanya Umno menduduk bangsa Melayu kerana perlembagaan "menggambarkan orang melayu adalah beragama Islam".

"Jadi perjuangan memartabatkan agama juga beerti perjuangan memartabatkan bangsa. "Oleh itu, kedua-dua pihak perlu bersatu bagi mengimbangi dasar perjuangan masing-masing," kata Fathul.- Malaysia Kini.

Komentar

'Perpaduan Umno dan Pas' adalah lagu lama yang diulang2 nyanyiannya ketika umno 'terdesak' dengan hakisan sokongan melayu. Apabila Pas menolak atas apa2 sebab sekalipun akan dikata bahawa Pas sombong,tak mahu kebaikan dan menolak persaudaraan sedangkan Islam menganjurkan persaudaraan. Akhirnya Pas juga yang 'buruk' dan 'salah'

Memang perpaduan Umno dan Pas atas nama Islam itu amat didambarkan tetapi setakat ini antara halangannya ialah ' baru nampak bayang dah menge'bom''. Lihat berita di atas, baru pemimpin2 Pas bersuara menolak kerjasama berdasarkan pengalaman lalu [ ditendang dari BN 1977], macam2 komen negetif dilemparkan seperti 'ego', sombong, taksub dan lain2. Sepatutnya selesaikan dulu 'fobia' Pas itu dengan memberi jaminan bahawa 'peristiwa lama tak akan berulang kembali'. Baru nampak ikhlas.

Tetapi Aki lebih tertarik dengan syor Prof. Dr Aziz Bari. Dalam politik hari ini, sesuatu yang baru perlu diusahakan, gagasan sistem dua parti bukan sahaja menarik bahkan 'pesaing2' akan cuba berlumba2 untuk membuat yang terbaik kepada masyarakat supaya mereka kekal memerintah. Malaysia tidak dapat lari dari 'kerajaan multi rasial'. Oleh itu kita sepatutnya tidak lagi bercakap tentang perpaduan bangsa [semua manusia sayangkan bangsanya disamping ada yang ambil kesempatan menindas bangsa sendiri] tetapi mengutamakan 'gabungan' parti mana yang lebih membawa kesejahteraan. - Sekian.

G1- MalaysiaKini.

Isnin, Julai 19, 2010

'LANTAKLAH APA NAK JADI'


BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas yang menguasai Gaza melarang wanita daripada menghisap shisha kerana menganggap rumah tangga dan imej penduduk Palestin akan terjejas jika perbuatan itu dibenarkan.

Larangan itu merupakan usaha terbaru pergerakan tersebut untuk melaksanakan gaya hidup yang berteraskan peraturan ketat agama Islam.

"Adalah tidak sesuai bagi seorang wanita untuk duduk bersilang kaki dan merokok di tempat awam. Perbuatan itu mencemarkan imej penduduk kami," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hamas, Ehab Ghussein dalam satu kenyataan semalam.- Kosmo Online, AP.

Baca di bawah ini:

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-

* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

-Sumber- suhaimy.org

Shisha atau 'okaff' sangat popular di timur tengah (Arab). Asap shisha menyelubungi awan kehidupan lama sebelum kepulan asap industri (kilang) tanda kemajuan duniawi. Fatwa yang dikeluarkan tentulah dengan dalil dan nash,dan ia bukan perkara main2.

Di Malaysia, fatwa berkenaan telah lama dikeluarkan diperingkat kebangsaan dan hampir keseluruhan negeri2 mengeluarkan fatwa yang sama. Soalnya adakah kerajaan akan mengubal akta haram merokok bersekali dengan penguatkuasaannya bagi membolehkan pihak berkuasa menahan dan membicaarakan mereka yang terlibat?

Kita tinggalkan isu penguatkuasaan, kita masuk kepada satu isu berbangkit apabila fatwa 'haram' dikeluarkan iaitu berhubung dengan status 'perokok', adakah mereka fasik ?Bagaimana amalan mereka? Bagaimana Penyaksian mereka? Dan yang lain2.

Hamas di Gaza setakat ini tidak mengharamkan pengambilan tembakau, mereka cuma menghadkan kepada golongan tertentu, di tempat2 tertentu. Maka kepulan asap rokok di Malaysia sama banyak atau lebih daripada isipadu asap kilang kelapa sawit pada satu2 masa menuntut prihatin semua pihak.

Maka Aki sangat mengharapkan Majlis Fatwa Kebangsaan dan pihak yang berkenaan mencari penyelesaian dan jangan hanya dikeluarkan fatwa kemudian 'lantaklah apa nak jadi'....- Sekian.


G1- Google.


Jumaat, Julai 16, 2010

TERPIJAK 'DURI EMAS'


Ketika taklimat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang semalam, pengarang berkali-kali diingatkan agar perkataan "barang naik" itu perlu dielakkan.Sebaliknya, mereka diberitahu supaya menggunakan “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”.- Petikan Malaysia Kini.

Taklimat tersebut dibuat berikutan kenaikan petrol dan diesel 05 sen,gula 25 sen dan LPG [14kg @ 16kg x 10]. Menurut pekedai yang Aki temui berkata RM 25 + kenaikan baru kepada orang kampung 'sangat terseksa' kerana gas tak boleh dibeli sedikit2. Jawabnya kalau serentak gas dan beras habis, tak berasap lah dapur untuk hari tu. Beli gas takde beras,beli beras takde gas. Bunyinya lawak,tapi bagi golongan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang RM 50/- sehari tidak manpu mereka adakan.

Jika kenaikan sesuatu caj di negeri Pakatan seperti air,cukai pintu atau harga sewa tapak, agaknya apakah yang ditaklimatkan oleh Pejabat Perdana Menteri kepada editor akhbar perdana. Akan riuh rendahlah media massa seperti isu pasir di Selangor sekarang.

Walaupun isu kenaikan caj dan tarik sabsidi berlainan, tetapi bagi orang kampung samada barang naik kerana ditarik sabsidi atau sengaja dinaikan itu semua membebankan mereka. Kemudian 750j hasil tarik sabsidi itu di'laburkan'kemana?

Carilah 'perkataan' yang boleh menyedapkan telinga seperti “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi”, hakikatnya rakyat yang perit dan merana. Seperti kaki terpijak duri tetap sakit walaupun yang dipijak itu duri emas.- Sekian.

Gambar- Google.

Selasa, Julai 13, 2010

'KENTUT MERDU' DAN MADU LEBAH



Penerbitan akhbar berkenaan [HARAKAH]tamat permitnya pada 7 Julai lalu dan belum diperbaharui oleh kementerian hingga kini.
Pada 8 Julai lalu, Harakah diberikan satu surat tunjuk sebab berhubung lambat menghantar lapan salinan Harakah kepada KDN setiap isu, menjual kepada bukan anggota PAS dan menjual di luar daripada tempat yang dibenarkan.

Sementara itu, berhubung kedegilan Suara Keadilan terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih menerbitkan akhbar itu dengan wajah baru, Mahmood berkata bagi KDN ia tetap Suara Keadilan, penerbitan serta pengedarannya salah dan boleh dikenakan tindakan.
- Petikan Malaysia Kini.

Isu permit penerbitan akhbar pro pembangkang ini sebenarnya adalah isu sepanjang zaman. Selalunya ia berbangkit sebelum,semasa dan selepas perhimpunan agung. Tapi kali ini ia dipercayai berbangkit akibat penonjolan Suara Keadilan mengenai 'FELDA BANKRAP'. Lalu terheret sama [sengaja diheret]akhbar2 rasmi Pakatan Rakyat yang lain. Adapun 'teguran' atau 'amaran' kepada akhbar2 pro kerajaan yang dibuat pada waktu yang sama, dilihat sebagai 'mahu menunjukkan kepada orang ramai kesamarataan' KDN dan tidak berat sebelah.

Susahnya mahu bersaing secara 'gentalman' dalam negara demokrasi ala 'apko' [kezaliman dunia luar dikritik dan di tonjolkan di midia massa, sendiri punya buat selamber]. Jika persaingan secara sihat diamalkan tentulah tindakan menghad,menarik,menutup dan sebagainya tidak perlu dilakukan kepada akhbar 'lawan' bahkan boleh dijawab,dijelas,diterang akan isu yang berbangkit melalui berbagai saluran yang kerajaan ada.

Macam cerita dongeng 'Awang Pot dengan serunai'. Dia mengajak orang berlawan tiup serunai dengan hadiah segantang madu lebah. Sebelum hari pertandingan Awang Pot telah mengadakan persedian yang rapi dengan memastikan serunainya panjang,besar,bergema ke seluruh kampung serta memilih orang gemuk untuk jadi peniup serunai. Disediakan juga beberapa orang yang boleh 'kentut panjang dan merdu' untuk membantu jika sekiranya peniup serunainya semput.Sementara dipihak lawan disyaratkan bahawa serunai mereka berukuran kecil,pendek dan peniupnya orang yang kurus.

Pertandingan pun berlangsung. Apabila Awang Pot melihat peniup serunainya hampir semput sedangkan si Kurus dengan serunai pendeknya masih gagah dan nyaring maka ia mengarahkan hakim 'Si Buta' menghentikan pertandingan supaya di periksa serunai si Kurus kalau2 tidak mematuhi syarat pertandingan. Berhentilah 'nyanyian nyaring' Si Kurus disamping suara serunai si Gemuk yang tenggelam dalam semput itu disambung oleh 'kentut merdu' pembantunya.

Siapakah pemenangnya? -Sekian.

G1- Gambar Hiasan

Isnin, Julai 12, 2010

EMOSI'O'NAL TIDAK MEMBAWA KITA KEMANA

Spanyol berhak menang. Bukan Villa,bukan Tores tetapi Andres Iniesta (6) yang menjadi wira 4 minit sebelum masa tambahan tamat.Tahniah untuk Andalusia. Bukan Belanda tak baik tetapi Aki melihat mereka sedikit 'emosi' yang menggangu rentak perlawanan akhir. Ada peluang untuk jaringkan gol melalui larian solo Roben [2 peluang] berhadapan 1 sama 1 dengan Iker Casillas tapi nasib tidak menyebelahi mereka.

Kad Merah yang dilayangkan kepada John Heitinga (3) bukan sahaja melambangkan banyaknya kekasaran tetapi turut melompangkan pertahanan Belanda sekaligus mengurangkan keseimbangan pasukan.

Tiadanya pemain oranje menerima sebarang anugrah menggambarkan rasa 'kurang senang' pembesar2 FIFA terhadap peribadi pemain Belanda [yang banyak buat masalah di atas padang]. Emosi yang sama juga telah menghukum Brasil sebelum ini.

Aki menyanjungi permainan kemas Brazil dan kagum dengan kelincahan juara baru Spanyol tetapi Aki tetap sukakan Belanda biarpun nanti pemainnya bertukar ganti atau mendapat pengurus baru kerana totalfootball mereka ada nilai tersendiri.

Tiada pemain 'bintang' yang menyerlah kali ini tetapi WC 2010 melahirkan pemain yang akan jadi 'bintang' seperti yang anda lihat.

Spanyol akan mempertahankan kejuarannya apabila bertandang ke Brazil 2014 nanti sementara dimana Belanda tidak diketahui lagi. Selamat tinggal Afrika Selatan,jumpa lagi di Rio De Janeiro insya'Allah -Sekian.

Jumaat, Julai 09, 2010

TIDUR SEKAPAL MIMPI LAIN-LAIN


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam di negara ini agar jangan bersikap melulu mengharamkan sesuatu tanpa mencari alternatif dan jalan penyelesaiannya terlebih dahulu."Jangan 'Talibanisasikan' (mengikut pendekatan Taliban) negara ini. "Berhati-hatilah dengan pengharaman sesuatu perkara dan hak-hak rakyat," katanya ketika diminta mengulas isu pengharaman modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ). Berita Harian hari ini melaporkan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh menandatangani warta yang mengharamkan program motivasi ESQ mengikut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan 1953), selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.- Malaysia Kini.

Program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam selain tidak mempunyai unsur-unsur yang membawa kesesatan, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata program itu juga tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme. Menurutnya muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lepas memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. "Muzakarah (Jawatankuasa) Fatwa Kebangsaan oleh mufti-mufti seluruh Malaysia telah bersidang sebanyak tiga kali bagi membincang secara terperinci program ESQ," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.- Malaysia Kini.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memantau program-program motivasi yang didapati menyeleweng daripada ajaran Islam bagi mengelak berlakunya kerosakan akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jabatan-jabatan berkaitan termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyiasat perkara itu meskipun penguatkuasaannya tidak melibatkan negeri-negeri lain.

"Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai pandangan tersendiri terhadap program yang dijalankan oleh syarikat ini walaupun negeri-negeri lain belum membuat tindakan serupa," katanya.- KosmoOnline.

Diatas adalah 3 kenyataan oleh 3 ulama' tersohor berhubung berita Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh menandatangani warta yang mengharamkan program motivasi ESQ mengikut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan 1953), selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Aki pernah terbaca iklan ESQ ni tetapi tak pernah mengikuti program tersebut. Jadi tida ulasan dari Aki. Cuma Aki nak hightlight kan dalam n3 ini dan rasa pelik ialah percangahan yang ketara di antara mufti2 dalam isu tersebut. Mufti negeri 'emas' kata begini, mufti negeri 'perak' kata begitu, bekas mufti kata lagu ni, anak mufti kata lagu tu...... 'Menteri Nikah Kahwin' kata lain.

Mungkin keterangan dan maklumat tentang program tersebut tak sama [sumber dan penerangannya] atau tak sama pentafsirannya atau pengalaman yang dilalui oleh peserta berlainan antara satu sama lain atau penceramah motivasi berlainan aliran diterima pula oleh berlainan odian. Ataukah Para mufti membawa 'aliran masing2, Segalanya serba mungkin - Sekian.

G1- Menteri JPM Dato Jamil Khir Bahrom- Kosmo online.

Khamis, Julai 08, 2010

'LEMBU LIAR' MENGAMUK


Apa pun stratigi pengurus Jerman mengeluarkan pemain pertahanan Jerome Boateng (20) telah menghukum Jerman apabila pemain no 5 Spanyol Carles Puyol menanduk kencang ke gawang Jerman menewaskan Manuel Neuer (1). Zainal Abidin Rauf (pengulas sukan) dengan sinis berkata: "untuk ke akhir tak perlu menang 4-0, memadai dengan 1-0" dipercayai merujuk kepada kemenangan besar Jerman ke atas Argentina dan kekalahan tipis kepada Spanyol.

Pasukan 'lembu liar' itu sekarang ini menjadi pilihan utama untuk menjuarai World Cup kali ini namun begitu pasukan 'kincir angin' yang 'lambat panas' sehinggalah gawangnya bocor atau menerima tekanan dan asakan tidak boleh dipandang ringan. Orang tua Robben (11) yang pada pandangan Aki patut diganti dengan Eljero Elia (17) [tenaga muda] rupanya sangat besar jasanya setakat ini.

Bolehkah David Villa (7) membuatkan Skuad Oranje berdukacita, ataukah Wesley Sneijder (10) akan menjinakkan Si'lembu liar', tunggu fainal nanti.-Sekian.

*Ali......!!!!!!, Kita jumpa di fainal.......

Rabu, Julai 07, 2010

APA KESUDAHAN NYA?

Penantian 32 tahun Oranje berakhir


WESLEY Sneijder (kanan) tumpang gembira apabila rakan sepasukannya menjaringkan gol ketika menewaskan Uruguay 3-2 yang membolehkan Belanda melangkah kaki ke perlawanan akhir. - AFP

CAPE TOWN - Setelah 32 tahun menanti, Belanda akhirnya kembali ke final Piala Dunia apabila menewaskan Uruguay 3-2 pada perlawanan separuh akhir, awal pagi tadi.

Kejayaan itu adalah kali ketiga buat skuad Oranje beraksi pada perlawanan akhir.

Pemenang di antara Jerman dan Sepanyol esok, akan menjadi lawan anak buah Bert Van Marwijk

Aki memang gembira Belanda menang, Pagi esok kita lihat siapa yang akan bertemu dengan Belanda, Jerman atau Spanyol?

Pagi tadi Ali yang menyokong Spanyol sempat berkata kepada Wan: "Kita jumpa diperlawanan akhir". Wan pulameramalkan Jerman akan bertemu Belanda. Hakikatnya pasukan mana sahaja yang telah sampai ke suku ahir Piala dunia memang hebat, apatah lagi boleh beraksi di semi fainal. Apa2 pun Aki nak tengok satu permainan bolasepak yang penuh taktik dan taknik serta menghiburkan. Siapa menang ......? tentu kita mahu pasukan yang kita sokong menang. Pemain yang suka cari gaduh ditambah dengan pengadil 'khoyal' +'bengong' ditambah dengan penjaga garisan yang lembab akan mencacatkan perlawanan akhir 'wc 2010'-Sekian.

G1& Berita -Utusan Worldcup

Selasa, Julai 06, 2010

'NASI SEPERIUK' TAK BOLEH MAKAN SORANG


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri. Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membolehkan mereka maju dalam pelbagai bidang. "Sebab itu, untuk menentukan keberkekalan kuasa politik yang kita miliki, kita kena bersatu. Kalau kita berpecah, kuasa politik yang menentukan kemajuan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran akan hilang," katanya. -Bernama.

Apa komen tuan2-Kalau kita berpecah, kuasa politik yang menentukan kemajuan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran akan hilang,"

Kuasa politik siapa? Orang Melayu? Selama ini pun kuasa politik Melayu Amno berkongsi juga dengan bangsa lain.Orang melayu selain Amno macam 'cucu tiri dari anak tiri' dibuat oleh pembesar Amno.

Bidang ekonomi? Kepuk beras Amno beri kepada siapa? Setor gula siapa punya? Ada sikit 'tabung kelapa bali' dah susut sesusut- susutnya. Harapkan 'takar' minyak' petrol ter lah... Semua takar tu nak tanggung, dari projek keperluan rakyat hingga kepada kapal selam yang tak boleh menyelam.

Bidang pelajaran? Kalau kerajaan dengar nasihat supaya tidak melaksanakan projek 'membazir', tentu boleh tolong anak bangsa Melayu belajar [dengan biasiswa bukannya pinjaman].

Maka 'perpaduan Melayu' tak boleh diharapkan untuk memartabat kan orangMelayu kecuali diberi peluang pula kepada ''Melayu lain' pula mengurus khazanah negara tanpa menzalimi bangsa lain yang juga faham akan hakikat bahawa 'nasi seperiuk tak boleh dimakan seorang dalam satu rumah' - Sekian.

Ahad, Julai 04, 2010

'TOKEY AIR BATU' KENA JAWAB

Isu panas 2,3 hari ini ialah pasal 'Felda Bankrap' yang mengundang 'pro' dan 'kon'. Seperti biasa yang menyokong kerjaan beria2 menafikan dan yang membangkang meng'ia'kan fakta yang dikeluarkan oleh menteri.

Ia sebenarnya di'panas'kan oleh Suara Keadilan dengan tajuk berita
'FELDA BANKRAP' tanpa meletak 'telinga beruk' [tanda soal] pada hujung tajuk tersebut. Samada disengajakan atau tidak ia sudah menjadi isu dan telah berlaku 'saman menyaman' [sebenarnya yang menyaman ialah Felda]

Pada Aki ketiadaan 'telinga beruk' tersebut adalah suatu hikmah yang besar yang memungkinkan segala 'perjalanan' kewangan Felda yang tidak perlu disemak oleh ' odit negara' dan tidak perlu didedahkan kepada Parlimen akan dibongkar melalui mahkamah. Biarlah mahkamah yang menentukan.

Yang terang dan nyata sekarang ini, baik oleh penyokong atau pembangkang ialah kemerosotan ketara rizab (tunai) felda dari RM 4.08 bilion kepada RM 1.36 bilion dalam tempoh 5 tahun. Kemerosotan aliran tunai RM 3.72 b.

Jika dikiaskan dengan perniagaan air batu campur yang bermodalkan RM 40.08 sebagai modal pusingan[seminggu], maka dalam masa 5 minggu ia merosot kepada RM 13.60. Mana keuntungan nya?[dalam masa 5 minggu] Mujur tak bankrap tapi tak untung [makan modal] Adakah pengurus ABC dengan sewenang2nya mendermakan 'wang pusingan' ABC nya kepada 'tokey air batu' atau 'saku' pengurus ABC bocor... Ini 'rahsia' besar yang belum terbongkar.- Sekian.

BALIK BAWA 'TELOR'

[DariBlog Sebelum Terbenam]

Argentina pulang membawa 4 biji 'telor' mengiringi Brazil menamatkan kempen WC 2010. Abah sedih juga Argentina kalah [ pasukan ke 2 pilihan Abah], tetapi ia harus menjadi iktibar bahawa pemain 'bintang' tidak membawa apa2 makna jika sampai ke kotak penalti kita pentingkan diri sendiri [nak skor sendiri] disamping banyak 'tendangan ke langit' berbanding ke pintu gol.
Berbanding dengan Brazil yang pulang awal juga tetapi tewas dengan jaringan yang 'munasabah' [2-1] dengan Belanda [pasukan no. 1 pilihan Abah] yang mempamirkan aksi mantap dan hanya nasib dan tuah yang memisahkan mereka.
Jerman yang Abah ramal ke QF sudah melangkah ke SF dan mungkinkah 'Hitler Lembut' ini akan menjadi juara, sama2 kita tunggu. Abah menunggu fainal antara Belanda dan Jerman jika
'percaturan'nya menjadi tampa melekehkan Uruguay dan Spanyol - Abah.

*Empat tahun lalu apabila Brazil kalah di QF juga, berkatalah Mat Sahidallah:Koi tak nok dah tengok Piala Dunia...... [tak der ummmph]

Jumaat, Julai 02, 2010

KEMBALI BERTEMU

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana menteri Datuk Ahmad Maslan berdebat berhubung dakwaan kemerosotan rizab Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).

"Sekiranya beliau (Ahmad) menganggap fakta beliau betul, dan kita memfitnah, kita boleh debat di mana-mana," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

Ditemui Malaysiakini selepas sesi itu, Mazlan (kiri sekali) berkata cabaran beliau untuk berdebat diputuskan selepas Ahmad berhasrat untuk menyaman akhbar Suara Keadilan - yang melaporkan 'Felda Bankrap'.

Mazlan berkata tindakan undang-undang tersebut dilihat sebagai satu "cubaan untuk melindungi sesuatu".

"Kita akan dedahkan fakta sebenar yang berlaku di FELDA (dalam debat itu)," katanya.- Malaysia Kini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah bertemu kembali. 2,3 hari Aki tak menjengok blog kerana virus telah menyerang komputer Aki. Aki terpaksa meg'format' semula dan alhamdulillah kita bertemu semula. Saat 2 menghilang itu Aki sempat 'mengeteh' dengan Mazlan Aliman [Pengerusi NGO ANAK] dan sempat bertanya tentang kontervesi 'FELDA BANKRAP'. Saudara Mazlan berkata beliau ada maklumat dan dokumen untuk menyokong bahawa penyalahgunaan wang FELDA memang berlaku.

Beliau berkali2 berkata bahawa jika Dato
k Ahmad Maslan 'gentalman' sila sahut cabaran debat oleh beliau. Beliau akan dedahkan segala penyelewengan Felda.
*****************************************************************
Malam ni bola Brazil vs Belanda, tuan2 dah tahu Aki sokong pasukan mana.... yang belum tahu siapa yang menang,,, selamat menonton,,,,,,,,, - Sekian.