Khamis, Julai 08, 2010

'LEMBU LIAR' MENGAMUK


Apa pun stratigi pengurus Jerman mengeluarkan pemain pertahanan Jerome Boateng (20) telah menghukum Jerman apabila pemain no 5 Spanyol Carles Puyol menanduk kencang ke gawang Jerman menewaskan Manuel Neuer (1). Zainal Abidin Rauf (pengulas sukan) dengan sinis berkata: "untuk ke akhir tak perlu menang 4-0, memadai dengan 1-0" dipercayai merujuk kepada kemenangan besar Jerman ke atas Argentina dan kekalahan tipis kepada Spanyol.

Pasukan 'lembu liar' itu sekarang ini menjadi pilihan utama untuk menjuarai World Cup kali ini namun begitu pasukan 'kincir angin' yang 'lambat panas' sehinggalah gawangnya bocor atau menerima tekanan dan asakan tidak boleh dipandang ringan. Orang tua Robben (11) yang pada pandangan Aki patut diganti dengan Eljero Elia (17) [tenaga muda] rupanya sangat besar jasanya setakat ini.

Bolehkah David Villa (7) membuatkan Skuad Oranje berdukacita, ataukah Wesley Sneijder (10) akan menjinakkan Si'lembu liar', tunggu fainal nanti.-Sekian.

*Ali......!!!!!!, Kita jumpa di fainal.......

2 ulasan:

  1. assalaamualaikum aki,
    habislah buah oren kena lanyak dek lembu kawan nanti. hehehe!

    BalasPadam
  2. Kalau fresh Orange masuk dalam mata lembu, tak tau lagi apa jadi pada lembu tu.... He..He...

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون