Jumaat, Julai 09, 2010

TIDUR SEKAPAL MIMPI LAIN-LAIN


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam di negara ini agar jangan bersikap melulu mengharamkan sesuatu tanpa mencari alternatif dan jalan penyelesaiannya terlebih dahulu."Jangan 'Talibanisasikan' (mengikut pendekatan Taliban) negara ini. "Berhati-hatilah dengan pengharaman sesuatu perkara dan hak-hak rakyat," katanya ketika diminta mengulas isu pengharaman modul program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ). Berita Harian hari ini melaporkan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh menandatangani warta yang mengharamkan program motivasi ESQ mengikut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan 1953), selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.- Malaysia Kini.

Program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam selain tidak mempunyai unsur-unsur yang membawa kesesatan, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata program itu juga tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme. Menurutnya muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lepas memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. "Muzakarah (Jawatankuasa) Fatwa Kebangsaan oleh mufti-mufti seluruh Malaysia telah bersidang sebanyak tiga kali bagi membincang secara terperinci program ESQ," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.- Malaysia Kini.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa memantau program-program motivasi yang didapati menyeleweng daripada ajaran Islam bagi mengelak berlakunya kerosakan akidah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jabatan-jabatan berkaitan termasuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyiasat perkara itu meskipun penguatkuasaannya tidak melibatkan negeri-negeri lain.

"Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai pandangan tersendiri terhadap program yang dijalankan oleh syarikat ini walaupun negeri-negeri lain belum membuat tindakan serupa," katanya.- KosmoOnline.

Diatas adalah 3 kenyataan oleh 3 ulama' tersohor berhubung berita Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh menandatangani warta yang mengharamkan program motivasi ESQ mengikut subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan 1953), selepas perbincangan dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak.

Aki pernah terbaca iklan ESQ ni tetapi tak pernah mengikuti program tersebut. Jadi tida ulasan dari Aki. Cuma Aki nak hightlight kan dalam n3 ini dan rasa pelik ialah percangahan yang ketara di antara mufti2 dalam isu tersebut. Mufti negeri 'emas' kata begini, mufti negeri 'perak' kata begitu, bekas mufti kata lagu ni, anak mufti kata lagu tu...... 'Menteri Nikah Kahwin' kata lain.

Mungkin keterangan dan maklumat tentang program tersebut tak sama [sumber dan penerangannya] atau tak sama pentafsirannya atau pengalaman yang dilalui oleh peserta berlainan antara satu sama lain atau penceramah motivasi berlainan aliran diterima pula oleh berlainan odian. Ataukah Para mufti membawa 'aliran masing2, Segalanya serba mungkin - Sekian.

G1- Menteri JPM Dato Jamil Khir Bahrom- Kosmo online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون