Selasa, Julai 13, 2010

'KENTUT MERDU' DAN MADU LEBAH



Penerbitan akhbar berkenaan [HARAKAH]tamat permitnya pada 7 Julai lalu dan belum diperbaharui oleh kementerian hingga kini.
Pada 8 Julai lalu, Harakah diberikan satu surat tunjuk sebab berhubung lambat menghantar lapan salinan Harakah kepada KDN setiap isu, menjual kepada bukan anggota PAS dan menjual di luar daripada tempat yang dibenarkan.

Sementara itu, berhubung kedegilan Suara Keadilan terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang masih menerbitkan akhbar itu dengan wajah baru, Mahmood berkata bagi KDN ia tetap Suara Keadilan, penerbitan serta pengedarannya salah dan boleh dikenakan tindakan.
- Petikan Malaysia Kini.

Isu permit penerbitan akhbar pro pembangkang ini sebenarnya adalah isu sepanjang zaman. Selalunya ia berbangkit sebelum,semasa dan selepas perhimpunan agung. Tapi kali ini ia dipercayai berbangkit akibat penonjolan Suara Keadilan mengenai 'FELDA BANKRAP'. Lalu terheret sama [sengaja diheret]akhbar2 rasmi Pakatan Rakyat yang lain. Adapun 'teguran' atau 'amaran' kepada akhbar2 pro kerajaan yang dibuat pada waktu yang sama, dilihat sebagai 'mahu menunjukkan kepada orang ramai kesamarataan' KDN dan tidak berat sebelah.

Susahnya mahu bersaing secara 'gentalman' dalam negara demokrasi ala 'apko' [kezaliman dunia luar dikritik dan di tonjolkan di midia massa, sendiri punya buat selamber]. Jika persaingan secara sihat diamalkan tentulah tindakan menghad,menarik,menutup dan sebagainya tidak perlu dilakukan kepada akhbar 'lawan' bahkan boleh dijawab,dijelas,diterang akan isu yang berbangkit melalui berbagai saluran yang kerajaan ada.

Macam cerita dongeng 'Awang Pot dengan serunai'. Dia mengajak orang berlawan tiup serunai dengan hadiah segantang madu lebah. Sebelum hari pertandingan Awang Pot telah mengadakan persedian yang rapi dengan memastikan serunainya panjang,besar,bergema ke seluruh kampung serta memilih orang gemuk untuk jadi peniup serunai. Disediakan juga beberapa orang yang boleh 'kentut panjang dan merdu' untuk membantu jika sekiranya peniup serunainya semput.Sementara dipihak lawan disyaratkan bahawa serunai mereka berukuran kecil,pendek dan peniupnya orang yang kurus.

Pertandingan pun berlangsung. Apabila Awang Pot melihat peniup serunainya hampir semput sedangkan si Kurus dengan serunai pendeknya masih gagah dan nyaring maka ia mengarahkan hakim 'Si Buta' menghentikan pertandingan supaya di periksa serunai si Kurus kalau2 tidak mematuhi syarat pertandingan. Berhentilah 'nyanyian nyaring' Si Kurus disamping suara serunai si Gemuk yang tenggelam dalam semput itu disambung oleh 'kentut merdu' pembantunya.

Siapakah pemenangnya? -Sekian.

G1- Gambar Hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون