Isnin, Mei 31, 2010

PENGGANAS MENGGANAS

Aki mendapat sms: Sms dari akhi Nasir Haluan Kel Sebarkan news kpd seramai mungkin yg dikenali utk solat hajat & doa SKRG JUGA.Israel Laknat telah serang konvoi LL4Gaza sekejap tadi,kapal Mavi Marvara telah ditembak dgn helikopter 3 mati n 30 yg lain cedra..kapal tersebut yg dinaiki oleh sahabat kita.

Penghantar:
U.junaidi
+6013xxxxxxx
Diterima:
12:00:40pm
Hari Ini

Sumber Malaysia Kini:-Di bawah.





M

enurut The Star,
Rakyat M'sia antara diserang kapal perang Israel
Mei 31, 10 12:51pm
Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam flotila bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan 16 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

M
enurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejaak 2007.

HULURKANLAH BANTUAN WALAUPUN SEKELUMIT DOA

Sekian.

Khamis, Mei 27, 2010

MANIS DAN PAHIT


PENGADIL bola sepak, Subkhiddin Mohd Salleh dipilih untuk mengadili perlawanan di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, Subkhiddin, 44, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal di Pulau Pinang,“Saya berasa amat bangga kerana dapat mewakili negara sebagai wakil sektor pendidikan,” katanya. Subkhiddin, dari Butterworth, memulakan kerjayanya sebagai pengadil bola sepak pada 1990 dan kemudian melonjakkan dirinya di persada bola sepak antarabangsa selepas mengadili pelbagai kejohanan yang dianjurkan Persatuan Bola Sepak Malaysia serta Konfederasi Bola Sepak Asia sebelum mendapat pengiktirafan sebagai pengadil Fifa pada 2000. - Petikan Bernama

Akipun rasa bangga dengan pencapaian Subkhiddin.Untuk mendapatkan kepercayaan dan pengikhtirafan badan bertaraf dunia bukannya mudah, tentu mereka sudah berpuas hati dengan kebolehan serta kepakaran Subkhiddin. Samada mengadili peringkat pertam atau mengadili pasukan yang lemah diantara yang kuat, itu semua bukan isunya.

Kenyataannya ialah bangsa Malaysia [insyaallah] sudah boleh berlari di padang bola dunia sebagai pengadil [
Dua pegawai perlawanan negara - Allahyarham Kapten Abdul Halim Hamid dan Mat Lazim Awang Hamat - pernah juga terpilih ke pusingan akhir Piala Dunia,selaku pembantu pengadil.]

BIODATA Nama: Subkhiddin Bin Mohd Salleh Negara: Malaysia (MAS) Tarikh Lahir: 17.11.1966 Tinggi: 174 cm Pekerjaan: Guru Bahasa Pertuturan Utama: Melayu Lain-lain Bahasa: English Kerjaya Antarabangsa: Sejak 2000 Perlawanan Antarabangsa pertama: Iraq-Nepal (23.04.2001) Hobbi: Bowling & Snooker Penampilan di FIFA: 1.Piala Dunia (Remaja bawah-17) Peru 2005 2.Piala Dunia (Belia bawah-20) Kanada 2007
Sumber -http://www.gempak.org/gempak-fc/16538-pengadil-malaysia-terpilih-ke-piala-dunia-fifa-2010-a.html
Di tengah2 kontrovesi 'lesen' perjudian bolasepak Piala Dunia 2010 yang melanda Malaysia, mari kita menyatakan 'penentangan' kepada kemungkaran tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Subkhiddin Bin Mohd Salleh.

Bilakah pula Pasukan Bolasepak Malaysia boleh beraksi dipentas dunia? Sampai yaumin ke...?
-Sekian.

Selasa, Mei 25, 2010

MENCABUT 'PAKU' DI TIANG SERI

SINGAPURA - Malaysia bersetuju memindahkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar di sini ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Malaysia akan juga menempatkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kereta apinya di WTCP.

Keputusan itu dicapai pada pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong di Hotel Shangri-La di sini semalam -Kosmo Online.

ISU TANAH REZAB KTM DI SINGAPURA*
1. Point of Agreement 1990 menetapkan bahawa pihak KTM terpaksa mengosongkan Stesen Keretapi Tanjung Pagar dan berpindah ke Bukit Timah. 2. Tanah rezab landasan KTM sepanjang laluan dari Bukit Timah ke Tanjung Pagar perlu diserahkan kepada pihak Singapura. 3. Tanah KTM di Tanjung Pagar seluas 12 hektar (29.65 ekar) akan diserahan kepada sebuah syarikat usahasama yang ekuitinya 60% Malaysia dan 40% Singapura 4. Luas asal tanah rezab KTM termasuk laluan keretapi dan stesen di Tanjung Pagar adalah 200 hektar 494 ekar (mengikut Singapore Railway Transfer Ordinance 1918) dengan tempoh pajakan selama 999 tahun

Ulasan:

Tanjong Pagar yang terletak di selatan pulau Singapura dimana terletaknya stesen keretapi milik KTM membuatkan pulau Singapura dari segi geografinya seperti bola ragbi dibelah dua direntasi oleh rel keretapi Malaysia. Aki pikir ini soal maruah disamping isu keselamatan dan sosio ekonomi. [Maruah Melayu yang menggadaikan Singapura bukan isunya disini,Singapura sudah jadi hak orang Singapura]

Ia menjadi duri dalam daging bagi singapura seperti mitos Abu Nawas yang menjual 'Rumah Besar' tetapi tidak menjual sebatang 'paku' di tiang seri rumah tersebut. Sentiasalah Abu Nawas menggangu saudagar [yang membeli rumah] tersebut dengan menyangkutkan baju dan celananya pada bila2 masa yang dikehendakinya pada paku tersebut.

Ulasan 2:

Perhatikan pula perjanjian air Malaysia- singapura di bawah ini. Adakah ia melibatkan soal maruah serta duri dalam daging?

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962**
1. Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen. 2. Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen 3. Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061 4. Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.
PERJANJIAN AIR 1990***
1. Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU. 2. Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061
Rujuk di sini

Ulasan:

Pada tahun yang sama (1990) secara halusnya Singapura mencabut 'paku Abu Nawas' dari tiang serinya [KTM keluar dari Tanjong Pagar] sedangkan paku tersebut dipacakkan pula ke tiang seri Malaysia [Kawasan tadahan air diserah kepada Singapura].

Jangan marah2... siapa yang cerdik? - Sekian.
G1- Setesen KTM Tanjong Pagar- Google.
*
**
***http://rainman2.blogspot.com/2008/02/pengorbanan-besar-malaysia-kepada.html

Isnin, Mei 24, 2010

'BISU' SERIBU BAHASA


Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam melobi wakil rakyat Pakatan agar lompat parti."Jika berlaku lompat parti, ini kerana mereka sendiri yang sudah tidak sanggup lagi menipu rakyat terutamanya apabila kerajaan negeri gagal menunaikan janji saperti yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita, di Baling hari ini.- Malaysia Kini.

Semua orang tahu Datuk Seri Jamil Khir Baharom masuk politik melalui 'jambatan emas' bukan kerana kegiatan politiknya tetapi kerana kemashyuran 'agama'nya. Diangkat menjadi Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah itu pun sebab sudah berjawatan menteri.

Beliau kata wakil rakyat yang melompat itu [jika berlaku] kerana tak sanggup menipu. Siapa yang menipu rakyat sebenarnya, menang dengan lambang lain,cari makan dengan menyokong lambang lain. Pertama menipu,kedua belot [pecah amanah]. Gitu ke... patua syekh 'al kuliyyah' TV3.

Hang 'menteri agama' terjun belon, hang patut tumpu soal hukum, halal ke haram pendapatan orang yang tipu rakyat. Lagi pulak kerja hang sekarang adalah memberi nasihat yang betul kepada PM mengenai 'menghalalkan judi bola sepak' yang dua kali haram tu.

Hang naik dan makan gaji kerana 'agama' hang yang bagus. Tidakkah menjual agama namanya jika hang 'bisu' tentang judi bolasepak ini - Sekian.

Ahad, Mei 23, 2010

'TOKEY TIKAM' YANG BERJASA



Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan. Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka - Malaysia Kini.

Matlamat kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia 2010 ialah untuk menambah pendapatan kerajaan bagi pembangunan sukan di samping mengawal kegiatan 'perjudian haram' [mana ada yang halal] kata Tim. Menteri Kewangan Awang Adik.

Di sebalik yang tersurat itu barangkali ada yang tersirat. Cuba baca cerita dongeng ini:

Semasa Sang Ajaib memimpin tenteranya untuk menawan Negeri Kutu Jaya didapati 'kantung'nya kekurangan bekalan makanan dan air.Di dalam peperangan yang berlangsung 7 hari 7 malam itu hampir sahaja Sang Ajaib yang menjadi panglima pada waktu itu atas arahan Menteri Abulla Dewi mengalami kekalahan. Kalau tidak kerana Besan Tun Tan 'tokey tikam' yang banyak fulus itu menghulurkan 'berguni2' makanan dan 'berkendi2 air untuk memujuk rakyat jelata menyokongnya serta pertolongan Tokey Silap mata yang guna Hantu Raya, jangankan nak menggantikan Menteri Abulla Dewi, nak mempertahankan kedudukan panglimanya itu pun tercungap2.

Kini Sang Ajaib sudah memerintah Kutu Jaya menggantikan Menteri Abulla Dewi dan inilah masa nya untuk membalas budi Besan Tun Tan tokey tikam dengan mengurniakan lesen tikam bola guli yang beroperasi diseluruh negeri Kutu Jaya.

Menteri Abullah Dewi tidak setuju dengan Sang Ajaib tetapi apakan daya dia sudah tidak berkuasa lagi - Mohon maaf dongeng tak sudah- Sekian.

G1- Gambar Ilusi (sekadar hiasan) Google.

Sabtu, Mei 22, 2010

WARGA FELDA: PANAS 5 TAHUN,HUJAN SEMINGGU

Sempena 'Karnival Warga Felda Bera 2010'
22. 05.10 Di Felda Purun.
Rakyat miskin yang tidak bertanah dijanjikan dengan kehidupan yang lebih baik dan selesa menerusi aktiviti pembangunan tanah dan pemilikan tanah yang dijanjikan kepada mereka,Felda diberi kuasa untuk melaksanakan danmengawal projek2 pembangunan tanah menerusi Group Settlement Act 1960 (GSA 1960)

Penubuhan Felda juga membawa matlamat mengekalkan ketuanan melayu di negara ini melalui penguasaan terhadap tanah.Sementelahan juga menjaga kepentingan orang2 melayu sendiri yang kebanyakannya hidup secara tradisi dan dianggap miskin.Justru itu 95 peratus peneroka yang diterima untuk menduduki tanah rancangan adalah orang2 melayu.

Mulai tahun 1990,pembukaan penempatan baru untuk peneroka telah dihentikan.Pembukaan tanah2 baru telah diambil alih oleh Felda Plantation Sdn Bhd, anak syarikat Felda yang berkonsepkan estet.Pembangunan Ladang Felda ini hanya menguntungkan Felda tetapi bukan penduduk tempatan sedangkan tanah yang diberikan adalah milik kerajaan negeri
.

Felda bukanlah satu entiti perniagaan tetapi institusi kerajaan yang telah menerima banyak peruntukan dari wang rakyat.Dasar yang telah berubah setelah 52 tahun kewujudannya telah mengasingkan Felda darimasyarakat peneroka - Mazlan Aliman.*

Matlamat penubuhan Felda yang digagaskan oleh Tun Hj Abdul Razak [PM kedua] telah tercapai dan patut diteruskan. Seramai 112,635** peneroka dengan isi rumah yang melebihi 1/2 juta sedang menikmati kejayaan tersebut.

Apabila anak peneroka jenerasi ke 2 berdemonstrasi di Felda Triang 3 baru2 ini kerana tidak puas hati tentang syarat kelayakan memohon rumah [slip gaji dan berpendapatan tetap] dalam Program Perumahan Warga Felda (PWF) maka baru masyarakat menyedari bahawa sebahagian jenerasi ke 2 Felda [yang berkerja dan berpendapatan serdahana -kebanyakannya yang akan meneruskan legasi orang tua mereka di Felda ] diabaikan.

Dengan lebih dari 30 anak syarikat serta lebih 20 syarikat usaha sama dan bersekutu yang menjana pendapatan bersih hampir RM 200juta/tahun, tentu felda sebenarnya boleh membantu jenerasi ke 2 ini dari segi pekerjaan/pendapatan,rumah dan permilikan tanah [ Felda Plantation sahaja mempunyai keluasan 367,710 hektar]***

Kenapa ini tidak berlaku? Sepintas lalu kita melihat bahawa kerajaan melalui Felda berpuas hati dan merasa selesa dengan corak menteliti warga felda yang 'hangat2 tahi ayam' dalam memperjuangkan hak mereka baik berhubung dengan penyelewengan urus tadbir [bayaran kembali,tanam semula, hutang serta cas2 yang tidak munasabah] mahupun dalam membela jenerasi ke 2.

Berapakali sudah diedarkan borang permohonan rumah? Sudah 3 kali pilihan raya, jenerasi ke 2 yang dah boleh mengundi tetap setia menunggu..... Bila keluar pula borang PWF, mereka pula tidak layak. Yang layak adalah abang serta adik mereka yang sudah ada pendapatan tetap yang bekerja di luar tanah rancangan.

Dengan tidak perlunya Felda membentangkan lapuran kewangannya kepada audit negara atau parlimen, maka semuanya itu tertakluk dan di bawah kuasa 'Menteri Felda'.' Menteri Felda 'itu pula akan bertindak mengikut keuntungan politik partinya atau dirinya. Jika warga Felda 'hangat 2 tahi ayam' maka menteri tu pun akan 'tergelak sakan' dan berkata di dalam hatinya "Panas lima tahun dihapus oleh hujan se minggu" - Sekian.

*
**
*** Felda dulu tolong sekarang along.

Rabu, Mei 19, 2010

SAMA SAHAJA


DETROIT, Amerika Syarikat (AS) - Kemenangan gadis Muslim pertama yang memenangi Ratu Cantik USA 2010, Rima Fakih tercemar selepas gambar-gambarnya menari tarian tiang disebarkan media, lapor sebuah akhbar semalam -Kosmo online.

Ramai yang berbangga apabila Rima Fakih gadis Muslim [keturunan muslim-Aki] berjaya memenangi Ratu Cantik USA 2010. Sambil memuji mereka dengan nada ceria berkata " Tengok orang Islam pun boleh ke kemuncak". Tidak berselang hari selepas kejayaan tersebut, tersebar berita di atas [menari di tempat marhaen] yang kononnya menjatuhkan imej Rima sebagai Sang Ratu.

Apa ni.... ada Double Standard ke... Melakukan 'kelucahan' [mendedah tubuh] secara profisonal dan berlesen tak apa bahkan dipandang mulia, menari di belakang lorong dengan wang terselit di 'bra' sesuatu yang jijik.

Pemikiran ini bukan sahaja dianuti oleh masyarakat barat bahkan turut di'imani' oleh masyarakat Islam [jahiliyyh morden] padahal kejelikan maksiat samada dilakukan secara profisional atau tidak, oleh orang ternama atau marhaen, di tempat ekskusif atau murahan tetap sama implikasi rohani dan jasmaninya.[DOSA]

Ironinya, Si Miskin pencuri terus menerus dianggap seperti 'kucing kurap' sedangkan Si Kaya pencuri akan di sanjung sebagai 'wira jagat'- Sekian.

Isnin, Mei 17, 2010

'SENYAP SUNYI'


'Senyap sunyi' malam tadi, tidak seperti suasana di Hulu Selangor bulan lalu yang 'Gegak gempita'.Maka yang sudah arif dengan keadaan ini sudah tidak hairan akan perkara tersebut malahan sudah boleh meneka siapa yang menang dan siapa yang kalah apabila pengumuman tidak di buat menjelang 10 malam.

'Tulisan berjalan' tentang keputusan PRK Sibu sebelah bawah screen TV pun tidak kelihatan. Rodong2 Bloger mula meramal itu dan ini, ada yang mengikuti perkembangan melalui blog2 tertentu. Macam2 keputusan dan analisa yang keluar[di blog] serta fb masing2. Menang dah tentu menang DAP @PR, [sebab lambat keluar] tapi berapa majoriti?

Jam 11.00 malam keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Sibu. Yang menang bersorak dan yang kalah dah lama balik ke KL. Calon DAP, Wong Ho Leng, memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron, meraih 232 undi.

Bilangan undi pos pada pilihan raya ini ialah sebanyak 2,429 undi. BN dapat 2323 [banyaknya] sementara DAP 70. Pada Aki yang 70 tu beri saja kepada BN,[lagi sikit majoriti] jika jumlah itu boleh memenangkan BN nescaya DAP akan dapat 0 undi pos.

Menurut Malaysia Kini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ejen parti DAP sebenarnya yang telah menghalang pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi menyebabkan pengumuman lambat dibuat sehingga terpaksa di panggil polis.[polis kan dah ada di situ, kenapa terpaksa ambil masa 2jam]

Kalau betul ejen DAP tak benarkan peti undi pos itu dibawa keluar tentu ada sebabnya. Malaysia Kini memetik kata2 Lim Kit Siang bahawa ejennya tidak diberilan borang 15, iaitu borang keputusan rasmi jumlah undi yang ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi atau Undi Pos yang diperolihi oleh setiap parti bertanding.

Borang 15 itu ibarat nafas,[boleh mati kalau tak ada] jika tidak diambil atau diberi nescaya keputusan rasmi pusat mengira undi boleh diubah apabila peti sampai ke pusat penjumlahan undi. Manakala undi pos pula ibarat 'malaikat maut' kerana sebelum sampai ke pusat mengira undi, ianya boleh ditentukan nak beri kepada si polan ini berapa dan si polan itu berapa....[bagi tentera undi dipangkah rahsia tapi kena isi borang butir2 peribadi untuk tiap2 kertas yang dimasukkan dalam karung atau dalam keadaan tertentu ketua boleh tolong pangkahkan] ,tentu ada yang tak percaya dakwaan ini.

Aki menunggu malam itu kalau2 ada ucapan terima kasih BN kepada pengundi [walaupun kalah, tapi ramai yang masih undi BN] Sekurang2nya terima kasihlah kepada pengundi pos yang 99 % menyokong BN, alih2 keluar berita [di Awani 12 malam] Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata SPR akan mengkaji kenapa peratus keluar mengundi kurang [60% aje]. Congakan Aki, maksudnya jika pengundi melayu [sokong BN] keluar dalam kadar 400ke 500 orang, nescaya BN boleh menang. Itu [suruh orang keluar]kerja parti bertanding bukan kerja SPR.

Aki cadangkan supaya SPR buat peraturan baru iaitu kepada yang malas mengundi boleh mengundi secara pos, supaya BN boleh menang sampai ................- Sekian.

G1- MalaysiaKini.

Ahad, Mei 16, 2010

'TERIMA KASIH CIKGU...........!!!'

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Petikan sajak Usman Awang 1979
[Dari Blog Tazkirah]

Guru pertama anda, siapa? Ibu. Segalanya dia.
Guru senyum anda, siapa? Ayah ketika pertama kali melihat anda yang comel.
Guru menunjuk kelakuan baru anda, siapa? Abang atau kakak anda atau kawan sebayi anda.
Guru pelajaran anda, siapa? Guru sekolah anda.
Guru yang suka mencabar anda, siapa? Kawan anda.
Guru yang setia mendengar keluhan, siapa ? Isteri atau suami anda.
Guru kesabaran anda, siapa? Anak anda.
Guru kehidupan anda siapa? Pengalaman anda.

Ibu,ayah,abang,kakak,cikgu,kawan,suami,isteri dan anak itulah kehidupan anda.

Guru jalan kebenaran anda, siapa?
Muhammad Rasulullah saw.
Sahabat rdw.
Tabi'ien rh.
Ulama' rh.
Solihin.

Terimakasih cikgu............................!!!

Selamat Hari Guru -sekian.

* Amaran-Ambil yang betul sahaja

Sabtu, Mei 15, 2010

KITA TIADA '5 STARS'


IMPIAN seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan skuad badminton negara kembali menjulang Piala Thomas musnah.Semuanya gara-gara kekalahan memalukan kepada juara bertahan, China pada saingan separuh akhir semalam.Pada aksi yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil itu, skuad negara terpaksa akur dengan kekuatan China apabila tewas mudah 0-3.

Harapan yang disandarkan kepada jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei bagi menyumbang mata pertama tidak kesampaian apabila pemain No. 1 dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan bintang sensasi China, Lin Dan yang mencatatkan kemenangan straight set 21-17, 21-8.- Petikan Kosmo online.

Semua rakyat Malaysia boleh menerima kekalahan Datuk Lee Chong Wei dan rakan2nya, tetapi kekalahan 3-0 itu yang membuat ramai orang berfikir adakah ia satu kelemahan atau kecuaian atau kedua2nya sekali. Bagi Aki kekalahan straight set dalam semua perlawanan menunjukkan kelemahan, tak kiralah mental ke, fizikal ke atau strategi.

Lee Chong Wei dikalahkan oleh Lin Dan 17-21, 8-21 dalam masa 47 minit. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tumpas 15-21, 10-21 dalam 36 minit kepada Cai Yun-Fu Haifeng. Wong Choong Hann tewas kepada Chen Jin 21-16, 21-7 dalam 41 minit bagi mata kemenangan China. Memang lemah kalau dilihat dari keupayaan mengutip mata dan masa yang pendek untuk tewas.

Kecuaian yang Aki maksudkan ialah dari segi urus tadbir, BAM sendiri,ketua jurulatih persaorangan berkata “Kita kalah kepada pasukan yang lebih bagus,” katanya lagi “China mempunyai pemain berkualiti, kita sudah sedaya upaya cuba memberi saingan tetapi prestasi mereka luar biasa malam ini".[memang mereka lebih bagus tetapi takkan kita teruk sangat]

Ada ketua jurulatih persaorangan, ada ketua jurulatih bergu, menunjukkan 'someting wrong'. Maksudnya 'banyak kepala'. Sepatutnya bagi persatuan yang tiada masalah walau sebesar mana pun persatuannya mempunyai seorang ketua jurulatih dan beberapa ramai jurulatih serta penolong jurulatih. Baru 'satu kepala' Dari ada dua persatuan badminton negara [BAM dan Nusa Mahsuri] dulu lagi Aki fikir mesti ada 'masalah punya'.

Hendak menarik gelaran 'Datuk' Chong Wei atau menyuruh keluarga Hj Sidek balik ke Banting adalah cadangan yang melampau, lalu Aki cadangkan supaya ada 'kelayakan' yang ketat untuk sesaorang mewakili negara. Jika pelajar UPSR mesti dapat 5A untuk ke SBP atau MRSM dan ditambah dengan lain2 syarat, maka persatuan atau kerajaan [pihak yang bertanggung jawab] mesti tentukan kretria '5 stars' itu dan calun untuk mewakili negara [Piala Thomas] mesti layak ujian dalam tempoh 2 tahun ini. Jika tiada, jangan hantar kerana 'menghabiskan beras' dan 'memalukan' sahaja.

Tak kira pemain muda,tua,baru,lama,dari sekolah sukan atau tidak, semua nya berpeluang merebut tempat '5 stars' itu.

Dulu kita pernah berbangga dengan sukan bola sepak[peringkat asia], hokey taraf dunia, takraw no.1 dan badminton juga. Maka gread 5 stars seperti 5A UPSR tak pernah difikir gamaknya -sekian.

*Ngomen orang memang sedap padahal aok main badminton macam 'kubung'terbang, he he ...
- Tengok Cina lwn Indonesia, kalau menang Indonesia atau kalah sikit sahaja.. apa macam...

Khamis, Mei 13, 2010

KASUT BURUK DIGANTI BARU


Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah ditangguhkan.

Pengerusi
Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah meminta supaya perhimpunan itu ditangguhkan selepas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak- Malaysia Kini.

Walau apa sebab dan tujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta supaya perhimpunan 'Melayu Bangkit' ditangguhkan,ia sesuatu yang patut dialu-alukan bahkan kita patut mendesak PM melarang sebarang perhimpunan yang ada kaitan dengan 'peristiwa 13 mei 69'. Nak bangkitkan 'melayu yang tidur', tafadhal [carry on]. Menggunakan 'peristiwa hitam 13 mei' untuk megerakkan orang melayu atas niat yang baik sekalipun tetap menjadi satu syak wasangka dan akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di antara kaum.

Apatah lagi jika objektif Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) tidak jelas, nak bangkitkan melayu dengan menuntut dari parti melayu [berkuasa] hak2 orang melayu yang telah terabai sekian lama atau nak menuntut kembali apa yang telah di beri kepada orang bukan melayu. Dari tarikh perhimpunan yang nak dibuat semacam nak 'perang' saja bukan setakat gertak [walaupun di nafikan], maka eloklah dibatalkan, bukan ditangguh.

Jika tujuannya [berhimpun pada 13 mei] untuk jadi iktibar dan nak suruh orang melayu sokong parti melayu, apa jaminan yang parti melayu boleh tolong orang melayu. 53 tahun yang ada ini parti melayulah yang berkuasa, pemimpin bertukar ganti, slogan lebih banyak dari projek perumahan kos rendah untuk rakyat [tidak dinafikan kebaikan yang ada selama 53 tahun], yang sebahagian orang melayu lihat sekarang ialah 'kebaikan' tersebut akhir2 ini hanya dinikmati oleh 'melayu terpilih'. Melayu marhaen terkial2 bernafas dalam debu dan selut kehidupan.

Marahkan bangsa lain kerana kemunduran melayu adalah pemikiran 'tempang' yang mesti dihindari. Tak apa lah, soal tolong orang melayu boleh diurus dan di perbaiki dari semasa kesemasa, yang sebahagian orang melayu 'cemuih' ialah soal penjagaan agama Islam yang longgar dan penyelewengan yang berbagai bentuk serta jurang kemewahan pemimpin dengan rakyat marhaen seperti langit dan bumi.

Bercita2 mahu menukar 'yang dah lama' supaya mendapat kehidupan yang lebih baik bukannya salah seperti kata orang muda2 ' bukan nak buang kasut buruk cuma terpaksa dibeli yang baru sahaja' -sekian.'

Rabu, Mei 12, 2010

'OH MUFTI MUFTA' DI MANA ENGKAU....

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
Mei 12, 10 11:00am
Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama - Petikan Malaysia Kini.

* Hadiah hari jadi untuk para Mufti..............
Ooooooooooooo org Islam di bumi 1 Malaysia, dari Hadhari ke Al Juuuuuuuuuuuud'ie......

Selasa, Mei 11, 2010

'NAMPAK GAGAH'



DATUK Seri Najib Razak, berkata Umno mesti berani membuat perubahan supaya parti itu sentiasa diterima sebagai parti yang relevan sepanjang masa dan zaman.Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata, untuk itu, Umno perlu dilihat sebagai parti yang dinamik, sentiasa segar dan bernafas baru“Kalau kita tidak melakukan perubahan ini, kita akan terdedah kepada kemungkinan Umno tidak dilihat sebagai parti pilihan utama seperti berlaku kepada parti lain yang seusia dengan Umno,” katanya. - Berita Harian Online.

Kenyataan di atas dikeluarkan dipercayai bukan kerana PRK Sibu kerana Serawak tidak ada UMNO. Kenyataan tersebut diucapkan sempena dengan ulang tahun UMNO yang ke 64 hari ini (11 mei )

Jika parti itu diibaratkan sebagai saorang manusia, maka ia manusia yang sudah tua yang mempunyai dua kemungkinan, matang dengan segala pengalaman atau nyanyok dengan serba kekalutan.

Bila Presiden UMNO menyebut 'berani membuat perubahan', sudah pastilah perkataan 'berani'itu melambangkan luar biasa atau perubahan yang lain dari yang lain atau sesuatu yang tak pernah dilakukan oleh UMNO selama ini.

Perubahan apa yang dihajatkan oleh PM itu, Perubahan ideologi atau dasar? Hendak ke kanan atau ke kiri? Perubahan pendekatan dengan masyarakat? Hendak tolong semua orang tak kira siapa? Perubahan urus tadbir perancangan dan pembangunan? Hendak pastikan kerajaan telus dan tiada penyelewengan? Sejak dari Perhimpunan Agung yang menelorkan ungkapan 'Berubah sebelum rebah' hingga 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan' dan '1 Malaysia' Belum nampak jelas apa perubahan yang dikehendaki.

Ubah ideologi atau dasar sehingga TG Nik Aziz kata: "Pas akan tolong UMNO" atau " Pakat2 bubar Pas masuk UMNO" atau DS Anwar Ibrahim kata" Kembalilah ke pangkuan UMNO, UMNO dah berubah" Itulah satu kesan dari perubahan yang 'berani'. Tapi kalau pakai modal zaman silam 'Melayu adalah Islam, Islam adalah Melayu sedangkan pemimpin melayulah yang banyak menyeleweng dari agama dan mufti pun jadi bisu tentang cadangan 'menghalalkan judi bolasepak oleh kerajaan [sebagai contoh] atau pemimpin 'mengkayakan' diri sendiri atas nama komsen [rasuah halal] sedangkan rakyat dari Perlis hingga ke Sabah masih memerlukan 'Bersama Mu' Tv 3 dan hanya dapat 'kuah' jika berlaku PRK, lambat lagilah TG Nik Aziz dan DS Anwar nak melafazkan kata2 di atas [atau memang tidak akan di ucapkan].

Belum dikira politik yang dah 'ketingalan perahu', siapa sokong UMNO dapat habuan (sekadar), siapa membangkang tiada habuan. Ini sudah tahun 2010, pengundi 40 tahun ke bawah tidak akan telan bulat2 'slogan' atau kata2 hikmah ' Tanpa UMNO kita tak boleh makan'.

Kalau bermain bola dipadang yang rata dan pengadil yang saksama, sudah lama UMNO 'kelengit'. oleh kerana peraturan versi UMNO boleh alih gol ketika bola nak masuk dan pasukan mereka boleh tambah pemain, pasukan lain tak boleh, serta pengadil yang sentiasa berat sebelah, maka dalam usia 64 tahun UMNO nampak gagah dan belum kalah.

Selamat ulang tahun yang ke 64 kepada rodong2- Sekian.

G1- Star online.
G2- Kedah la ni..
G3- Cina Islam.

Sabtu, Mei 08, 2010

SEDIKIT YANG BERKAT, BANYAK YANG 'MENJERAT'


Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. - Petikan Malaysia Kini.

Ada dua maksud dari kenyataan di atas. Pertama: Supaya judi tanpa lesen diminimakan dan kerjaan boleh membuat kawalan. Kedua: Hasilnya [bayaran lesen] boleh digunakan untuk pembangunan sukan.

Buktikan dengan memberi kebenaran membuat maksiat, maksiat yang sama tanpa kebenaran akan terhapus atau berkurangan. [Melainkan 2+1]

Dulu syarikat rokok yang menaja kebanyakan kegiatan sukan, [dihentikan kerana macam2 alasan] Orang ramai tak berehenti juga merokok [bahkan bertambah] Sukan pun tak sampai kemana [sebahagiannya maju walaupun tak ada peruntukan yang besar, yang dapat peruntukan besar tak kemana pun]

Judi adalah satu perbuatan yang ditentang oleh manusia normal apatah lagi oleh Islam. Maka cadangan kerajaan untuk 'menghalalkan judi bolasepak' atas apa2 alasan sekalipun dilihat sebagai usaha untuk mengisi 'kantong' kerajaan sahaja.

Sudah habiskah sumber yang halal dan berkat sehingga mahu mengambil kesempatan dari 'tahi judi'. Dimanakah tanggungjawab kerajaan untuk 'menutup pintu2 maksiat' yang disebut sebagai 'saadu az zaro'ie' '-Sekian.

Rabu, Mei 05, 2010

ANDAI MAT JENIN TIDAK ALPA

Foto Malaysia Kini

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lepas sebanyak RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara, Transmile Group Bhd. (Transmile) dan bukan sebanyak RM546 juta seperti yang dilaporkan - Kosmo.

Mat Jenin berkata di dalam hatinya: ' Kelapa yang 10 biji tu hanya hilang 3 biji bukannya 7 biji' Maknanya rugi sikit saja, apa kecoh2,kalau Mat Jenin tak larat nak panjat kelapa lagi mungkin boleh ia menyuruh 'Beruk' PakPandir mencukupkan 3 biji kelapa yang hilang itu. kalau 'Beruk Pak Pandir minta upah 2 biji... Nasib badanlah.

"Dan dijangka untung pada tahun 2010 semakin tinggi kerana penyusunan semula yang telah dibuat sebagaimana tarif setem sudah pun dinaikkan daripada 30 sen kepada 60 sen dan ini akan memberikan hasil kepada Pos," -Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein - Malaysia Kini.

Maka oleh Mat Jenin bercadang untuk menaikkan harga kelapa dari RM0.30 ke RM o.60 supaya mendapat keuntungan segera dan berlipat ganda kerana sudah terlajak cakap nak naikkan gaji anak buah pada 'kempen PRK Halu Selengkor' dan akan menghadapi kempen di PRK 'Se Ibu' pula.

Mendapat upah yang setimpal dengan kerja memang perkara yang selayaknya bahkan sudah lama sepatutnya dinikmati. Uruslah syarikat dengan amanah,hikmah dan bijaksana supaya syarikat beroleh keuntungan dan anak buah dapat pulangan yang sesuai dengan bakti yang dicurahkan.

Bila rugi bukan sahaja anak buah tak boleh naik gaji tetapi bebanan tersebut pula terpaksa dipikul oleh pelanggan dan pengguna. Orang politik hanya pandai berjanji.

Jika Mat Jenin tak alpa menjaga kelapanya tentu dia boleh berkongsi kelapa dengan anak buahnya tanpa perlukan 'Beruk' Pak Pandir yang sentiasa menawarkan khidmat dengan senyum lebar - Sekian.

Isnin, Mei 03, 2010

PENYANYI MENUTUP AURAT,BILA LAGI YANG LAIN?

Yuna bolot 4 anugerah di AIM17






KUALA LUMPUR - Penyanyi dan komposer generasi baru, Yunalis Zarai atau Yuna membolot empat anugerah pada Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM17) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Penyanyi berusia 23 tahun itu memenangi Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu ciptaannya berjudul Dan Sebenarnya.-KOSMO.

Sejak dari zaman kemegahan Mawi di AF 3, Aki tak pernah ambil pot tentang industri muzik tanahair. Siapa menang? Berapa kali menang? Menang anugrah apa? Zaman Mawi itu pun Aki tahu kemashyurannya melalui surat khabar saja. Aki pun 'tertonton' [di kedai makan] Mawi nyanyi lagu 'Aduh Saliha' karya M.Nasir yang ke'araban' tu macam filam 'Ali Baba dengan 40 penyamun.

Tiba2 Yunalis Zarai atau Yuna [yang berpakaian sesuai sebagai penyanyi islam] memenangi 4 anugrah pada AIM 17. Aki teruja untuk menulis entry ini kerana 'pakaian' itulah, walaupun ia bukanlah menunjukkan segalanya.Bahkan Aki pun sebenarnya tak faham juga apa maksud lagu 'Dan sebenarnya' yang membawa kejayaan Yuna tersebut.

'Menutup aurat' tidak menghalang sesaorang itu berjaya, itulah maksud Aki dengan tulisan ini. Dulu diwarwarkan kalau bertudung akan hilang peminat,tak boleh berjaya, dan macam2 pandangan negetif lagi. Ada penyanyi yang mashyur telah berjanji untuk tutup aurat apabila telah kahwin dan pergi umrah,tak tutup2 pun.

Muzik 'Gitar kapuk' yang membawa kejayaan Yuna itu boleh melonjak lagi jika sekiranya senikatanya dipelebagaikan termasuk tema ketuhanan dan kemasyarakatan.

'Keagungan Tuhan' dendangan D'Loyd mempunyai berjuta peminat tersendiri begitu juga dengan 'Papa Rock' Ramli Sarif dengan lagu ketuhanannya.

Bukan 'orang agama' sahaja yang boleh menyumbang kebaikan, semua manusaia sama2 boleh menyumbang kebaikan -Sekian.

Ahad, Mei 02, 2010

NAK HARAP MUDA MUDI BERUBAH, PEMIMPIN MESTI BERUBAH

Parti lesbian berleluasa


GOLONGAN lesbian menganjurkan parti liar di sebuah premis hiburan di Jalan Munsyi Abdullah, Kuala Lumpur kelmarin


KUALA LUMPUR - Menari sambil menjilat tubuh pasangan masing-masing!

Itu antara aksi panas pengunjung sebuah pusat hiburan yang majoritinya golongan lesbian dan pengkid di Jalan Munshi Abdullah di sini malam tadi.

Selepas mendapat maklumat, wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai pengunjung di pusat hiburan itu mendapati aksi itu sebahagian daripada pakej parti liar yang diadakan khas buat pengunjung kelab tersebut pada malam minggu -Kosmo.

La haula wa la quwata illa billah..........................................

Aki percaya ini satu dari berpuluh dozen pesta yang berlangsung di seluruh pelusuk negara. Hukumnya semua orang Islam dah tahu, kesannya kepada kehidupan sosial sudah berlambak2 di hadapan mata, bala bincana yang langsung dan tidak langsung [terpulang kepada kesedaran masing2 ] sedang berlaku.

Soalnya..... Apa orang politik buat? Apa Penguatkuasa buat? Apa mufti buat? Apa ustaz buat? Apa Imam buat? Apa orang dakwah buat? Apa KRT buat? Apa ibubapa buat?

Semua ada tanggungjawab. Sebagai pemimpin negara,sebagai pembenteras maksiat[rasmi]. sebagai orang kuat agama [duduk bawah dagu raja, menteri,], sebagai pemimpin masyarakat, sebagai orang yang ada autority tentang agama, sebagai pengawal kepada anak2 dan lain2.

Apabila perut dibesarkan maka telinga dipekakkan, apabila mulut dipenuhkan maka mata dipejamkan, apabila otak diperdayakan maka hati dimatikan.

Adakah ubat telinga pekak? Adakah ubat untuk celikkan mata? Adakah ubat untuk hidupkan hati? Tentu ada..... apa dia?

Sementara Aki sedang mencari...... tuan2 carilah sendiri.......

KEINGINAN UNTUK SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT

-Sekian.

*Apalah sumbangan aku untuk isteri dan anak2ku,untuk rodong2 ku, kominiti ku dan negara ku dalam amar makruf dan nahi mungkar.... astharfirullahal'Azim......