Khamis, Mei 27, 2010
MANIS DAN PAHIT
PENGADIL bola sepak, Subkhiddin Mohd Salleh dipilih untuk mengadili perlawanan di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, Subkhiddin, 44, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal di Pulau Pinang,“Saya berasa amat bangga kerana dapat mewakili negara sebagai wakil sektor pendidikan,” katanya. Subkhiddin, dari Butterworth, memulakan kerjayanya sebagai pengadil bola sepak pada 1990 dan kemudian melonjakkan dirinya di persada bola sepak antarabangsa selepas mengadili pelbagai kejohanan yang dianjurkan Persatuan Bola Sepak Malaysia serta Konfederasi Bola Sepak Asia sebelum mendapat pengiktirafan sebagai pengadil Fifa pada 2000. - Petikan Bernama
Akipun rasa bangga dengan pencapaian Subkhiddin.Untuk mendapatkan kepercayaan dan pengikhtirafan badan bertaraf dunia bukannya mudah, tentu mereka sudah berpuas hati dengan kebolehan serta kepakaran Subkhiddin. Samada mengadili peringkat pertam atau mengadili pasukan yang lemah diantara yang kuat, itu semua bukan isunya.
Kenyataannya ialah bangsa Malaysia [insyaallah] sudah boleh berlari di padang bola dunia sebagai pengadil [Dua pegawai perlawanan negara - Allahyarham Kapten Abdul Halim Hamid dan Mat Lazim Awang Hamat - pernah juga terpilih ke pusingan akhir Piala Dunia,selaku pembantu pengadil.]
BIODATA Nama: Subkhiddin Bin Mohd Salleh Negara: Malaysia (MAS) Tarikh Lahir: 17.11.1966 Tinggi: 174 cm Pekerjaan: Guru Bahasa Pertuturan Utama: Melayu Lain-lain Bahasa: English Kerjaya Antarabangsa: Sejak 2000 Perlawanan Antarabangsa pertama: Iraq-Nepal (23.04.2001) Hobbi: Bowling & Snooker Penampilan di FIFA: 1.Piala Dunia (Remaja bawah-17) Peru 2005 2.Piala Dunia (Belia bawah-20) Kanada 2007
Sumber -http://www.gempak.org/gempak-fc/16538-pengadil-malaysia-terpilih-ke-piala-dunia-fifa-2010-a.html
Di tengah2 kontrovesi 'lesen' perjudian bolasepak Piala Dunia 2010 yang melanda Malaysia, mari kita menyatakan 'penentangan' kepada kemungkaran tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Subkhiddin Bin Mohd Salleh.
Bilakah pula Pasukan Bolasepak Malaysia boleh beraksi dipentas dunia? Sampai yaumin ke...?
-Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam ziarah & tumpang ucap tahniah kpd cikgu din :)
BalasPadam