Sempena 'Karnival Warga Felda Bera 2010'
22. 05.10 Di Felda Purun.
Rakyat miskin yang tidak bertanah dijanjikan dengan kehidupan yang lebih baik dan selesa menerusi aktiviti pembangunan tanah dan pemilikan tanah yang dijanjikan kepada mereka,Felda diberi kuasa untuk melaksanakan danmengawal projek2 pembangunan tanah menerusi Group Settlement Act 1960 (GSA 1960)

Mulai tahun 1990,pembukaan penempatan baru untuk peneroka telah dihentikan.Pembukaan tanah2 baru telah diambil alih oleh Felda Plantation Sdn Bhd, anak syarikat Felda yang berkonsepkan estet.Pembangunan Ladang Felda ini hanya menguntungkan Felda tetapi bukan penduduk tempatan sedangkan tanah yang diberikan adalah milik kerajaan negeri .
Felda bukanlah satu entiti perniagaan tetapi institusi kerajaan yang telah menerima banyak peruntukan dari wang rakyat.Dasar yang telah berubah setelah 52 tahun kewujudannya telah mengasingkan Felda darimasyarakat peneroka - Mazlan Aliman.*
Matlamat penubuhan Felda yang digagaskan oleh Tun Hj Abdul Razak [PM kedua] telah tercapai dan patut diteruskan. Seramai 112,635** peneroka dengan isi rumah yang melebihi 1/2 juta sedang menikmati kejayaan tersebut.
Apabila anak peneroka jenerasi ke 2 berdemonstrasi di Felda Triang 3 baru2 ini kerana tidak puas hati tentang syarat kelayakan memohon rumah [slip gaji dan berpendapatan tetap] dalam Program Perumahan Warga Felda (PWF) maka baru masyarakat menyedari bahawa sebahagian jenerasi ke 2 Felda [yang berkerja dan berpendapatan serdahana -kebanyakannya yang akan meneruskan legasi orang tua mereka di Felda ] diabaikan.
Dengan lebih dari 30 anak syarikat serta lebih 20 syarikat usaha sama dan bersekutu yang menjana pendapatan bersih hampir RM 200juta/tahun, tentu felda sebenarnya boleh membantu jenerasi ke 2 ini dari segi pekerjaan/pendapatan,rumah dan permilikan tanah [ Felda Plantation sahaja mempunyai keluasan 367,710 hektar]***
Kenapa ini tidak berlaku? Sepintas lalu kita melihat bahawa kerajaan melalui Felda berpuas hati dan merasa selesa dengan corak menteliti warga felda yang 'hangat2 tahi ayam' dalam memperjuangkan hak mereka baik berhubung dengan penyelewengan urus tadbir [bayaran kembali,tanam semula, hutang serta cas2 yang tidak munasabah] mahupun dalam membela jenerasi ke 2.
Berapakali sudah diedarkan borang permohonan rumah? Sudah 3 kali pilihan raya, jenerasi ke 2 yang dah boleh mengundi tetap setia menunggu..... Bila keluar pula borang PWF, mereka pula tidak layak. Yang layak adalah abang serta adik mereka yang sudah ada pendapatan tetap yang bekerja di luar tanah rancangan.
Dengan tidak perlunya Felda membentangkan lapuran kewangannya kepada audit negara atau parlimen, maka semuanya itu tertakluk dan di bawah kuasa 'Menteri Felda'.' Menteri Felda 'itu pula akan bertindak mengikut keuntungan politik partinya atau dirinya. Jika warga Felda 'hangat 2 tahi ayam' maka menteri tu pun akan 'tergelak sakan' dan berkata di dalam hatinya "Panas lima tahun dihapus oleh hujan se minggu" - Sekian.

*
**
*** Felda dulu tolong sekarang along.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون