Isnin, Mei 17, 2010

'SENYAP SUNYI'


'Senyap sunyi' malam tadi, tidak seperti suasana di Hulu Selangor bulan lalu yang 'Gegak gempita'.Maka yang sudah arif dengan keadaan ini sudah tidak hairan akan perkara tersebut malahan sudah boleh meneka siapa yang menang dan siapa yang kalah apabila pengumuman tidak di buat menjelang 10 malam.

'Tulisan berjalan' tentang keputusan PRK Sibu sebelah bawah screen TV pun tidak kelihatan. Rodong2 Bloger mula meramal itu dan ini, ada yang mengikuti perkembangan melalui blog2 tertentu. Macam2 keputusan dan analisa yang keluar[di blog] serta fb masing2. Menang dah tentu menang DAP @PR, [sebab lambat keluar] tapi berapa majoriti?

Jam 11.00 malam keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Sibu. Yang menang bersorak dan yang kalah dah lama balik ke KL. Calon DAP, Wong Ho Leng, memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti 398 undi setelah memperolehi 18,845 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas, Narawi Haron, meraih 232 undi.

Bilangan undi pos pada pilihan raya ini ialah sebanyak 2,429 undi. BN dapat 2323 [banyaknya] sementara DAP 70. Pada Aki yang 70 tu beri saja kepada BN,[lagi sikit majoriti] jika jumlah itu boleh memenangkan BN nescaya DAP akan dapat 0 undi pos.

Menurut Malaysia Kini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata ejen parti DAP sebenarnya yang telah menghalang pegawai suruhanjaya itu daripada membawa keluar peti undi pos yang sudah dikira di Tingkat 9, Wisma Sanyan, untuk dibawa ke Dewan Suarah Sibu, kira-kira tiga kilometer dari situ, untuk penjumlahan undi menyebabkan pengumuman lambat dibuat sehingga terpaksa di panggil polis.[polis kan dah ada di situ, kenapa terpaksa ambil masa 2jam]

Kalau betul ejen DAP tak benarkan peti undi pos itu dibawa keluar tentu ada sebabnya. Malaysia Kini memetik kata2 Lim Kit Siang bahawa ejennya tidak diberilan borang 15, iaitu borang keputusan rasmi jumlah undi yang ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi atau Undi Pos yang diperolihi oleh setiap parti bertanding.

Borang 15 itu ibarat nafas,[boleh mati kalau tak ada] jika tidak diambil atau diberi nescaya keputusan rasmi pusat mengira undi boleh diubah apabila peti sampai ke pusat penjumlahan undi. Manakala undi pos pula ibarat 'malaikat maut' kerana sebelum sampai ke pusat mengira undi, ianya boleh ditentukan nak beri kepada si polan ini berapa dan si polan itu berapa....[bagi tentera undi dipangkah rahsia tapi kena isi borang butir2 peribadi untuk tiap2 kertas yang dimasukkan dalam karung atau dalam keadaan tertentu ketua boleh tolong pangkahkan] ,tentu ada yang tak percaya dakwaan ini.

Aki menunggu malam itu kalau2 ada ucapan terima kasih BN kepada pengundi [walaupun kalah, tapi ramai yang masih undi BN] Sekurang2nya terima kasihlah kepada pengundi pos yang 99 % menyokong BN, alih2 keluar berita [di Awani 12 malam] Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata SPR akan mengkaji kenapa peratus keluar mengundi kurang [60% aje]. Congakan Aki, maksudnya jika pengundi melayu [sokong BN] keluar dalam kadar 400ke 500 orang, nescaya BN boleh menang. Itu [suruh orang keluar]kerja parti bertanding bukan kerja SPR.

Aki cadangkan supaya SPR buat peraturan baru iaitu kepada yang malas mengundi boleh mengundi secara pos, supaya BN boleh menang sampai ................- Sekian.

G1- MalaysiaKini.

2 ulasan:

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون