Pengerusi
Walau apa sebab dan tujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta supaya perhimpunan 'Melayu Bangkit' ditangguhkan,ia sesuatu yang patut dialu-alukan bahkan kita patut mendesak PM melarang sebarang perhimpunan yang ada kaitan dengan 'peristiwa 13 mei 69'. Nak bangkitkan 'melayu yang tidur', tafadhal [carry on]. Menggunakan 'peristiwa hitam 13 mei' untuk megerakkan orang melayu atas niat yang baik sekalipun tetap menjadi satu syak wasangka dan akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di antara kaum.
Apatah lagi jika objektif Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) tidak jelas, nak bangkitkan melayu dengan menuntut dari parti melayu [berkuasa] hak2 orang melayu yang telah terabai sekian lama atau nak menuntut kembali apa yang telah di beri kepada orang bukan melayu. Dari tarikh perhimpunan yang nak dibuat semacam nak 'perang' saja bukan setakat gertak [walaupun di nafikan], maka eloklah dibatalkan, bukan ditangguh.
Jika tujuannya [berhimpun pada 13 mei] untuk jadi iktibar dan nak suruh orang melayu sokong parti melayu, apa jaminan yang parti melayu boleh tolong orang melayu. 53 tahun yang ada ini parti melayulah yang berkuasa, pemimpin bertukar ganti, slogan lebih banyak dari projek perumahan kos rendah untuk rakyat [tidak dinafikan kebaikan yang ada selama 53 tahun], yang sebahagian orang melayu lihat sekarang ialah 'kebaikan' tersebut akhir2 ini hanya dinikmati oleh 'melayu terpilih'. Melayu marhaen terkial2 bernafas dalam debu dan selut kehidupan.
Marahkan bangsa lain kerana kemunduran melayu adalah pemikiran 'tempang' yang mesti dihindari. Tak apa lah, soal tolong orang melayu boleh diurus dan di perbaiki dari semasa kesemasa, yang sebahagian orang melayu 'cemuih' ialah soal penjagaan agama Islam yang longgar dan penyelewengan yang berbagai bentuk serta jurang kemewahan pemimpin dengan rakyat marhaen seperti langit dan bumi.
Bercita2 mahu menukar 'yang dah lama' supaya mendapat kehidupan yang lebih baik bukannya salah seperti kata orang muda2 ' bukan nak buang kasut buruk cuma terpaksa dibeli yang baru sahaja' -sekian.'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون