Khamis, April 08, 2010

BURUNG KAKAK TUA


Sementara itu, Rosli Ngah, iaitu pakar fisioterapi dan jurupulih di Hospital Raja Perempuan Zainab II, berkata keadaan baginda kini semakin pulih. Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata pihaknya menjalankan rawatan muzik terapi untuk membolehkan baginda bertitah semula.

"Tuanku dapat hafal satu lagu... burung kakak tua. Alhamdulillah percakapan tuanku kini semakin pulih," katanya. Beliau berkata Sultan Ismail Petra turut menjalani terapi cara kerja dan fisioterapi tiga kali sehari.

Selain rawatan, kakitangan Istana dan Raja Perempuan sentiasa mengerjakan solat hajat serta bacaan Yasin setiap hari sejak baginda dirawat di Singapura lagi. - Malaysia Kini.

Berita di atas merujuk kepada kesihatan Baginda Al Sultan Kelantan
Sultan Ismail Petra yang semakin pulih. Alhamdulillah sama2 kita doa untuk kesejahteraan baginda.

Aki yang jahil ini baru tahu bahawa dalam ilmu fisioterapi ada rawatan berbentuk muzik & senikata lagu sebagai terapi pemulihan pertuturan. Apakata kalau Aki cadangkan kepada Pengamal fisioterapi Muslim mengunakan 'Asma' al Husna' atau ayat al Quran [surah pendek] sebagai satu lagi pendekatan terapi pemulihan pertuturan kepada pesakit muslim.

Lebai Dolah [Tg Hj Abdullah Bkt Keledang] pernah memberitahu Aki bahawa antara keistimewaan orang yang mengekali membaca al Quran adalah tidak akan nyanyok. Maka Aki terkenangkan saorang guru quran Aki yang termusibah penyakit lumpuh dalam usia tua [85th] tetapi masih baik pertuturan nya sehingga beliau kembali ke rahmatullah.

Mungkin juga senikata lagu burung kakak tua versi di bawah ini juga memberi guna kepada kita.

Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Kita sudah tua
bila lagi nak buat pahala

La ilaha illallah 2x

Kita sudah tua..........

Wallahu 'A'lam bissowab -sekian.

G1- Burung Kakak Tua versi google





Isnin, April 05, 2010

KONG KALIKONG



"Itulah sebabnya [Cukai Barangan dan Perkhidmatan]GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," Beliau berkata pembangkang telah memutar belitkan fakta berhubung cadangan GST yang menyebabkan kerajaan memerlukan masa untuk
menjelaskan kepada rakyat kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk rakyat bagi jangka masa panjang. kata PM -Malaysia Kini 4 April 10.

Ulasan: 1- Ambil wang dari poket anda kemudian naikan gaji anda- Kira geliga jugalah kepala PM kita ni.[org kampung macam kome ni dapat apa?] Habis dah ke sumber perolehan kerajaan. Tiada bumi atau laut yang boleh dikorek untuk keluarkan minyak? Habis dah ke pendapatan Felda & Felda Plantion diberi kepada peneroka dan G2 anak cucu peneroka? Lari belaka dah ke pelabur2 asing dengan kantung2nya sekali? Orang Malaysia bergelap belaka [tak guna letrik] sampai TNB muflis? Syarikat tekekominikasi takde untung ke untuk bantu kerajaan kerana rakyat jelata pakai khidmat burung merpati ke? Banyak lagi sumber... [tak tersebut]

2- Pembangkang putar belit- Atau semua rakyat jelata tak suka, cubalah PM umum perlaksanaan GST di Hulu Selangor. Terangkan kebaikannya betul2 [menurut pendapat kerajaan BN] atau istiharkan pada pilihanraya DUN Serawak tak lama lagi, kalau tidak jadikan GST menifesto Pilihanraya Umum 13. Tinggal kerusi ke atau tinggal songkok? [kalah atau menang]

Tamsil: 1- Khalifah Umar Abdul Aziz membenarkan mengambil harta rakyat [cukai dan sebagainya] dengan syarat telah habis harta pemimpin dikorbankan untuk kepentingan negara.
[pemimpin lebih papa dari rakyat]

2- Peranan pembangkang bukan untuk membangkang sahaja. Teguran untuk kebaikan rakyat jelata. [kalau untuk keuntungan politik, biarkan saja kerajaan buat GST supaya rakyat meluat dengan kerajaan]

Silap gayanya orang akan kata GST Gemok Sama Tuan- Sekian.

Jumaat, April 02, 2010

CARI REDHO SIAPA?


Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersetuju bekas model itu menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat. Perkara itu dimaklumkan kepada Kartika melalui sepucuk surat semalam yang memaklumkan mengenai keputusan itu. Surat berkenaan ditandatangani Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu, Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan. Surat tersebut berbunyi:"Menjunjung titah perintah kebawah Duli Yang Maha mulia Sultan Pahang, saya dengan ini memaklumkan kepada Puan bahawa berikutan daripada Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang diadakan pada 3 Mac 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sulatan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Puan dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatima, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010." - MalaysiaKini.

Komen Aki: Hukum 6 sebatan di lulus dalam sidang DUN & Di perkenan oleh KDYMM Sultan Pahang. Desakan pihak yang tak suka hukuman sebat [cara sariah] menyebabkan hukuman itu dikaji oleh Sultan di bawah kuasa baginda. Hukuman baru ini tentu akan dikomen oleh massa seperti kenyataan Kartika sendiri dalam Kosmo [gambar di atas]

Hendak dapatkan redho si A maka si B tak puas hati,begitu juga sebaliknya. Oleh itu carilah redhoAllah.Maka kembali kepada hukum Allah yang sebenar itu yang paling tepat - sekian.