Selasa, Mei 15, 2012

AYAH ANGKAT YANG MENGADA-NGADA

BERA  - Peneroka yang berasa diri mereka tertipu atau menjadi mangsa penipuan kerajaan dan Felda diminta meninggalkan tanah rancangan.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada guna terus tinggal di tanah rancangan Felda jika mereka berasa kehidupan tidak pernah berubah dan masih dihimpit kemiskinan.

Menurutnya, peneroka seperti itu jika masih berada di tanah rancangan hanya akan menjadi parasit dan sentiasa meracuni pemikiran peneroka lain dengan menyebarkan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan serta pengurusan Felda. Sinar Harian.

Kenyataan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas seumpama ayah tolol marahkan anak yang nakal tetapi cerdik yang menegur salahlaku ayahnya yang menggadaikan tanah untuk mendapat wang segera untuk diperniagakan yang seluruh isi rumah tidak diberitahu dengan jelas bahkan ditipu untuk bersetuju dengan si ayah.

Teguran Si anak tidak ada kena mengena dengan kemurahan ayah membahagikan wang laba yang telah dikumpul sekian lama hasil kerjasama satu keluarga. Laba itu patut dikongsi sesama keluarga dan sepatutnya ayah tidak perlu/patut marahkan anak yang menegur sikap ayah yang tamak (untuk kepentingan sendiri) kerana pada pandangan anak tanah tersebut tidak boleh digadai kerana menjadi hak jenerasi akan datang.

Tiba2 ayah yang amarah kerana Si anak tidak bersetuju, bertindak mencabar anak supaya keluar dari rumah. Ayah yang sasau dan meroyan sahaja yang sanggup berkata demikian. Mentelahan tanah tersebut bukan kepunyaan mutlak Si ayah,ia kepunyaan Tok aki yang meng'amanah'kan ayah untuk membangunkannya dengan modal dari keluarga termasuk Si anak.

Bila diselidik-selidik,rupanya ayah yang menghalau anak itu bukan ayah sebenar, ia cuma ayah angkat yang terhegeh-hegeh mencari simpati anak-anak di rumah tersebut demi survival jawatan tok empat kampung itu. Wahai anak-anak,pikirkanlah masa hadapan kamu, tolaklah ayah angkat yang mengada-ngada itu dan pertahankanlah tanah warisan kamu itu dengan memilih Tok empat yang baru- Sekian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون