Rabu, Mei 16, 2012

ANTARA POLITIK MUFTI DAN MUFTI BERPOLITIK

Salam,

Kerana bimbang parti pujaannya kalah dalam PRU 13, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sangup menerima saranan Ibrahim Ali Perkosa yang mencadangkan supaya nama Islam pada parti PAS digugurkan. Mengulas isu tersebut mufti yang paling kanan dalan Majlis Fatwa Kebangsaan itu berkata "Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu" -Petikan Berita Harian 14 Mei 2012.

Jika muzakarah tentang perkara tersebut diadakan atas cadangan Harussani ia tentu dilihat sebagai perbincangan yang bias dan akan menghasilkan keputusan bias kerana Harussani telah berkata mendahului Majlis Fatwa. Lebih baik Mufti Perak itu ber'muzakarah' dengan Berahim dan Zol peguam sahaja untuk mengharamkan perkataan Islam pada PAS.

Jika terbukti PAS memperjuangkan Islam berdasarkan Al Quran,Sunnah,Ijma' dan Qias yang terang, berbanding perjuangan kebangsaan Umno,beranikah Harusani mengajak Majlis Fatwa memfatwakan tidak boleh digugurkan nama Islam pada PAS bahkan wajib mengundi PAS dalam pilihanraya?

Ini percubaan kedua usaha menggugurkan nama Islam pada PAS setelah ditolak oleh Majlis Raja-Raja pada satu ketika dahulu. Ironinya ia akan dicadang oleh seorang mufti. Aki mendoakan muga Harussani dipanjangkan  umur oleh Allah swt. dan dapat melihat isu ini di luar kongkongan jawatan dan pangkat. Barangkali sudah terjawab kemusykilan Aki kenapa Imam yang Empat tidak mahu terima jawatan mufti.- Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون