Isnin, Ogos 08, 2011

'IMAM BERSIH'


Salam,

Selamat berpuasa dan bertarawikh kepada muslimin muslimat. Penuhkanlah ramadan dengan berbagai ibadat dan amal kebajikan. Walaupun perut penuh dengan air,merangkak jugalah ke masjid atau surau untuk bersolat berjamaah dan tarawikh.

Bulan ramadan ini adalah bulan bengkel. Kereta buruk macam Aki ni elok benarlah dimasukkan ke bengkel sekurang2nya untuk ditukar 'minyak itam'. Bagi kereta baru di'vacuum' bagi bersih.

Sebut tentang bersih, seorang kawan Aki tak dapatlah mengimamkan solat tarawikh pada tahun ini akibat digantung tugas imam dari 29 julai hingga 29 ogos 2011 kerana didapati menyertai perhimpunan Bersih 2.0 baru2 ni.

"La.......... awok tak jalankan tugas imam ker?" tanya Aki. "Bukan pasai tu, pasai gi 'bersih'lah.." katanya. Gamoknya sikit hari lagi jika imam pakai baju cap umno [tanpa perkataan baru] kena gantung tugas juga yak...Sebab umno pun pertubuhan yang telah diharamkan, yang ada sekarang umno baru.

Begitulah kisahnya..... Raya esok boleh baca khutubah dak?- Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون