Jumaat, Ogos 19, 2011

BELUM SENDAWA DAH TERBAU

Kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia,

Tabik tuan,

Baguslah tuan tak menyalahkan bekas anak buah tuan dalam isu undi pos tetapi menyalahkan pemuda pas dalam isu ini langsung tak bagus. Sepatutnya tuan berkata: Kami akan siasat atau sekurang2nya minta bukti [tanpa menuduh atau menapi] walaupun bukti mungkin sukar diperolihi lebih2 lagi mereka telah bersara.

Siasat dulu adakah pemuda pas bayar beberapa ratus ribu untuk sidang akhbar tersebut atau satu sen pun tak keluar. Ini kes amanah atau tidak amanah yang melibatkan arahan tertentu dan orang2 tertentu. Ia bukan satu tuduhan kepada Angkatan Tentera Malaysia sehingga tuan mempersoalkan kesetian sesaorang atau sesuatu pihak.

Benar tuan mesti mempertahankan maruah angkatan tentera, tinggal lagi perkara yang belum di siasat dan didalam keadaan yang sangat ragu jangan dikomen lebih2 sehingga menuduh orang lain pula dengan tanpa bukti.

Ditakdirkan Allah ramai lagi yang sanggup membuat pengakuan dari pilihanraya pertama (jika ada) hingga ke pilihanraya ke 12 apa macam?

Jika kedudukan kita menghendaki kita tidak cenderung kepada mana2 parti politik (non partisan) tunjukanlah dengan kata2 dan perbuatan kita- Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون