Isnin, Ogos 01, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN

Salam,

Selamat menyambut Ramadan al Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bulan amal.bulan berkat,bulan ibadat. Malam tadi dah mula Solat Tarawikh mudah-mudahan meriah dan ramai hingga ke akhir.

Tadi jumpa Chik (Ros Alang) tokey murtabak special di Bera ni. "Gona meniaga?" tanya Aki. "InsyaAllah " jawabnya ringkas. Tak menang tangan ler nampak gayanya.

Sebagaimana lajunya murtabak dan kuih muih serta lauk pauk langsai di pasar ramadan begitulah hendaknya kita semua laju untuk membuat kebajikan dan kebaikan dalam bulan mulia ini.

Masjid Mengkarak tak ngajak Aki ker.....? Teringat gulai jering dan sayur maman tahun lalu..... Best..... Kala ada kekorek durian Aji Deris boleh bawak tempoyak baru, boleh colek dengan daun pegaga atau pucuk mengkudu....... Sekian.

3 ulasan:

  1. salam ramadhan...selamat menjalani ibadah puasa...semoga puasa yang dikerjakan mendapat ganjaran di sisi Allah.

    BalasPadam
  2. salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah di blan ramadhan buat aki n k sue sekeluarga

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون