Isnin, Jun 27, 2011

BAJU KUNING DAN HIDUNG SIAPA?

Polis menahan lapan lelaki di Taman Kosas, Ampang pagi tadi kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi. Malaysia Kini.

Ooooo Malaysia tanahair ku, pakai baju colour tertentu pun jadi masaalah. Bila pulak tak boleh pakai baju warna kuning. Kalmarin PM merasmikan krusus pra perkahwinan yang dihadiri oleh 1111 orang di Pekan yang katanya memecah MB of R. Aki tengok semua perserta pakai baju kuning.

Jika diandaikan atau disyaki 1111 orang itu pakai baju kuning tanda menyokong Bersih 2.0 adakah pihak polis akan bertindak terhadap mereka dan jika di bawa ke mahkamah adakah PM akan jadi saksi?

Memang tulisan Aki ni tak logik, tapi mana ada yang logik di negara Malaysia yang ku cintai ini sekarang. Bayangkan kenyataan 99.99 % kesahihan video sex ialah DSAI. Dalam bahasa kampung ia bermaksud sembilan ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan betul dan satu sahaja yang di ragukan.

Maka aki terdengar MP Sungai Petani berkata tang hidung dalam video itu mancung sedangkan hidung Anwar kembang. Adakah itu yang 1 per 1000 ter..... fikirkanlah -Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون