Jumaat, Jun 24, 2011

SI PEKAK & LAGU MAT JENIN....

Salam sejahtera,

Aki belum pun melihat Kelinik 1 Malaysia, sekarang telah dibuka Kedai Rakyat 1 Malaysia yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, khabarnya menawarkan harga paling minimam. Kelak apabila diruntuhkan Lapang Udara TUDM Sungai Besi akan dibina pula Rumah Rakyat 1 Malaysia untuk faedah seluruh rakyat miskin dan serdahana negara ini,

Alangkah beruntungnya rakyat yang ada servis klinik,kedai dan perumahan tersebut samada menggunakannya, mendapat faedah darinya dan yang menontonnya. Apatah lagi yang mendengarnya seumpama mereka di Ulu Tembeling dan kampung Pasai (ujung Bera)

Tentulah selepas ini berpuluh2 kedai tersebut akan dilancarkan oleh Menteri Pengguna di Bera (kawasan parlimen beliau) Post Iskandar satu, Batu Bor satu, Guai satu, Kg Pasai satu, Batu Papan satu, Tanjung Mengkuang satu dan bla...bla...bla....

Bila jengok di kedai, ikan tetap naik, ayam pun sama. Sayuran jadi pak turut. Nak kenduri pikir 100x, kena buat juga... tetamu sudah di jemput. Kalau begitu banyakkan kuah sedikitkan lauk macam kisah Nabi Sulaiman menjamu jin....... savelah bajet. Lainlah orang Pekan ter..... kenduri cucuk bunga di sanggul pun menelan belanja Rm 81 r klim pulak kat JPM.

Sampai bila nak jadi si pekak yang didendangkan lagu Mat Jenin.... Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون