Jumaat, Julai 08, 2011

SESUMPAH PUN MENGGELENG KEPALA

Besar "pahalanya" Jika PM Najib Razak atau biro agama UMNO serta pimpinan Kerajaan, mengeluarkan arahan bahawa HARAM hukumnya tidak menutup Aurat bagi umat Islam serta Haram hukumnya bagi orang yang makan riba, minum Arak, bejudi, mengambil harta orang lain dan sebagainya yang bercanggah dengn al-Quran dan hadith bukannya keluarkan "fatwa" HARAM pakai baju BERSIH.- Komen B.U.H.U di Malaysia Kini di bawah tajuk : Suhakam: Hak Berhimpun Mesti dilindungi.

Dalam satu janji untuk meredakan demo jalanraya oleh bersih, PM berjanji akan memberi (kebenaran menggunakan) stadium. " Menjeritlah sampai puas" mafhum dari kenyataan beliau. Pihak Stadium (Merdeka) pula tak benarkan atas keputusan jamaah menteri.

Pihak polis pula akan terus mengadakan road block bagi menghalang peserta demo memasuki KL bahkan perentah mahkamah di pohon untuk menghalang individu tertentu memasuki KL.

Maknanya walaupun Bersih 2.0 telah mengadap KDYMM Yang DiPertuan Agong dan PM bercakap dengan lunak,hakikatnya memang tak beri,tak beri,tak beri........

Sesumpah pun tentu menggelengkan kepala mendengar berita di atas - Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون