Isnin, Jun 14, 2010

MEMBASUH KENTUT SEDANGKAN TAHI KERING DIPUNGGUNG


"Yang dia (PAS) kata tak boleh, (judi) sukan, bola sepak (sahaja). (Bantahan) ini politik, kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.

"Bagi PAS, agama adalah alat politik mereka," katanya.- Malaysia Kini.

"Saya berpendapat bahawa ada lesen ataupun tidak, judi memang ada di negara kita ini kerana orang Cina memang suka berjudi. -Malaysia Kini.

Diatas ialah kenyatan Dr. Mahathir Mantan Presiden Umno,Mantan PM dan 'Ikon Melayu Bangkit'. Kenyataan pertama ialah untuk memfitnah Pas ["Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak,"-Dr M] dan menyatakan bahawa dia seorang sekular [kita kena asingkan soal politik dengan soal agama.]

Kenyataan kedua untuk 'membaruakan' orang cina dengan kenyataan umum seolah2nya semua orang cina suka judi.

Bila pulak Pas nak 'mengharamkan' semua judi. Judi memang haram dan semua orang tahu bahawa Pas memang menentangnya. Isu yang ada sekarang ialah kerajaan menambah lagi judi yang dah sedia 'berlambak' dengan judi baru iaitu 'judi bola sepak'. Adakah kerana terhutang budi dengan Vincent Tan yang didakwa membantu Umno dalam pilihan raya, maka menuduh orang yang menentang judi kerana politik bukan kerana agama.

Itulah pemikiran sekular. Pada mereka politik tiada kena mengena dengan agama. Mafhumnya ialah malaikat hanya akan menulis apabila aktiviti tertentu agama dilakukan seperti sembahyang,puasa,zakat dan haji. Sementara aktiviti politik,pentadbiran dan soal kesejahteran atau kerosakan kepada masyarakat maka malaikat tak ambil peduli. Alangkah dangkalnya pemimpin wawasan 2020.

Adapun kenyataan bahawa cina suka berjudi [tanpa pengecualian] akan membuatkan orang2 cina bertambah jauh dari BN termasuk orang cina yang berjudi itu sendiri. Kerana perbuatan buruk [judi] itu adalah sifat peribadi bukannya sifat sesuatu bangsa.

Maka 'Melayu Bangkit' bolehlah menjadikan ucapan Dr Mahathir itu sebagai 'ajenda' perjuangan.
Bolehlah 'membasuh kentut' ketika berada di masjid dan membiarkan 'tahi kering di punggung' sehinggalah [membasuhnya] tiba waktu sembahyang.- Sekian.

G1- Dr Mahathir- Malaysia Kini

1 ulasan:

  1. salam aki,

    molek sgt perumpamaan yg aki gunakan te..."membasuh kentut sedangkan tahi kering di punggung" amat bertepatan dgn sikap dan amalan beliau...dulu hina nabi skrg sokong judi...masa jd pm xberani nk 'halal'kan judi...bila org lain halalkan dia pakat sokong...ntah bile nok sedor dan insaf nye dia nie.

    BalasPadam

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون