Sabtu, Januari 09, 2010

MACAM PPRT

Dingin subuh pagi itu menyucuk tulang, tak dengar azan dari asrama sekolah ter. Mungkin Aki yang lelap atau bilal asrama lambat bangun sebab ari sabtu. Terima kasih bilal asrama kerana menterkejutkan Aki saban hari walaupun Aki solat di surau lain. Dalam kuliah subuh pagi itu ustaz ter ditanya tentang orang yang banyak dosa masuk atau tidak dalam syurga. Kata ustaz” Mengikut Ahli Sunah wal Jamaah, orang yang banyak dosa walaupun tak sempat bertaubat akan masuk syurga pada akhirnya setelah dibalas segala dosa dan kesalahannya dengan syarat iman nya tetap yaitu tidak batal” Kata si A: “ Boleh releklah orang buat dosa?” Kata ustaz “ kita kena berkepala otak positif, Allah beri kita segala kemudahan; akal pikiran,kesihatan,hartabenda,hidayah dan petunjuk. Gunakanlah kemudahan itu untuk menjaga iman,berbuat bakti kepada Allah,bertaubat dan lain2 supaya Allah redho. Takkan lah kerana malas beribadat biarlah masuk neraka,sapa tahan neraka? Bersaroh panjang sambil menjegilkan matanya. “Orang yang berdosa yang ada iman di masukkan ke syurga kerana rahmat Allah dan harga imannya, Allah beri hak mereka walau pun mereka malas(beribadat)” Sambungnya. “Macam bantuan PPRT, itu hak mereka kerana mereka warganegara, takkanlah kita yang sihat wal afiat ni malas juga berusaha dan harapkan kouta mereka, malulah pada Tuhan” Dikiaskan nya orang yang malas beribadat sedangkan akal dan tenaganya sihat seperti orang kaya merebut kouta orang miskin. Entah faham ke tidok orang yang bertanya sebab dia mengangguk sedangkan matanya pejam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون