Salam,
Pas menyambut baik cadangan Adun Kemelah dari
Umno Datuk Ayub Rahmat yang mahukan kerajaan Johor mengambil inisiatif
menjadikan negeri pertama melaksanakan hudud. Bahkan kenyataan Datuk
Tuan Ibrahim bahawa Pas menyokong penuh hudud di Johor itu sesuatu yang
amat bijaksana dan tepat.
Selama ini ada orang umno
menafi dan mencemuh bahawa hudud yang diluluskan oleh kerajaan Kelantan
itu hudud Pas. Pemimpin Pas selalu menyebut bahawa jika ada hudud (yang
lebih baik) dari yang di kemukakan oleh kerajaan kelantan dan Terengganu
silalah umno kemukakan. Hudud lebih besar dari isu politik.
Kebijaksanaan Pas ialah menggunakan saluran politik (mentadbir) untuk
laksanakn hudud.
Keberanian Datuk Ayub Rahmat
mengemukakan cadangan tersebut di Dun Johor perlu disokong walaupun ia
sinis terhadap hudud kerajaan Kelantan dan Terengganu dengan menyatakan
mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan 'hudud sebenar'
yang didakwanya berbeza dengan hudud pas.
Walaubagaimana
pun MCA sudah mengaum melalui prasidennya Chua Soi Lek yang
berkata"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal
untuk
mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam,"
Beranikah
pemimpin atasan umno menerima cadangan Ayub dan seterusnya mengarahkan
supaya kanun jenayah syariah (hudud) di draf oleh ulama' umno tanpa
mengambilkira implikasi politik (penolakkan MCA) kepada umno sebagaimana
yang di lakukan oleh Nik Aziz dan Haji Hadi sehingga boleh mendidik
DAP.
Aki tidak bermaksud untuk 'berpolitik' dalam isu
ini tetapi ingin bertanya kepada orang melayu di kampung yang mencemuh
Pas kerana berkawan dengan DAP, Siapa yang lebih faham isu hudud ini,
DAP atau MCA ? Siapa yang menentang, MCA atau pemimpin atasan atau
kedua-duanya sekali?
Semuga hudud jadi kenyataan - Sekian.
G- Sinar Harian 2 julai 12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون