Jumaat, September 09, 2011

LAUNGAN 'MERDEKA' 54 TAHUN LALU DI SIA2KAN OLEH SEJARAHWAN

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.- Malaysia Kini

Ini kenyataan sejarah atau kenyataan pengampu British kerana nak 'tiau' Mat Indera atau kenyataan pengampu Umno kerana nak tenyeh Mat Sabu. Tinggalkan Mat indera dan Mat Sabu kita pergi kepada Mat Kling yang dengan kenyataan beliau itu mengujudkan satu deminsi baru sejarah yaitu laungan 'merdeka' oleh Tengku Abdul Rahman 54 tahun lalu adalah satu kerja 'pandir' dan sia2.

Kita tidak pernah terjajah dan kita tidak perlu merdeka kerana kita memang dah merdeka. Membuang masa dan duit sahaja menyambut Hari Kemerdekaan atau tukar sahaja kepada 'Hari tiada apa-apa'.

Atau pilih tarikh lain samada hari Portugis atau Belanda keluar dari Tanah Melayu.

Ia kita amat bersyukur kepada Allah swt dengan keamanan dan kesejahteraan sekarang namun kita sebenarnya tidak merdeka pemikiran. Bagi mereka yang memuja 'orang putih' kenyataan Mat Kling itu sangat tepat dan sesuai.

Jika dilihat dari sudut yang lain pula bahawa Malaysia masih di bawah cengkaman British adalah sesuatu yang betul berdasarkan tatacara dan undang2 serta budaya colonial yang diamalkan di negara ini.

Terpulanglah kepada sajarahwan untuk membenar atau menapikan kenyataan di atas.-Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

السلام عليكم
Komen ler weh... betulkan mana yang salah, tambah mana yang kurang, potong mana yang lebih demi untuk kebaikan.
انالله وانااليه راجعون